Wednesday, September 4, 2013

Happy 1st Birthday Mohd Afif

Sedar tidak sedar afif sudah berumur setahun.. afif dilahirkan secara normal di Hospital Likas pada 4.9.2012 (10.12am) dengan berat 3.1kg.

Syukur atas kurniaan ini Ya Allah..

Ku doakan agar anakku menjadi anak yang soleh, taat dan berjaya dunia dan akhirat.

Afif 4.9.2012


Afif 4.9.2013



Mama dan Papa sangat sayang sama afif....muahhh bucuk2......

1st batch betday afif...next week sambut dgn papa afif pula....







Thursday, August 29, 2013

Bersara Awal, Bersara Kaya

Buku terbaru yang aku baca bulan ogos ni ialah 'Retire Young Retire Rich', Robert T Kiyosaki. Bersara awal, bersara kaya. Sebenarnya sudah lama cari buku ni, selalu nama penulis disebut-sebut oleh penceramah motivasi kewangan yang aku dengar di YouTube. Penulis adalah seorang multibilionaire dimana, dia bermula daripada kosong dan berjaya mengembangkan empayar perniagaaannya ke seluruh dunia.

Apa yang aku amati daripada pembacaan buku ini adalah betapa pentingnya kita mendalami ilmu bila kita menceburkan diri dalam sesuatu bidang. Contohnya, Robert mempelajari ilmu kekayaan dari mentornya Rich Dad. Bagaimana dia menjadi seorang kaya yang luar biasa kerana dia ikut step orang yang telah berjaya, disamping ikut seminar untuk menambahkan ilmu. Dia juga menjadikan setiap masalah sebagai satu peluang untuk maju.

Kejayaan juga terhasil dengan kerjasama dari orang yang tersayang iaitu Kim, isteri beliau. Mereka bersama-sama mempelajari ilmu perniagaan dan pelaburan. Terdapat tiga kelas asas bagi aset;

1. Hartanah
2. Aset kertas
3. Perniagaan

Bagaimana mahu bersara awal, bersara kaya?
Kita perlu berhadapan dengan cabaran yang ditakuti oleh orang lain.


Adakah kita ingin kaya? Ingin hidup selesa, bebas dari hutang, bebas melancong, bebas membeli apa sahaja yang kita mahu, bebas membantu orang yang susah?

1. Kenal pasti fikiran yang kita tidak mahu, tukar kepada fikirkan perkara yang kita mahu.
2. Kenal pasti perkara yang kita tidak mahu, tuka kepada perasaan yang kita mahu.
3. Ambil tindakan, usah berhenti, perbetulkan mana yang perlu, sehinggalah kita dapat apa yang kita mahu, bukannya apa yang kita tidak mahu.

Apa jua keadaan kita sekarang, ambil masa bagi menghargai setiap detik yang berlalu. Sebabnya, apabila esok muncul, hari ini sudah menjadi kenangan.

Jom pelajari Ilmu Kewangan:








Thursday, August 22, 2013

Afif Demam Cacar

Salam...
Sudah 2 hari afif demam kena cacar, keluar bintik kemerahan. Sedih tengok anak rimas tidak dapat tidur. Semalam bawa afif ke klinik, kena bagi ubat demam dan ubat sapu calamine.

Sabarlah sayangku afif, mama ada jaga afif, papa pun walau jauh di kuching, hatinya ada dekat kita...sabar ya nak, nnt sudah keluar cacar tu ok la tu....

Semalam kawan ada bagi sejenis bunga kuning yang dinamakan 'ralleh', ralleh berwarna kuning direndam sekejap di dalam air panas. Bagi afif minum supaya turun panas. Selain tu, aku ada sapu minyak letak bawang merah bintik2 merah di badan Afif. Minum air kelapa ada juga, tapi bagi sikit ja takut juga bagi banyak2.

Semoga cepat sembuh anakku.....







 

Wednesday, August 21, 2013

Susah dan Senang, tetap berSyukur

Salam.....
Setiap insan yang hidup mempunyai masalah, selagi kita hidup, selagi itu kita menghadapi masalah, ia adalah satu proses kehidupan yang harus kita tempuhi. Ia menjadikan kita lebih matang dan lebih kreatif untuk menyelesaikan setiap masalah yang kita hadapi. Adakalanya, kita rasakan Allah SWT tidak adil kerana menjadikan kita insan yang selalu ditimpa musibah. Kenapa saya? kenapa tidak dia? 


