Skip to main content

Mama Writerpreneur (1-24)

Pepatah ada mengatakan,

Kita tidak mampu mengubah sejarah,
Tetapi kita mampu CIPTA SEJARAH.

Tahun 2016 yang telah berlalu, sejarah buat diri sendiri, jika sebelum ini aku yang cintakan buku, sudah lama ingin menulis buku tapi bayang buku pun tidak pernah nampak. Hanya impian, angan-angan tetapi bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, buku tidak ada pun. Hanya buku yang hampir penuh di rak buku rumahku. Gemar beli buku, ada juga hanya beli saja, sampai sekarang belum buka dan baca.

Memasang azam ingin menulis buku sudah lama. Ia bertitik tolak dari kecintaanku terhadap buku. Tahun 2009, tertubuhnya blog ini yang kekal dengan tajuk 'Aku, Buku & Cinta'. Daripada pembaca tegar buku-buku motivasi, buku agama dan pembangunan diri, terdetik di hatiku ingin menulis buku sendiri. Langkah diambil, namun,

2014- Tiada buku
2015- Tiada buku
2016- Ada. Terbitnya buku pertama yang bertajuk '7 Rahsia Tenang Menghadapi ujian hidup'

Bagaimana akhirnya aku berjaya Tulis & Terbit buku?

Berikut dikongsikan sorotan Tulis & Terbit buku pertama:
1) Awal tahun 2016, morning sickness yang amat teruk. Tidak keluar rumah, stress yang melampau. Disusuli dengan ibuku yang sakit ketika itu (scizoprenia).
2) Pekerjaan aku ketika itu adalah Konsultan Takaful dan Usahawan Sosial (begitu aktif keluar rumah dan berpersatuan).
3) Bila diuji dengan ujian sebegitu, terdetik di hatiku untuk hanya bekerja dari rumah. Oleh kerana anak-anak kecil yang sangat memerlukan perhatian 100% seorang ibu. Anak sulung diuji dengan Athma, beberapa kali keluar masuk wad.
4) Sebelum itu, aku ada juga bertanya-tanya pada jiran sebelah rumah jika hantar anak ke rumahnya, berapa bayaran? Dia katakan jika sehari penuh RM300 seorang. Dua orang RM600, Tiga orang RM900.
5) Makin kuat tekadku hendak fokus bekerja dari rumah.
6) Selepas habis fasa morning sickness, aku mula menulis. Ketika sarat, aku tetap menulis. Bukan senang menulis dalam keadaan sarat mengandung, namun, aku gagahi juga.
7) Anak ketiga lahir pada 22 Julai 2016, buku pertama lahir pada 1 Oktober 2016.
8) Proses editing dan permohonan ISBN berlaku dalam keadaan tengah berpantang (hanya rehat dalam 2 minggu selepas bersalin)
9) Habis sahaja tempoh kuarantin (44 hari), saya beserta baby (Mohd Aqil), berdua ke Syarikat Cetak di Kota Kinabalu. (Moment yang tidak dapat dilupakan, seminggu sibuk dengan proses penerbitan, anak sulung dan kedua dihantar ke kampung). Sempat menyinggah di sebuah restoren berhawa dingin di Alamesra kerana baby hendak menyusu.
10) Finally, impianku tercapai.


Apa yang menyebabkan aku berjaya tulis dan terbit buku pertama adalah:
1) Big Why (AKU HARUS BERJAYA DEMI ORANG-ORANG YANG AKU SAYANG)
2) Buat keputusan
3) Fokus
4) Niat yang baik (Allah SWT pasti akan bantu kita)
5) Bijak urus masa
6) Tempuhi setiap cabaran dengan tenang
7) Berdoa

Kini, aku amat bahagia menjadi Penulis, di samping 3 hero tercinta di rumah.
Mohd Afif, 4th
Mohd Alif 2th
Mohd Aqil 5 bulan

Thank You Allah !

Catatan Mama Writerpreneur
Farrawati Sabli
Tulis, Terbit dan Jual
3/1/2017







Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

Mama Writerpreneur (13-24)

MENULIS GAYA HAMKA Menurut HAMKA, tulisan yang lebih berharga ialah yang jujur, pendek dan terang. Jika panjang pun, ia ditulis dengan cara yang tidak membosankan. Tulisan yang lebih jitu sampai ke hati adalah tulisan yang benar-benar datangnya dari hati. Maka, hati jugalah yang menerimanya. Adapun, tulisan yang hanya datang dari hujung jari, perginya ke pelupuk mata si pembaca untuk menidurkannya. Pesan HAMKA lagi, kita haruslah menggunakan akal dengan saksama, ia seperti juga bermain olahraga juga. Perlu kepada latihan yang lama, dan kesungguhan yang tidak henti-henti. Orang yang berakal memandang ringan segala kesusahan, lumrah segala halangan yang menghambat tujuannya, sebab andai tujuan kita mulia, bertambah sulit untuk menempuhinya. Sebagai penulis, elakkan: -Merasa kagum pada diri sendiri -Bongkak dengan nama dan keturunan sehingga lupa menyelidiki di manakah kekurangan diri -Sukakan populariti Sumber: Falsafah Hidup, Hamka

7 SEBAB KENAPA HATI TIDAK TENANG?

PERTAMA #KurangBersyukur Prinsip mendapat ketenangan dengan syukur: 1) Usah tunggu bahagia untuk kita bersyukur, tetapi bersyukur dahulu untuk dapat bahagia. 2) Usah tunggu banyaknya nikmat baru hendak bersyukur, tetapi bersyukurlah atas nikmat yang sedikit. Apabila kita bersyukur pada nikmat yang sedikit, Allah akan tambah nikmat. InsyaAllah. Kualiti jiwa adalah pada kualiti SYUKUR. Mengapa sukar untuk BERSYUKUR? #TersalahFokus Adakalanya: -Kita terlalu fokus pada apa yang tidak ada, tidak fokus pada apa yang telah ada. -Kita terlalu fokus pada kekurangan, bukan pada kelebihan. -Kita terlalu fokus pada nikmat, tidak fokus pada Pemberi Nikmat. Kerana tersalah fokus, kita lebih banyak mengeluh dari bersyukur. Hidup jadi tidak tenang kerana titik-titik penyakit hati makin menebal. Tekanan dari ujian hidup tidak dapat diuruskan dengan baik. Bersyukurlah! Terlalu banyak nikmat yang perlu disyukuri. Alhamdulillah. KEDUA #SukarMemaafkan Kajian dari pakar psikolo...