Monday, June 30, 2014

Saat Kelahiran Putera Ke-2 Mohd Alif






  



Salam....
 Saat 2.15pm, 5/6/2014 adalah saat paling bermakna bagiku, kerana dapat memeluk anak kedua Mohd Alif yang telah selamat dilahirkan di Hospital Likas, Sabah. Tangisannya, raut wajahnya yg comel dan wanginya membuatkan aku lupa segala kesakitan dan rintangan di saat melahirkan dia ke dunia. Alhamdulillah...thank you Allah....

26/5/2014 - 2/6/2014
aku admitted di wad maternity kota belud selama 9 hari kerana kedudukan baby melintang (tranverse), sepatutnya usia baby 38 minggu kepala baby di bawah dan hanya menunggu masa untuk keluar. Bila dipantau di wad, nampaknya baby tetap pada kedudukan tranverse dan Dr sepakat mengatakan aku tidak dapat bersalin normal, kena buat operation. OK Dr, saya pasrah asal saja baby dan mamanya selamat. Hanya itu bermain di mindaku. Di kala ini, suamiku tiada disisiku kerana menjalani latihan polis bantuan  selama 2 bulan di Pulapol, Segamat, Johor. 

3/6/2014
Aku dihantar ke Hospital Likas dengan menggunakan ambulan. Rasa seram sejuk dalam ambulan dengan siren yang kuat. Setibanya di Hospital Likas, aku terus dibawa ke Bilik Penilaian dan seterusnya masuk ke Wad Kenanga. 

5/6/2014
Aku telah diminta untuk berpuasa sejak semalam kerana operation akan dijalankan pada tengahari khamis. Sempat telefon ke urusetia tempat suami berkursus untuk makluman. Sempat juga bercakap di telefon dengan suami yang tengah berlatih di padang kawad. Abang, sayang operate hari ini, mohon maaf salah dan silap sayang ya. En suami 'Ok yang, kuatkan semangat ya biarpun abang jauh dr sayang saat ini, tapi abang sentiasa doakan sayang di sana'.

2.15pm
Lahirlah seorang putera seberat 2.8kg, masa ni nama belum finalize lagi. Sebenarnya, 2 kali scan Dr mengatakan kemungkinan baby girl. Jadi kebanyakan persiapan baju2 baby untuk baby girl, kaler pink..hihihi, agak surprise juga bila baby sebenarnya boboy. Apapun Dia beri, kami terima dengan hati yang terbuka. Mungkin sebab kedudukan tranverse, sukar untuk dipastikan jantinanya.