Adakah anda seorang ibu yang belum dikurniakan anak?
Bersyukurlah, sekurang-kurang anda mempunyai suami.
Adakah anda seorang insan yang belum dikurniakan jodoh?
Bersyukurlah, anda punya ibu bapa yang menyayangi anda.
Adakah anda seorang graduan yang belum mendapat kerja?
Bersyukurlah, anda punya pengalaman suka duka semasa di universiti. Anda punya ijazah yang membanggakan ibubapa, dan anda punya ilmu yang bagus untuk dimanfaatkan.
Adakah anda seorang yang amat miskin?
Bersyukurlah, ada orang yang diuji lagi susah, sekurang2nya anda masih boleh bebas mencari rezeki berbanding orang yang dikurung dipenjara seumur hidup.
Bersyukurlah, anda punya tubuh badan yang sihat, berbanding yang terlantar di hospital kerana sakit.

Setiap masalah pasti akan berakhir, lambat laun akan pergi jua,
Yakin Allah SWT tidak akan menguji hambaNya sesuai dengan kemampuannya.

Hadapilah setiap masalah dengan tenang.....

Tuesday, August 20, 2013

Kunci Kejayaan Dalam Perniagaan

Untuk Memulakan perniagaan sehingga berjaya:
1. Mendapat idea
2. Mencuba idea tersebut
3. Melakukan idea tersebut
4. Melakukannya lagi
5. Dan lagi..
6. Sehingga berjaya!!

Tips Penting..
KEBOLEHAN menentukan apa kita mahu capai.
MOTIVASI membantu untuk mencapainya.
SIKAP penentu sama ada kita akan capai atau tidak.
(Inspirasi Kejayaan: Irfan Khairi)

Belajarlah Berniaga:

Rasulullah SAW menegaskan bahawa berniaga adalah merupakan satu kedudukan yang tinggi dalam Islam.
Sembilan persepuluh sumber rezeki adalah datangnya dari perniagaan (Hadis Riwayat Tirmizi).

Terdapat beberapa tip untuk berjaya dalam perniagaan:
* Mulakan perniagaan kecil-kecilann dengan modal yang kecil
* Tingkatkan usaha sedikit demi sedikit agar kita lebih fokus
* Jangan cepat mengalah dengan dugaan yang datang
* Sediakan perkhidmatan yang terbaik dalam usaha menarik perhatian pelanggan.
* Jangan biarkan peluang yang hadir terlepas begitu sahaja.
* Jangan kedekut untuk sedekah dan membantu orang lain.

Tidak akan papa orang yang bersedekah dengan hati yang ikhlas, malah akan ditambah lagi rezeki tersebut.


RUMPAI LAUT dari Sabah

Salam....
Akhir-akhir ni kita sering terdengar mengenai khasiat rumpai yang dikatakan mempunyai kandungan kolagen yang asli. Ia juga dijadikan sabun dan cream untuk mengatasi penyakit kulit.

Oleh sebab itu, terdorong hati ini untuk menulis sebuah article mengenai seaweed di Sabah. Artikel yang dibawah ini juga adalah sebahagian daripada research proposal aku untuk melanjutkan penyelidikan biokimia di peringkat phd.  Insyaallah, kita hanya merancang, aku serahkan segalanya kepada Mu Ya Allah....

RESEARCH TITLE
Cytotoxicity activitiy and mechanism in action of ethanolic extracts of selected Seaweed from Sabah.
LITERATURE REVIEW
Cancer is one of the most serious threats to human health in the world. Cancer treatment such as chemotherapy and radiotherapy are very expensive and due to the side effects. Since many years natural products have played an important role in the discovery and development of drugs for the treatment of cancer. Marine natural products provide abundant resources for anticancer drug discovery. Recently, seaweed has become a popular treatment in alternative medicine as they are much less expensive than the standard anticancer therapies that are currently used.

The edible seaweed are explored contain of the protein, vitamin and mineral which are essential nutrition for human. Seaweed also determined has rich with polyphenol compound including steroids, phenolics, flavanoids, tannin, carbohydrates, coumarins and xantoprotein (Jeeva et al, 2012). Plant extracts that are rich in polyphenols and other phytochemicals may contribute to antioxidant and anticancer activities (Sabli et al, 2012, Ling et al., 2011). From the previous study, eight species from north Borneo have potential rich sources of natural antioxidants (Matanjun et al, 2008). 

Berikut adalah link mengenai penyelidikan antioxidant dan anticancer hasil penyelidikan aku mengenai beberapa species tumbuhan di Sabah, Borneo....

Sebelum bawa rumpai laut ke makmal, aku cuba bawa rumpai laut ni ke dapur.....
Jom tgk.....

