Friday, July 31, 2009

S.E.L.F R.e.f.l.e.c.t.i.o.n***



OGOS??cepatnya masa berlalu..mcm baru ja aku post 'Demi Masa' awal Julai tu..
Bulan Julai..not so good achievement..why?

Evaluation for myself:

To Life ~***
To Learns~****
To Love~*
To Leave of Legacy~****

Imbalance Right??Yes..I feel so..!!

There are two things:

Things Urgent vs Things Important

My fault is do things not so important and not so urgent...
Right ways is do things urgent and important first, then move to do things not so important and urgent.

(Read: First Thing First, Stephen R.Covey)


"Peraturan paling utama bagi orang yang terpanggil adalah kerajinan, tidak akan menunda kerjanya sehingga esok, kalau hal itu dapat diselesaikan pada hari ini"...Abraham Lincoln

"Hasil besar tidak dapat dicapai dalam sekali gerakan, kita harus bergerak ke depan selangkah demi selangkah, seperti ketika berjalan"....Samuel Smiles

Agar boleh mencapai sasaran, untuk memenangi pertandingan di arena kehidupan, jangan berhenti di tengah jalan, harus bergerak terus ke depan. Jika tujuan jelas, tundukkan semua kesulitan, tetap bertahan dan maju..Walau betapa gelapnya hari dan betapa besarnya penghalang...~fs~






Wednesday, July 29, 2009

Today in History: 30Julai2007

Aku bergegas ke IBTP, supervisor nak jumpa..cepat22..naik bas..menaiki tangga cancelori..melalui twin tower ums dan akhirnya sampai di tempat yang dituju..minggu lepas tidak dapat jumpa supervisor sebab Minggu Methodology Pascasiswazah (orentasi week) selama seminggu..kami discuss pasal planning within 2 years research..abis discuss gi lab..bukannya mo buat keja pun lagi..bersemangat waja juga..tapi saja nak tengok2..round2..sambil berfikir..oo..my vision will be start here..in 'Laboratory of Natural Product, IBTP, UMS'..

Mengapa hatiku tiba2 resah??tadi bukan main bersemangat lagi..emm..aku mengapai begku dan mencari anponku..oh..handfonku tiada dalam beg..where?hanya ada dua kemungkinan..tinggal dalam bas atau di rumah?'Sir, saya rasa tak sihat..saya balik dulu ok..'
Aku terus balik ke rumah..mencari2 handfon ku..alhamdulillah..handfonku ada di atas katil..setelah aku lihat, ada 10 miscal daripada mama..aku telefon semula..napa mak?Farra, tenangkan hatimu nak..Paci Kadri suda tiada?dia meninggal pada pukul 11.30 am tadi di SMC..kena strok..aku tidak mampu berkata2..panik..unbelieve it..air mata masih tersekat..still belum menerimanya..baru ja aku jumpa paci Kadri sebelum mendaftar..aku nyatakan hasratku untuk sambung belajar..dia berikan kata2 semangat..'Bagus, teruskan belajar selagi mampu..jgn lepaskan peluang..pasal yuran pendaftaran, biar paci uruskan'..14hbJulai2007..aku ingat lagi..tarikh daftar bersamaan tarikh pertemuanku dengan arwah...rupanya itu adalah pertemuan terakhirku bersamanya..

Siapa Allahyarham Tuan Hj Kadri Hj Nanti dihatiku?

Allahyarham merupakan adik kepada ayahku..telah berkahwin dengan Hjh Aini Jamran dan mempunyai 4 orang anak..seorang ahli perniagaan yang berjaya..telah berjaya membuka beberapa buah restoren di sekitar KK (visimal: asia city, bangunan kwsp) dan KB (Mayang Sari1 dan 2)seorang dermawan, bermatlamat tinggi..tulus, ikhlas,amanah, tegas..etc..Beliau juga telah membuka ladang penternakan kambing dan lembu di KB dengan keringatnya sendiri..seorang yang suka berdikari..di ladang, dialah bos, dialah kuli dan dialah juga memandu lori untuk mengangkat rumput untuk haiwan2 ternakannya, ..(skrip ini memang disampaikan oleh allahyarham ketika Mesyuarat Persatuan penternak Kota Belud,di Jabatan Perkhidmatan Haiwan:taim tu aku jadi setiausaha sebab tengah praktikal di Jabatan berkenaan)

Dia juga seorang yang 'outspoken', caranya memberikan perangsang dan motivasi kepada anak2nya dan anak2 buah agak keras sikit..pernah 2 kali aku menangis oleh kata2 arwah..1st: 'Kek ini sedap, tapi belum boleh bawa ke kedai', 2nd: 'Urus diri dulu, baru urus orang lain'..itulah dua ayat yang mempunyai 16 suku kata amat aku ingat dia tujukan kepadaku yang tidak mungkin akan kulupakan sampai bila2..terlalu banyak isi tersirat daripada kata2nya itu..

