Skip to main content

Mama Writerpreneur (8-24)

Kisah Hari Sabtu
**************

Sudah menjadi rutin selama tujuh hari di tahun baru ini, bangun seawal jam 4am. Cuba menanam tabiat ini di awal tahun, walau adakalanya sangat liat untuk bangun, tapi selalu baca dalam buku, jika mahu berjaya, kena bangun awal pagi. Bila sudah terbiasa, alarm clock sudah tidak diperlukan lagi. Sudah tentu, sang minda bawah sedar itu yang mengejutkan aku.

Seusai tahajud, mengadu dengan yang Maha Mendengar, aku lantas membuka laptop dan membuat entry di blog, ini juga adalah satu cabaran pada diriku untuk menulis entry di blog yang sudah hampir dua tahun dilupakan.

Bila suara azan Subuh kedengaran, aku segera tunaikan. Kata Ustaz, tunaikan solat di awal waktu. Kemudian, sambung kembali aktiviti menulis. Seronok menulis di awal subuh namun belum siap satu bab, anak kecil memecahkan kesunyian Subuh, tangisannya itu pastinya berbunyi begini. 'Mama, nak susu, mama, nak susu'.

Aku menutup sahaja laptopku dan mendapatkan Aqil dan menyusukannya. Sambil mendakap Aqil, aku tertidur bersamanya. Sedar-sedar, bila Alif anak kedua mengejutkan aku. 'Mama, mama, bangun.

Oh, fajar sudah menyinsing. Lalu aku bangkit ke dapur, sediakan sarapan buat suami dan anak-anak. Pagi tadi, aku memasak mee, aku lihat nasi semalam masih banyak, dan aku masak juga nasi goreng. Bermakna, sarapan pagi kami ada dua jenis, ala-ala di restoren juga, boleh pilih-pilih hendak menjamah apa.

Selepas habis bab sarapan pagi, kemas rumah. Bila anak-anak masih kecik, rumah akan kemas mungkin dalam setengah jam sahaja. Seusai kemas rumah, selesaikan dapur. Sambil-sambil cuci pinggan mangkuk, pakaian yang telah dimasukkan didalam mesin basuh semalam, dimasukkan air dan diputar. Buat kerja 3in1 perkara biasa bagi surirumah.

Bila semua sudah selesai, tengok jam sudah jam 11am, ayam beku seperti batu dikeluarkan bagi menanti aisnya lebur. Dimasukkan air bagi mempercepatkan proses pencairan ais pada ayam.

Jam 12, operasi memasak tengahari pula dimulakan. Halia dan bawang-bawang diketuk-ketuk dalam lesung batu untuk masak sup kaki ayam, suami suka. Masak sup resepi Ibu dia, diam-diam aku tanya ibu mertua pasal resepi sup Jawa. Masa sebelum kahwin lagi sudah praktis buat sup Jawa.

Lepas makan tengahari, menunaikan tuntutan-Nya, dan barulah aku buka laptop untuk sambung kembali aktiviti penulisan yang tergendala Subuh tadi.

Dinner malam ini, tidak perlu fikir lagi, sup ada lagi sebelanga, sengaja dibuat. Malam ini tinggal dipanaskan.

Apa yang perlu difikirkan lagi, adalah pakaian yang menggunung untuk dilipat. Pakaian yang kelmarin dan pagi tadi yang baru dijemur.

Maka, surirumah ini tiada 'punchcard', namun, kerjanya dari awal subuh hingga ke malam. Sabtu dan ahad ada free sedikit sebab ada orang bantu untuk mengayun buaian.

Oleh itu, hargailah mereka.

Coretan Mama Writerpreneur

Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

Mama Writerpreneur (13-24)

MENULIS GAYA HAMKA Menurut HAMKA, tulisan yang lebih berharga ialah yang jujur, pendek dan terang. Jika panjang pun, ia ditulis dengan cara yang tidak membosankan. Tulisan yang lebih jitu sampai ke hati adalah tulisan yang benar-benar datangnya dari hati. Maka, hati jugalah yang menerimanya. Adapun, tulisan yang hanya datang dari hujung jari, perginya ke pelupuk mata si pembaca untuk menidurkannya. Pesan HAMKA lagi, kita haruslah menggunakan akal dengan saksama, ia seperti juga bermain olahraga juga. Perlu kepada latihan yang lama, dan kesungguhan yang tidak henti-henti. Orang yang berakal memandang ringan segala kesusahan, lumrah segala halangan yang menghambat tujuannya, sebab andai tujuan kita mulia, bertambah sulit untuk menempuhinya. Sebagai penulis, elakkan: -Merasa kagum pada diri sendiri -Bongkak dengan nama dan keturunan sehingga lupa menyelidiki di manakah kekurangan diri -Sukakan populariti Sumber: Falsafah Hidup, Hamka

7 SEBAB KENAPA HATI TIDAK TENANG?

PERTAMA #KurangBersyukur Prinsip mendapat ketenangan dengan syukur: 1) Usah tunggu bahagia untuk kita bersyukur, tetapi bersyukur dahulu untuk dapat bahagia. 2) Usah tunggu banyaknya nikmat baru hendak bersyukur, tetapi bersyukurlah atas nikmat yang sedikit. Apabila kita bersyukur pada nikmat yang sedikit, Allah akan tambah nikmat. InsyaAllah. Kualiti jiwa adalah pada kualiti SYUKUR. Mengapa sukar untuk BERSYUKUR? #TersalahFokus Adakalanya: -Kita terlalu fokus pada apa yang tidak ada, tidak fokus pada apa yang telah ada. -Kita terlalu fokus pada kekurangan, bukan pada kelebihan. -Kita terlalu fokus pada nikmat, tidak fokus pada Pemberi Nikmat. Kerana tersalah fokus, kita lebih banyak mengeluh dari bersyukur. Hidup jadi tidak tenang kerana titik-titik penyakit hati makin menebal. Tekanan dari ujian hidup tidak dapat diuruskan dengan baik. Bersyukurlah! Terlalu banyak nikmat yang perlu disyukuri. Alhamdulillah. KEDUA #SukarMemaafkan Kajian dari pakar psikolo...