1) Cuci rumpai laut sebersih2nya.
2) Rendam selama 48 jam, selalu tukar air. Agak2 dalam 4 kali selama tempoh tersebut.
3) Bila sudah rendam lama, rumpai laut akan mengembang sehingga 3 kali ganda dari saiz sebenar.
4) Masak rumpai laut dengan meletakkan daun pandan yang segar.
5) Masak hingga rumpai laut menjadi agar2.
6) Letak di dalam bekas dan simpan di dalam peti.
7) Makan bersama madu.
* Daun pandan haruslah segar agar bau hanyir pada rumpai laut hilang, jika bau tidak hilang, susah mau masuk anak tekak ni :)

Selamat Mencuba....Semoga perkongsian ini bermanfaat...
Rumpai Laut banyak dijual di Sabah....
Bagi sahabat-sahabat di Semenanjung, sekiranya mau minta tolong belikan, boleh email saya di farrawatisabli@gmail.com. Insyaallah, saya boleh bantu....






Monday, August 19, 2013

Puding Kastard Koktel

Resepi:

Puding Kastard:
1 cawan tepung kastard
1 bungkus agar-agar
4 cawan air
2 sudu besar gula/ susu pekat

Jelly:
Guna jelly nona

Kuah:
1 tin buah koktel
1 tin susu cair
1 cawan air
1 cawan gula
(Masak kesemua bahan dengan api yang sederhana)
Hidang ketika sejuk.






Puding Milo Oreo

Masa balik Tawau, rajin pula buat puding.
Hidangan ni utk hidang maci dan paci yang beraya ke rumah.
Berikut saya kongsikan resepi: 

Resepi:

Puding Milo Oreo
-1 bungkus agar2
-3 cwn air
-3/4 milo
-1 bungkus biskut oreo
-1 tin susu cair
- 1/5 cwn gula
Cara Membuat
- Masak agar2, air, gula dan susu cair sampai mendidih
-bahagi 2, yg satu bahagian letak milo, yg satu letak biskut oreo yg suda dibelah 4.
-Letak dlm bekas, tunggu sejuk.

 Sesuai juga utk hidangan rumah terbuka, hidang time sejuk.



Fruit Tart

Salam,
pertama kali buat fuuit tart adalaha masa belajar bakeri pastry dan kek dengan chef sazali ismail suatu ketika dulu. Kemudian, ada juga makan di hotel bila ada event. Sedap tart ni, 1 tak cukup, pasti mau lagi.

Resepi:

Tart Shell:
150 gm tepung gandum
25 gm gula aising
70 gm mentega
1 biji telur
1/2 camca teh esen vanilla

Bahan kastard:
1 cawan susu segar
11/2 sudu besar tepung kastad
11/2 sudu besar gula halus
1 camca teh esen vanila
1 camca besar mentega

Bahan lain:
Buah-buahan segar
apricot gel
coklat masakan

Cara membuat kulit tart:
1) Campurkan tepung, gula, mentega.
2) Masukkan telur dan esen vanilla.
3) Buat sehingga menjadi doh.
4) Letak di acuan tart dan bakar.

Cara membuat kastard:
Masak kesemua bahan di periuk dengan api yang sederhana.
Sehingga pekat.

Fresh Fruit:
Potong buah 
susun ikut kreativiti
(sebelum letak kastard, sapu chocolate masakan di dalam kulit tart agat kulit tart tidak lemau terkena buah)
sapu jem aprikot agar buah berkilat dan tahan.










PAVLOVA

Pavlova adalah sejenis dessert orang putih yang crunchy di luar dan lembut di dalam.
Rasanya manis dan digabungkan rasa masam buah-buahan segar yang terpilih seperti strawberry, epal, anggur dan oren sunqist. Berikut adalah resepi Pavlova:

1) Buat Meringue
-4 biji putih telur
-175 g gula caster
-1 sudu tepung jagung
- 1 sudu cuka masakan

2) Whipping cream

3) Buah- buahan segar

Cara buat meringue
1. Pukul putih telur hingga kembang dan putih.
2. Masukkan gula castor sedikit demi sedikit. (tambahkan kelajuan mixer)
3. Masukkan sekali cuka masakan dan tepung jagung.
4. Pukul sampai berkilat dan bertanduk.

*Bertanduk maksudnya bila telangkupkan, adunan tidak tumpah.
* Masa pisahkan putih telur, jangan ada sedikit pun kuning telur..nanti tidak jadi foamy.

5. Letakkan meringue di loyang yang sudah dilapisi dengan kertas minyak.
6. Bakar selama 30- 40 min
7. Bila masak, buka oven sedikit sebab nanti meringue meretak.
8. Letakkan whipping cream yang sudah diputarkan hingga ringgan ke atas meringue.
9. Hias dengan buah-buahan segar.










Selamat Mencuba..!!!
Tempahan pavlova diterima sepanjang tahun bagi sekitar Kota Kinabalu dan yang sewaktu dengannya :)

Pasangan PJJ selepas kahwin

Sukar untuk mengatakan sesuatu jika kita tidak mengalaminya..
Bagi diriku, aku dan suami adalah salah satu dari ribuan pasangan jarak jauh ini..
TIPU...jika aku katakan tidak sukar pjj dengan suami, lebih2 lagi dengan ada anak ni..
Terutama masa anak sakit, suami lah insan yang paling diingati.