Kini, sudah 2 tahun paciku pergi..kehilangan besar buat keluarga..kami sangat sayang kepadanya tapi Tuhan lebih menyayanginya..kami redha dengan pemergiannya yang mengejut..'setiap yang hidup, pasti akan mati..'Ya Allah, tempatkan lah paciku di kalangan orang2 yang beriman'..Al-fatihah..

Tuesday, July 28, 2009

Global Problems..Loss of Biodiversity??

Dalam kesibukan dan kesedihan dengan pemergian MFJ, aku telah meluangkan masa untuk menghadiri satu syarahan umum yang bertajuk 'Sharing the Environment: Global Problems, Local Solutions', presented by YBHG Tan Sri Dr Salleh Mohd Noor yang mewakili Malaysian Nature Society dimana MNS telah menerima Anugerah Merdeka 2008 (for further information: plz visit www.merdekaaward.com) bagi kategori Alam Sekitar..Tabik Spring pada MNS..

Aku suka tajuk yang dibentangkan pada hari ini. Bersemangat pergi ke Dewan Recital..start kul 9am-12am (28July2009)

Mula2 tayangan video, menghayatinya sehingga air mata hampir2 mengalir..
Video mengenai kehidupan sejak sebelum merdeka, ketika merdeka,selepas merdeka dan sehingga kini...kini pembangunan sangat pesat, tapi alam sekitar tidak terjaga, hutan2 dimusnahkan...biodiversiti haiwan mengalami kepupusan..etc..

Ni adalah note2 penting yang aku dapat daripada syarahan Tan Sri Salleh,

Global problem:
  • Population Growth
  • Climate change
  • Loss of Biodiversity
  • Desertification
Biodiversity is the variety and variability among living organisms and the ecological complexes in which they occurs.

Can u imagine the world without biodiversity??that's like 'Padang Jarak, Padang Tekukur'
'Eco'-Home, system-sistem (Ecosystem)- Lost of ecosystem...??where we are living??for the future..for our children...

Global Expenditure:
Military : US$780 Billion
Drug : US$400 Billion
Cigarettes : US$50 Billion
Education : US$6 Billion
Environment :???


What we can do?

Individuals:
  • 3R (Reduce, Reuse, Recycle)
  • Electricity
  • Water
  • Domestic compost
  • Plant a tree
  • Green your compound
  • Keep cars efficient
  • J.O.I.N MNS!!!
Global Problems...............>>>>the solution is yours...

RESPECT LIFE...I CaRe...I Do...!!

~fs~

Sunday, July 26, 2009

Kau pergi jua...(M.F.J)

IBTP dikejutkan dengan seorang pensyarah yang bernama M.F.J (singkatan) yang dikejarkan ke Sabah Medical Centre (SMC) pada 20hb July 2009 yang lalu. Beliau dikhabarkan mengalami 'Lung Infection' selepas mengalami masalah kidney beberapa bulan yang lepas. Beliau dikejarkan ke SMC sebaik saja sampai dari Lahad Datu mengikuti satu fieldtrip. Beliau terus dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi di SMC. Keadaannya semakin hari semakin kritikal..hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan..maksimum drug..etc..

Pada 25hb July 2009, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 1.20pm di Wad Kecemasan SMC..S.E.D.I.H!!!sudah ketentuanNya..Tuhan lebih menyayanginya...
Allahyarham seorang yang happy go lucky, baik dan peramah..baru2 ini allahyarham menganjurkan satu Symposium Postgraduate's IBTP di mana semua Postgraduates student kena membentangkan penyelidikan masing2..rupanya itulah sumbangannya yang terakhir buat kami semua..

Kini hanya tinggal kenangan, aku teringat kata-kata arwah, Symposium ni akan diteruskan setiap dua tahun sekali..bagus untuk budak2 Postgraduate untuk memantapkan presentation before viva..ia juga adalah masa untuk semua orang (Pengarah, Pensyarah dan Pelajar) berkumpul, komen dan discuss apa2 masalah di field, lab dan yang sama waktu dengannya..

