Skip to main content

Mama Writerpreneur (10-24)

RAHSIA MENULIS DARI HATI

Menulis itu adalah cermin pada diri kita, maka bila kita up status di media sosial, cuba menggunakan perkataan-perkataan yang baik dan positif.

Jika seseorang itu kita nampak reputasinya sangat hebat dan berjaya. Namun, andai dia suka menulis kata-kata negatif, mengeluh, menunjukkan dirinya seorang yang pendendam, orang lain sedikit demi sedikit akan menjauhinya. Kerana, status yang ditulis itu menunjukkan status hatinya.
.
Menulis itu, bila ia selari dengan hati, kita merasakan ianya lahir dengan semulajadi. Namun, bila kita cuba berpura-pura, lain di hati, lain di mulut, lain yang ditulis. Ia adalah satu bebanan. Oleh itu, jadilah diri sendiri. Bukan orang yang berpura-pura.
.
Ini soal HATI.
.
Setiap hari, cuba bersihkan hati. Pastikan hati sentiasa tenang dan damai.
.
Cari penawar bagi hati yang sakit, dengan MAAF dan MEMINTA MAAF.
Cari damai bagi hati yang gelisah, dengan ZIKRULLAH, selalu ingat Allah SWT.
.
Mohon pada Allah, Dia-lah yang membolak balik hati manusia.
.
Dalam sehari, rasa hati atau mood kita boleh berubah-ubah. Sedari hakikat ini dan berusaha untuk menjadikan hati kita sentiasa damai.
.
Baru mudah kita melontarkan kata-kata yang penuh hikmah dan kata-kata yang positif ikhlas dari hati.
.
Namun, bayangkan jika kita dalam keadaan hati yang marah dan resah, bagaimana mungkin kita menulis kata-kata yang baik.
.
Orang lain juga rasa tempiasnya.
.
Sedangkan ketika kita marah di rumah, anak-anak juga boleh menjadi mangsa kemarahan kita. Mereka buat hanya kesalahan kecil namun suara kita marah dengan anak-anak begitu tinggi seolah-olah mereka melakukan kesalahan yang sangat besar.
.
Sahabat,
.
Bersama kita berusaha menjaga sekeping HATI itu,  mudah mudahan orang yang membaca setiap penulisan kita di media sosial sentiasa terkesan dan mendapat manfaat.
.
Di situ, pahala mengalir pada kita. InsyaAllah

Mama Writerpreneur
Farrawati Sabli


Popular posts from this blog

adik-adikku, Insya Allah B.O.L.E.H

Tahniah JAKIM dan RTM menjayakan program realiti yang dapat mencungkil bakat anak-anak Malaysia. Anak-anak Malaysia INSYA ALLAH BOLEH!! Kagum mendengar dan melihat kepetahan adik-adik finalis malam ini. Semuanya hebat!! Dengan diselang selikan dengan bacaan al-Quran dan Hadis, serta mesej yang amat baik sekali. Tahniah juga para murabbi yang mengajar mereka, tidak rugi mengikuti rancangan ini setiap minggu.. Lagu Tema Adik-adikku.. Adik-adik anak soleh, Adik-adik serba boleh, Adik-adik akhlak yang mulia, Senyum ceria semua orang suka. Berkasih sayang sesama insan, Taat Allah dan Rasul, Kasihkan ibu bapa. Beramal soleh di mana saja, Berjuang dan berkorban, Untuk agama... Adik-adikku, Insya A llah Boleh! ! Tahniah adik Muhammad Amirul Munir Azlin yang menjadi juara adik-adikku musim ke2. Persembahan istimewa dari Dato Siti Nurhaliza, Ketika cinta..!! Menambahkan seri pentas akhir adik-adikku..

AKIBAT DEPRESI

Keluarga dan Penjaga Terdedah kepada KEMURUNGAN. Itulah tajuk perbincangan di MHI tadi (15/3/2017). Saya tekun mendengar sebab ia adalah dalam niche penulisan saya. . Puan Hariyati Ariffin, ibu kepada seorang pesakit kemurungan berkongsi rasa di MHI tadi. Anak perempuannya yang kini berusia 35 tahun, menghidapi penyakit kemurungan sejak 11 tahun yang lalu. Pada peringkat awal, anak dia mempunyai simptom seperti tidak mahu bekerja, malas yang luar biasa, tidur di sebelah siang , dan berjaga di sebelah malam. . Puan Hariyati mengatakan kini anaknya itu telah pulih 80% dengan bantuan ubat psikiatri dari hospital, namun, masih malas. Tidak mengemaskan rumah, anti-sosial, hanya mengurung dirinya di bilik dan sangat sensitif. Sehingga anak bongsunya tidak boleh tinggal di rumah kerana anaknya yang sakit itu sangat cemburu. Terpaksa dicarikan rumah sewa yang lain agar anak bongsunya dapat belajar dengan tenang. . Puan Haryati masih bekerja, apabila dia balik kerja, cermin tingkap habis pec...

18.11.2011 Malam Berinai

Salam, Pada malam selepas majlis pernikahan, berlangsungnya majlis malam berinai. Ia kebudayaan Bajau Sama Kota Belud iaitu juga dipanggil malam 'mandi badak', maksudnya menepung tawar dan berinai agar menaikkan seri pengantin untuk bersanding keesokan hari. Ia berlangsung selepas Solat Isya'. Inilah pakaian suku kaum Bajau Sama di Kota Belud. Yg atas kepala dipanggil Serimpak. Berat ni!! My lovely mum 'menepung tawar' My captain, mengantuk ka tu? The little girl tu Nea n Wiwin, drg sporting sgt.. My Grandma My lovely dad Majlis diteruskan dengan acara kebudayaan iaitu Gambus dan bertitik, sampai jam 2pagi acara ni selesai.