Aku, suda hampir 2 tahun buat pjj, harap perjalanan ujian kami ni berakhir tidak lama lagi, sentiasa berdoa agar kami bersama2 menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

Ini ada sedikit tips untuk pasangan pjj seperti kami (sedikit perkongsian) berdasarkan pengalaman sendiri.

1) Kepercayaan
- Jangan ada sedikit pun rasa kurang percaya pada suami bila berjauhan. Suami berkorban mencari rezeki buat keluarga, bukan dipinta untuk berjauhan, tetapi Allah SWT masih mahu menguji hambaNya.
- Bila ada rasa tidak yakin pada suami, buang lah jauh2 perasaan tersebut bagi mengelakkan pergaduhan.

2) Sentiasa Bersyukur
- Walau berjauhan dengan suami, bersyukurlah, sekurang2nya anda ada suami, ada orang yang mendampingi kamu, yang membimbing kamu, yang memberikan kamu nafkah zahir & batin. Bayangkan orang lain yang tidak punya suami, suami pergi dulu, belum ada jodoh dengan sesiapa, janda dan ibu tunggal. Mereka melayari hidup ini berseorangan. Itu ujian bagi mereka, ujian kita yang pjj ni hanya berjauhan, sebulan sekali balik juga, so, apa yang hendak disedihkan sangat...kann....

3) Yakin
- yakinlah suatu hari nanti, pasti suami aka dapat berpindah juga....
-Allah SWT mengikut sangkaan HambaNya...

Sunday, August 18, 2013

Bumbu Soto Resepi Ibu

Salam...

Kejap saja lagi mau buat bumbu soto yang dipelajari dgn ibu mertua. Original resepi dari Jawa Timur, dimana keluarga suamiku orang Jawa. Andai ia bermanfaat, aku akan jadikan ini sebagai sebahagian dari sumber pendapatan keluarga.

Insyaallah, semoga terlaksana impianku....
Mudahkan ia bagiku Ya Allah.....


Rezeki dan Syukur

Adakalanya kita merasa kitalah yang paling susah, nasib kitalah yang paling malang..
Adakalanya kita sangat dengki melihat kejayaan orang lain..
Adakalanya kita begitu menyesal akan masa-masa lalu...

Merancanglah...
Tetapi, Dia yang lebih mengetahui...
Dia yang maha mengetahui bila Dia akan perkenankan DOA kita..
Selagi mana kita tidak berhenti berusaha, usah gentar...pasti suatu hari nanti perkara yang baik2 akan datang..

Mengapa dikesali masa lalu, sedang seminit yang lalu, telah pergi dan tidak akan kembali lagi..apalagi, masa kemarin, minggu lepas, bulan lepas, tahun lepas.....iya telah pergi buat selama-lamanya...

FOKUS!!
Buat yang terbaik pada hari ini, dan esok buat yang lagi baik..
Sentiasa muhasabah diri...

SYUKUR!!!
Syukuri nikmat Allah SWT...
Hentikan keluhan dan gusaran hati..
Agar ion negatif ternyah dari diri....

Ku DOA kan agar sahabat2ku pembaca blog ini sentiasa berjaya dan sentiasa kaya.....dan rezeki melimpah ruah...


Bersama2 kita berusaha untuk menjadikan diri kita sentiasa bermanfaat sepanjang hayat ini...

Amin Ya Rabbal Alamin...
Farra...

Acara Makan dan Bakar

Kemudian, malam sabtu sambung acara makan...
Sayap ayam dan kambing telah diperap seawal pagi sabtu tu..
papa, mentua adik aku yang menjalankan operasi memerap..
suami dan besannya (rafik) bertanggungjawap untuk membakar ayam dan kambing tersebut....
best, tapi keesokan harinya hubby kena balik kuching pula...uwaa....senyum dalam tangisan juga pada malam tersebut :)






Dari Tawau- KK- KB

Super energetic di hari raya ke 9, balik dari Tawau terus ke KB menghadiri rumah terbuka di rumah paci idris (adik my dad). 
Gembira dapat bersama mereka......



Tgh mlm sudah ni, masi mau bergambar sementara tunggu bubur ayam mira siap!!!


Kumpulan Jamilah pada malam tersebut....
Dari kiri Ila, fatin, lyn, cheryl. me dan jacy....
*wanita bajau, dlm pic ni hanya ada sorang yg single, cer teka siapa dia?....hee....*


Thursday, August 15, 2013

Hari Raya ketiga di Semporna

Raya ketiga berjalan2 ke Semporna. Jom tgk klik2 di Floating Semporna....