Saturday, January 10, 2015

2015

Salam...

Selamat Tahun Baru 2015

Setiap awal tahun baru, kita sibuk memikirkan azam tahun baru..
Sedang azam tahun lepas banyak tidak tercapai..
Apapun, setiap azam tahun baru sangat baik agar kita sentiasa dapat melakukan yang terbaik..
Lihat semula azam tahun lepas sama ada tercapai atau tidak, jika ada yang tidak tercapai, cuba renung semula kenapa tidak tercapai. Besar kemungkinan azam yang tidak tercapai adalah disebabkan strategi yang digunakan perlu diperbaiki.

Bagi diri saya:

Ada beberapa perkara yang ingin saya capai untuk tahun ini:

1) Naik pangkat, daripada Advisor Etiqa Takaful kepada Assistant Sale Manager
2) Menambahkan simpanan
3) Publisher writer (Menulis Buku Pertama)
4) Bebas Hutang
5) Mendapatkan lesen perniagaan
6) Mendaftarkan Kelab yang ditubuhkan

Saya yakin, saya punya kekuatan seperti:
1) Minat terhadap kerjaya
2) Sentiasa berfikiran positif
3) Tidak mudah berputus asa
4) Rajin membaca
5) Sentiasa berfikiran terbuka
6) Sering berusaha memperluaskan networking
7) Mudah bergaul dengan orang lain

Harapan Impian Teamwork