Skip to main content

Mama Writerpreneur (16-24)

'WHY' yang jelas, karya terhasil

Ramai orang yang ingin menulis, mereka pasti akan bertanya soalan-soalan ini.

Bagaimana mula menulis?
Apa yang patut ditulis?
Bila masa yang terbaik untuk menulis?
Siapa yang patut saya rujuk untuk mengajar saya menulis?
Berapa jumlah muka surat yang perlu untuk buat satu buku? Berapa kos terbit sendiri?
Apa yang perlu saya buat jika ketika menulis berlaku 'Mental Block'?

Pelbagai soalan-soalan yang berbangkit akan ditanya.

Namun, kunci untuk menulis sebuah karya sehingga jadi adalah satu soalan yang amat penting iaitu:

MENGAPA AKU MENULIS?

MENGAPA??

WHY?? WHY??

Jika anda telah menemui jawapan bagi soalan MENGAPA AKU MENULIS?

Anda secara tidak langsung akan menemui jawapan-jawapan yang lainnya.

Mengapa saya menulis?

1) Untuk ibu saya yang sakit Schizoprenia sejak saya berumur 11 tahun, pernah satu ketika saya bertanya kepada ibu, 'Mak, jika saya berikan mama hadiah, mama mahu hadiah apa|?
Ibu saya menjawab, 'Mama tidak mahu apa-apa nak, mama mahu satu sahaja iaitu 'KETENANGAN HATI'. Mama sangat menderita sebab hati tidak tenang, terpaksa bergantung dengan ubat penenang seumur hidup. Sejak dari hari itu, saya mencari pelbagai buku, mengkaji dan menulis sehingga terbitnya buku pertama '7 Rahsia Tenang Menghadapi Ujian Hidup' pada 1 Oktober 2016.

2) Untuk anak-anak. Saya sediakan ilmu kehidupan buat rujukan anak-anak. Kebanyakan ilmu ini saya dapat melalui pengalaman sendiri di Universiti Kehidupan. Andai umur saya tidak panjang, biarlah anak-anak saya membesar dengan buku-buku tulisan saya.

3) Menyedaikan bekalan untuk di alam Akhirat. Jika kita tulis ilmu berfaedah, yang membaca mendapat manfaat, insyaAllah, ia menjadi bekalan kita di Sana nanti.

Jadi,

Sebelum mula menulis, pastikan 'Why' anda jelas. Ia mampu menundukkan segala kesukaran sepanjang perjalanan anda menuju impian.

Selamat Menulis!!

Farrawati Sabli
 

Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

Mama Writerpreneur (13-24)

MENULIS GAYA HAMKA Menurut HAMKA, tulisan yang lebih berharga ialah yang jujur, pendek dan terang. Jika panjang pun, ia ditulis dengan cara yang tidak membosankan. Tulisan yang lebih jitu sampai ke hati adalah tulisan yang benar-benar datangnya dari hati. Maka, hati jugalah yang menerimanya. Adapun, tulisan yang hanya datang dari hujung jari, perginya ke pelupuk mata si pembaca untuk menidurkannya. Pesan HAMKA lagi, kita haruslah menggunakan akal dengan saksama, ia seperti juga bermain olahraga juga. Perlu kepada latihan yang lama, dan kesungguhan yang tidak henti-henti. Orang yang berakal memandang ringan segala kesusahan, lumrah segala halangan yang menghambat tujuannya, sebab andai tujuan kita mulia, bertambah sulit untuk menempuhinya. Sebagai penulis, elakkan: -Merasa kagum pada diri sendiri -Bongkak dengan nama dan keturunan sehingga lupa menyelidiki di manakah kekurangan diri -Sukakan populariti Sumber: Falsafah Hidup, Hamka

7 SEBAB KENAPA HATI TIDAK TENANG?

PERTAMA #KurangBersyukur Prinsip mendapat ketenangan dengan syukur: 1) Usah tunggu bahagia untuk kita bersyukur, tetapi bersyukur dahulu untuk dapat bahagia. 2) Usah tunggu banyaknya nikmat baru hendak bersyukur, tetapi bersyukurlah atas nikmat yang sedikit. Apabila kita bersyukur pada nikmat yang sedikit, Allah akan tambah nikmat. InsyaAllah. Kualiti jiwa adalah pada kualiti SYUKUR. Mengapa sukar untuk BERSYUKUR? #TersalahFokus Adakalanya: -Kita terlalu fokus pada apa yang tidak ada, tidak fokus pada apa yang telah ada. -Kita terlalu fokus pada kekurangan, bukan pada kelebihan. -Kita terlalu fokus pada nikmat, tidak fokus pada Pemberi Nikmat. Kerana tersalah fokus, kita lebih banyak mengeluh dari bersyukur. Hidup jadi tidak tenang kerana titik-titik penyakit hati makin menebal. Tekanan dari ujian hidup tidak dapat diuruskan dengan baik. Bersyukurlah! Terlalu banyak nikmat yang perlu disyukuri. Alhamdulillah. KEDUA #SukarMemaafkan Kajian dari pakar psikolo...