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, perpisahan yang amat menyakitkan adalah perpisahan antara hidup dan mati...Allahyarham Dr Mohd Fairus Abd Jalil (1973-2009), perjuanganmu membangunkan Pusat Kajian Primat Borneo di IBTP pasti akan diteruskan,..'Ya Allah, tempatkanlah beliau di kalangan orang-orang yang soleh'...Amin..Al-fatihah...!!

Wednesday, July 22, 2009

8factHELP

Salam..hi..hi..mungkin ada yang tersesat masuk blog aku ni..terutamanya kepada pelanggan2 celcom..hehe..aku bukan nak berkongsi mengenai penggunaan talian celcom sebenarnya, memang anda tersilap..cuma aku tiada idea mo cari tajuk post aku..(ni adalah rentetan daripada ceta post aku sblm ni..)

Ni nak berkongsi dengan semua mengenai sebuah buku yang bertajuk 'Men are from Mars, Women are from venus'..buku yang ditulis oleh John Gray setebal 286 muka surat..ia adalah 'practical guide for improving communication and getting what you want in your relationships'..(malas da aku translate). Aku sudah lama beli buku ni, bulan Januari 2009 lagi..tapi baca tak habis dulu..Skrg baru cari balik buku ni, baca dan menghayati isi2nya..baru juga abis baca idea dan cetusan John Gray ni..


Untuk mengekalkan sesuatu perhubungan..fahamilah perbezaan lelaki dan perempuan..Dalam al-Quran sendiri ada dinyatakan 'Wanita adalah makhluk yang istimewa yang diciptakan daripada tulang yang bengkok'-maksudnya: wanita ni lemah lembut dan ber'emosi'..tidak macam lelaki, sentiasa rasional..kita ibarat daripada planet yang berbeza..Men-simple minded, tidak mahu minta bantuan oleh perempuan kerana tercabar kewibawaan, banyak berfikir dan kurang bercakap..Women-just opposite..

Banyak kesilapan2 lelaki pada pasangannya begitu juga dengan perempuan..perempuan suka menghalusi perkara2 yang kecik sebab fitrahnya diciptakan begitu..Cuba fahamkan perbezaan yang paling asas ni..

Apa perempuan (venusian) perlukan daripada lelaki:
1) Perhatian (caring)
2) Difahami (understanding)
3) Dihormati (respect)
4) Kasih sayang (devotion)
5) Disahkan (validation) (mcm nda ngam pla translation ni..maksudnya comfirmation la tu, kalau suka, katakan suka, tidaklah adinda ternanti2..wahai makhluk yang bernama lelaki, show la skit yang kasih sayang tu)
6) kata2 @ perbuatan yang yang menenangkan (reassurance) (kalau boleh cakaplah i lap u, i miss u..whateva tiap hari..perempuan suka tu..hehe)

Manakala, lelaki (Martian) pula perlukan:
1) Kepercayaan (trust)
2) Penerimaan (acceptance)
3) Penghargaan (appreciation) (lelaki pantang dikritik secara direct, ego sangat tinggi)
4) Dikagumi (admiration)
5) Diberi keizinan (approval)
6) Galakan (encouragement) (selalu beri galakan kepada pasangan)


Untuk sahabat2ku..

Terang bulan di pinggir kali, buaya timbul disangka mati, Jangan percaya sangat dengan lelaki, lain di mulut, lain dihati.

(Why 8factHELP : Carilah fakta2 yang betul dan pelajari perbezaan Martian and Venusian..berfikirlah sejenak..walaupun banyak perbezaan, carilah sedikit persamaan..'homogenety' kan hubungan.. Martian and Venusian perlu memahami perbezaan ini untuk mendapatkan titik pertemuan dan konflik tidak terjadi dalam perhubungan...HELP yourself and your relationship)

~fs~

Thursday, July 16, 2009

8paxDELETE



Walau berat, aku terpaksa juga mendelete nombor ni..(0138.....9)..pada 27 Rejab bersamaan dengan hari Isra dan mikraj ni.. bukan delete terus dari phonebook..kalau delete pun, nombor tu masih berada dalam ingatan serebrumku..tapi delete 8pax ja..emm..kalau dulu, rancak bersms dgn dia, rancak bertelefon..tapi sekarang tidak lagi..kenapa?ntah..aku tidak mampu untuk menjawap soalan tersebut..soalan yang paling susah aku rasa untuk menjawabnya..soalan itu lebih susah daripada soalan peperiksaan matematik tambahan mahupun peperiksaan lesen memandu..aku hanya mampu berkata, 'mungkin tiada jodoh antara kami'..

