Skip to main content

Mama Writerpreneur (5-24)

9 Tips Menulis Dari Hati

1) Banyak membaca, membaca dan membaca. Membaca meningkatkan perbendaharaan kata dan menambah ilmu.

Selepas saya membuat keputusan untuk fokus dalam bidang penulisan, saya disiplinkan diri saya untuk membaca empat buah buku sebulan. Seminggu satu buku.

2) Banyakkan mendengar daripada bercakap.

Kadang-kadang, seseorang mendatangi kita dan bercerita sesuatu perkara, kita boleh cuba menulis apa yang dia telah sampaikan.

Contohnya, cerita si A, kehidupannya kini sudah tidak seperti dulu lagi, dulu sihat dan kaya. Kini, sakit dan miskin.

Kita boleh mengolah satu penulisan,

'Hidup kita ini seperti roda, sekejap di atas, sekejap di bawah. Bila kita berada di atas, jangan lupa orang yang berada di bawah. Kerana, kita juga asalnya dari bawah. Ingatlah 5 perkara, sebelum datangnya 5 perkara'.

Buat draf dulu, kemudian olah lagi ayat itu supaya lebih cantik.

3) Hati kena sentiasa bersih baru mudah kita mengeluarkan kata-kata yang penuh hikmah.

4) Fahami keadaan, fahami orang lain dan visualkan dalam bentuk penulisan.

5) Menggunakan perkataan positif dalam ayat yang ingin disampaikan.

Jangan memasukkan perkataan negatif dan seperti berburuk sangka kepada pembaca.
Contoh:
'Janganlah kita tidak bersedekah pada hari jumaat nanti rezeki jadi sempit.

Lebih baik menulis,
'Mari bersama menjemput rezeki' di hari Jumaat yang mulia ini.

Ayat B lebih sampai ke hati

6) Pilih waktu yang sunyi untuk menulis.Saya suka menulis di sepertiga malam.

7) Setiap penulisan kita perlu ada tema. Tema penulisan saya adalah tema kasih sayang kerana fitrah manusia sangat sukakan kasih sayang.

8) Percaya pada diri, anda boleh menulis. Saya pernah membuat Hashtag, #fsWriteFromTheHeart untuk melatih diri ini untuk terus berkarya dari hati.

9)  Buat latihan menulis sekerap mungkin, jadikan media sosial seperti Facebook sebagai medan latihan.

Selamat Menulis

Tulis, Terbit dan Jual

Mama Writerpreneur




Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

Mama Writerpreneur (13-24)

MENULIS GAYA HAMKA Menurut HAMKA, tulisan yang lebih berharga ialah yang jujur, pendek dan terang. Jika panjang pun, ia ditulis dengan cara yang tidak membosankan. Tulisan yang lebih jitu sampai ke hati adalah tulisan yang benar-benar datangnya dari hati. Maka, hati jugalah yang menerimanya. Adapun, tulisan yang hanya datang dari hujung jari, perginya ke pelupuk mata si pembaca untuk menidurkannya. Pesan HAMKA lagi, kita haruslah menggunakan akal dengan saksama, ia seperti juga bermain olahraga juga. Perlu kepada latihan yang lama, dan kesungguhan yang tidak henti-henti. Orang yang berakal memandang ringan segala kesusahan, lumrah segala halangan yang menghambat tujuannya, sebab andai tujuan kita mulia, bertambah sulit untuk menempuhinya. Sebagai penulis, elakkan: -Merasa kagum pada diri sendiri -Bongkak dengan nama dan keturunan sehingga lupa menyelidiki di manakah kekurangan diri -Sukakan populariti Sumber: Falsafah Hidup, Hamka

7 SEBAB KENAPA HATI TIDAK TENANG?

PERTAMA #KurangBersyukur Prinsip mendapat ketenangan dengan syukur: 1) Usah tunggu bahagia untuk kita bersyukur, tetapi bersyukur dahulu untuk dapat bahagia. 2) Usah tunggu banyaknya nikmat baru hendak bersyukur, tetapi bersyukurlah atas nikmat yang sedikit. Apabila kita bersyukur pada nikmat yang sedikit, Allah akan tambah nikmat. InsyaAllah. Kualiti jiwa adalah pada kualiti SYUKUR. Mengapa sukar untuk BERSYUKUR? #TersalahFokus Adakalanya: -Kita terlalu fokus pada apa yang tidak ada, tidak fokus pada apa yang telah ada. -Kita terlalu fokus pada kekurangan, bukan pada kelebihan. -Kita terlalu fokus pada nikmat, tidak fokus pada Pemberi Nikmat. Kerana tersalah fokus, kita lebih banyak mengeluh dari bersyukur. Hidup jadi tidak tenang kerana titik-titik penyakit hati makin menebal. Tekanan dari ujian hidup tidak dapat diuruskan dengan baik. Bersyukurlah! Terlalu banyak nikmat yang perlu disyukuri. Alhamdulillah. KEDUA #SukarMemaafkan Kajian dari pakar psikolo...