WAKTU MENULIS
Dalam keadaan kesibukan kita sebagai seorang surirumah yang menulis, waktu yang amat berharga untuk menulis adalah ketika anak-anak telah tidur. Namun, pada setiap malam ketika menidurkan anak, kita juga ikut tertidur. Ini kerana badan sudah terlalu penat dengan aktiviti seharian, walaupun hanya di rumah.
Siapa kata surirumah tidak penat? Hanya orang mengalaminya yang tahu :)
Jadi, apa yang saya buat adalah, saya akan tidur awal. Ketika saya menidurkan anak-anak, saya juga akan tidur bersama mereka. Saya tidak mahu kehilangan momen menidurkan anak-anak yang masih kecil dek kerana terlalu ghairah menulis. Tidak...
Namun, saya bangun awal. Saya bangun sebelum Subuh. Di situlah saya ambil kesempatan untuk menulis. Dan, alhamdulillah, ilham menulis mencurah-curah saat itu. Seandainya saya tidak ada idea untuk menulis, saya akan membaca. Ia diselang selikan.
Jom, wujudkan waktu menulis!
Tulis sampai siap ya, bulatkan hati, jangan tiga segikan hati.