okey..okey..kawal pernafasan..ceritanya bermula begini...aku kenal dia melalui kawan rapatku sejak sekolah rendah lagi..kawan aku tu kenal ngan dia ni sejak belajar tahun pertama di utm dulu..drg jumpa balik bila sama2 keja di Lembaga Letrik..so, aku yang suda 3 tahun single ni on ja la bercintan ngan dia..dia ni hormat orang tua dia, hormat ngan orang tua aku, bekerjaya, bijak memberikan pendapat,cool, caring dan mcm gentlemen la juga..kalau tidak, nda la dia datang gi airport taim aku mo fly gi UPM wat analisis selama 3 bulan .1st taim dia jumpa parent aku sana la di airport..bercerita betul dia ngan bapa aku yang garang tu..ceta punya ceta, rupanya bapa kami satu maktab taim amik kursus perguruan dulu tahun 1970-an la..bapa dia ni GB juga..durang saling mengenali..taim tu aku ingat dia ni my 'mr right'..banyak la lagi ke'gentlemen'an dia ni..yang paling aku suka, dia datang gi makmal aku dengan se'kontena' mee hoon berlaukkan telur mata lembu yang dia masak sendiri..huh, walaupun agak tawar..kurang garam..tapi aku rasakan mee hoon itu la yang paling sedap yang pernah aku rasa, mengalahkan mee hoon Uncle Bob..oh..indahnya..

Dipendekkan cerita, hubungan kami tidak berkekalan..terputus di tengah jalan..berpisah..tanpa pergaduhan..bercinta hanya 10 bulan..hanya berpisah melalui sms pada 10 Mei 2009..(mcm mo naik mahkamah syariah pula)..taim tu aku berada di KL untuk oral presentation pada satu conference..sehingga kini, tiada bersua muka..berbincang apa2 yang patut..hanya sms sekali dua..hanya kawan..

Itulah, 'Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan'..oh..bapa kami berdua..belum sempat kamu dipertemukan dengan sedikit slot 'jejak kasih' pada majlis2 tertentu..(fhm2 la yer,aku nda mo sebut)..anak2mu ini pula, sorang sudah ke timur, dan sorang sudah ke barat..bila sorang ja yang berpusing semula pada titik pertemuan, penyatuan kasih masih sukar untuk dicari...emm..apa dah jadi?

Aku tidak mahu mengulas panjang soal hal ini..ini adalah soal hati dan perasaan..hati yang terkunci oleh peti konkrit yang tidak bisa untuk cair..huh..apa ni?huahua....mungkin ada yang ingin bertanya..adakah ko tidak kecewa dengan perpisahan ini? aku menjawab..Ya..aku kecewa..!!berminggu juga ambik masa untuk pulih semula..satu keputusan yang drastik sebenarnya..kerja aku sedikit terganggu..eh, bukan sedikit..banyak..sebab saat itu adalah saat2 genting writing..dalam keadaan aku sebegitu, aku hantar juga tesis kepada supervisor pertamaku..setelah di semak..komennya adalah : 'I know you're tried your best to do chapter 5. But, i think you better redo it..at the moment, your discussion is in very bad state'..

Aku bangun semula untuk memperbaiki tesis ku..walau apapun terjadi,kena ingat 'Clock' dan 'Compass' (difahami oleh sesiapa yang membaca First Thing First, Stephen R.Covey). Taim aku baru dapat mood untuk writing correction, ada lagi pula problem baru..adikku sakit..sakit 'schizoprenia' setibanya balik dari Tanah Suci...oh..aku akur..aku pasrah..tanggungjawabku menjaga adik..dia ditahan di Wad selama seminggu..tidak dibenarkan melawat..hanya tuhan yang mengetahui perasaan ku ketika itu..kini, alhamdulillah, adikku sihat..walaupun untuk pulih sepenuhnya masih memakan masa...AKU?..aku survive juga..kalau tidak, aku pun sakit sama..masuk wad dekat Hospital Mesra juga..Nauzubillah..

Bingkisan semalam..

Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa amat berat hingga kita terduduk dan menanggis,
Peritnya terasa..tapi ketahuilah dan renungkanlah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak..lantaran ada langkah2 yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah menghadapinya dan ditetapkan iman..wallahualam..amin..

Akhirul kalam..
Sayangi lah diri..hargai diri..kerana dirimu itu begitu berharga..~FS~


Tuesday, July 14, 2009

Schizoprenia (English Version)



What is schizophrenia?

Schizophrenia is a mental illness that comprises of syndrome of disorganized and bizarre throughts, delusions, hallucinations, inappropriate affect and impaired social functioning.

How does it happen?

It is remain unknown, however researchers have shown that it could be due to abnormalities in the structure of the brain likes organic brain disorders, as well as an imbalance of chemicals in the brain and illicit drug misuse.

What causes it to be happen?

It is a complex interaction between environmental factors and genetic factor.

What type of treatment for schizophrenia?

  • There is a variety treatments, which are medicines, psychotherapy including counseling, family and social worker support, physiotherapy and occupational therapy.
  • Medicines is used to help balance the chemicals in the brain and control symptoms.
  • These medications are called either conventional and atypical.
  • Both conventional and a typical have similar efficacy but different in side effects profile. Choice of medications in individualized to each patient history, response to medications and tolerence to side effects.
  • Examples for conventional are chlorpromazine, perphenazine, haloperidol, sulpiride, trifluoperazine, fluphenazine, flupenthixol and zuclopenthixol.
  • Examples for atypical are clozapine, risperidone, olanzapine, quetiapine, ziprasidone and aripiprazole
Why it is important to take your medications as directed by doctors and pharmacists?

  • To achieve best effect from the treatment
  • Not taking medications may cause you to relapse
  • If you have taken other medications as well, please let your doctors and pharmacist know.
  • If you are pregnant or intend to be pregnant and planning to breast-feed, please tell doctors and pharmacists
Things to do to improve your treatment
  • See your doctors and pharmacists as scheduled. keep all of your scheduled doctor appointments to make sure you are getting the full benefits of treatment.
  • Take medicines as directed. it is to help to control symptoms and prevent symptoms from returning. It is important to take your medications as directed even thought you start feeling better.
  • Know the medications that you are taking. if any questions regarding your treatment and medications, please ask your doctors and pharmacists.
  • Do things you are always enjoyed. Hobbies, moderate exercise and other recreational interests are an important part of feeling better.
  • Talk to friends and family. Feeling better is easier with the help of others. Stay in frequent contact with friends and family who are supportive.

(Sources: Unit Farmasi dan Bekalan, Hospital Mesra Bukit Padang)
Peti surat No. 11342,
88815 Kota Kinabalu, Sabah.

Phone: 088-240984 (173/177)
Fax: 088-244703
Web: www.hmbp.moh.gov.my

Skizofrenia (malay version)



Skizofrenia merupakan penyakit mental yang serius dan kronik. Penyakit ini boleh mengurangkan kebolehan pemikiran dan pertimbangan seseorang. Mereka yang menghidap penyakit ini biasanya mengalami kesukaran membuat keputusan dan mengawal emosi mereka. Penyelidik mendapati bahawa penyakit ini mungkin disebabkan oleh ketidaknormalan dalam stuktur otak, dan juga ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. Faktor-faktor genetik pesakit dan persekitaran mungkin memainkan peranan sebagai penyebab penyakit skizofrenia.

Jika anda mengidap penyakit skizofrenia, anda bukan bersendirian. Seorang dalam 100 daripada populasi awam berhadapan dengan risiko menghidap penyakit skizofrenia. Penyakit ini memerlukan pelbagai rawatan termasuk rawatan secara psikologi, fisiologi, vokasional dan intervensi. Perubatan dipercayai dapat mengawal ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak dan mengawal simpton2 skizoprenia.

Tanda-tanda pertama mungkin terdiri daripada:
  • Perubahan dalam kumpulan kawan
  • kemerosotan gred-gred pelajaran
  • masalah tidur
  • mudah radang
Simpton-simpton positif :
  • Delusi: kepercayaan kepada ide-idea yang palsu
  • Halusinasi: melihat dan mendengar sesuatu yang tidak wujud
  • Agitasi: perasaan rendah dan cemas
  • Perasaan permusuhan: kemarahan terhadap orang lain dan kehidupan secara umum
  • Impulsi: melakukan sesuatu tanpa memikirkan mengenainya terlebih dahulu
  • Pemikiran bercelaru: mempunyai pemikiran yang tidak jelas atau mengelirukan
Kebanyakan orang yang menghidap penyakit skizoprenia tidak bersikap ganas terhadap orang lain. Tetapi mungkin mencederakan dirinya sendiri dan orang lain. Jika anda terasa mempunyai simpton-simpton seperti yang dinyatakan, jumpalah Doktor dengan segera..

(Kane et al., Schizophrenia Research, 2007)

Saturday, July 11, 2009

How to help yourself?


As a human being, we can't run away from the problem. What's ur problem?..money?..no job after graduates?..PTPTN?..no friend?..no boyfriend?..break of with ur bf?..miss ur parent?..fell alone?..unhealthy?..so on..1st things, u need to know this may produce very bad feelings coz of anxiety and frustration..hurgh..whatever happen..u must think of urself more than think other..u must be happy, enjoying ur life with good health. Come on..Don't be sad..!!

For those who want to get well, here are few suggestions for improvement:

1) Stop excusing your weaknesses. You will never learn to control yourself until you face up to urself and admit that you are not perfect. Only then will you begin to developed the will power to make change for the better.

2) Be patient with urself. This is a good time to take yourself in hand and develop new ways of living.

3) Take time to rest. Be sure to get plenty of quite, restful sleep. It will take time to rebuild your wasted tissue. Go to SPA or facial, u can feel give the special appreciation of urself..

4) Develop new hobbies and new interests. These will keep your mind active, and you keep urself busy helping others, your mind will be constantly occupied with constructive throughts and plans for the future.

5) Stop worrying about the past. You cannot change it. Only God can remove the sense of guilt and shamed from one who is deeply troubled. Learn to forgive urself, ur family and other who make ur bad feeling.



Change ur attitude to be positive..This is only way you can really appreciate of you life!!~fs~

Wednesday, July 8, 2009

My 'Research 2007-2009'





1st of all, aku ingin berceritera mengenai pengalaman dan suka dukaku menjalankan penyelidikan...Actually, aku ni wat kajian tentang antioksida dan antikanser terhadap halia (Zingiberaceae) yang ada di Borneo ni, khususnya di Sabah. Mula-mula aku masuk dalam hutan cari halia, pas tu bawa halia hutan tu ke makmal untuk dikaji. Tahukah anda? di dunia, terdapat sebanyak 1200 spesis halia..banyak kan..

Setelah spesis halia berkenaan diidentifikasi, sampel halia keringkan, diekstrak kemudian analisis antioksida dan antikanser. Kandungan nilai polifenol dalam sampel ekstrak di nilai terlebih dahulu. Polifenol merupakan kompaun yang kaya di dalam tumbuhan khususnya buah-buahan dan herba. Kompoun ini sangat berpotensi dan mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan manusia. Antioksida pula sangat penting untuk menghalang badan kita daripada kerosakan oleh radikal bebas. Radikal bebas boleh memyebabkan penyakit kronik seperti cancer, reumatism, jantung, diabetes dan banyak lagi.

Aku telah memulakan kajian ini sejak tahun 2006 lagi sewaktu projek tesis tahun akhir untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda..ketika itu hanya fokus kepada antioksida. Kemudian, aku telah meneruskan kajian ini selama 2 tahun iaitu pada 2007-2009..kajian makmalku telah siap dalam tempoh setahun setengah (3 semester) dan satu semester aku peruntukkan untuk writing tesis dan publish paper..Sebelum peringkat akhir tamat kajian, aku perlu melalui pembentangan yang dipanggil 'Viva Voce'. Ia dinilai oleh pemeriksa luar, pemeriksa dalam, dan ada beberapa orang ahli jawatankuasaPeringkat yang terakhir ini lah yang aku sedang nantikan sekarang..dan dengan itu, iya melayakkan aku memperolehi Ijazah Sarjana dalam Penyelidikan (Natural Product Chemistry). Dalam tempoh 2 tahun ini, aku telah membentangkan hasil kajian di beberapa acara dan karnival penyelidikan produk semulajadi kimia seperti Malaysian Technology Expo 2008, PWTC (Bronze medal awards), MSPP 2009, KL (oral presentation), Symposium IBTP 2009 (oral presentation) dan PEREKA 2009, UMS (poster presentation)..Iya kecil, tapi signifikan..

Ni nak berkongsi sedikit pasal bidang penyelidikan yang sangat menyeronokkan..banyak onak dan duri perlu ditempuhi..Pepatah ada menyatakan 'Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan'..apapun cabaran, harus ditempuhi dengan hati yang tenang..segala kesulitan pasti ada kesenangan di hari kemudian...'Good thing is not easy., never come down in your lap without a lot of effort'..bila buat penyelidikan, jangan cepat give up..kesabaran yang paling penting..membuat kerja berulang-ulang kali adalah perkara biasa dalam penyelidikan...aku pernah membuat beberapa aksi stunt di dalam hutan, mencari species halia..keluar masuk hutan, turun naik lembah dan lurah..bertarung dengan pacat yang nakal..tapi, species tidak jumpa..dalam lab, pernah ulang experimen sampai sebulan..tak dapat result..emm..tapi, alhamdulillah, segalanya kini menjadi kenangan manis buat diriku...

'Tinggikan semangat setinggi bintang di langit, rendahkan hati serendah mutiara di lautan'

Waallhualam bissawab...

Mendaki bukit 'Tawau Hills Parks' mencari halia


Salah satu spesis halia yang dikaji, Etlingera velutina. Terdapat di 'Crocker Range Parks', substesen Ulu Kimanis.

Cell culture lab, buat analisis anticancer..culture cancer cell

Memenangi 'Bronze medal awards' di MTE 2008




Tuesday, July 7, 2009

My Best Friends

Aku amat merindui sahabat2ku..Mye (Baju oren tudung putih org Membakut), Dayang (Baju pink org Miri), Ema (baju hitam org Kuching) n Yati (baju putih tudung hitam org Limbang)...kami berkawan rapat sejak sama2 studi Diploma Sains, UITM (2000-2003). Sehingga kini, kami masih berkontek walaupun tidak sekerap dulu..paling best di asrama dulu, berkumpul makan ambuyat..nyum..nyum..semua pun kaki makan ambuyat dengan ikan sardin..siap ambik lagi video makan ambuyat..bila ada masa free, kami keluar ke kk window shopping..selalu juga kami balik bermalam di Membakut rumah Mai, berkaroke, berjalan2 gi pantai..kadang2 kami balik KB, bawa drg naik pick-up gi pekan..huahua..

Kami biasa tgk wayang di dalam bilik, turunkan tilam di bawah..dan tutup lampu..aha, jangan salah pemahaman..bukannya wayang apa k..c ema ni suka tgk wayang katun like 'finding nemo'..tapi, wayang apa pun, katun ka, funny ka, hantu ka, mistik ka..aku tetap tidak sampai di akhir garisan..aku tido punya..haha..durang ni faham suda..bila final exam, kami blajar sama2..nda tido sampai pagi..paling sandi, study Math 215..susah eh..bila ke kelas, kami bersama2 naik tangga 99 di UITM tu..em..kami tidak penah gaduh, adalah gaduh skit2..as human being la kan..c Aris ngan c A'ai (klasmate) gelar kami ni kumpulan 'Vogue'. G mana2 pun sama2..kenangan terindah bila cuti hujung sem akhir..dyg, ema n yati mo balik sarawak suda..kami round2 KK sampai pagi..sebab last suda kn, mo berpisah dan bawa haluan masing2 suda pas tu..bila durang balit ke sinun dah, tggal la kamek ngan mye di Sabah..paduhal, pandai da kamek klaka sarawak..bestnya bila ingat balik masa tu..


(Yati, Ema, Mye, Aku n Dayang)

By the way, durang berempat ni sudah mendirikan rumahtangga..uwaa..paling awal kawin mengikut ranking Mye (2006) > Dyg (2008) > Ema (2009) > Yati (30/5/2009) > Aku (???)..hehe..yang tidak disangka2, hubby Dyg n Ema tu adik beradik..huhu...tambah lah drg rapat, share ma n pa in law..itulah yang dinamakan Jodoh..kami ada juga merancang buat reunion, masing2 bawa hubby n anak2..tapi, drg bagi syarat..aku kena kawin dulu baru buat reunion..ya lah..cian lah aku teda partner..kuang..kuang..

Last but not least, to all my best buddies..it is hard to me to forgot all of you..to delete our memories..satu hari nanti, kita tetap akan berjumpa...I love you guys!!4ever n ever..!!kamek sik mo lupa kitak org kat sinun..keep in touch..daa..