Skip to main content

Mama Writerpreneur (2-24)

Afif 1st Day At School 

Afif anak mama yang soleh, 
Pagi tadi mama kejut bangun, 
'abang, bangun, mandi, pergi sekolah'
Afif liat sangat mau bangun, berat, nangis. 
Lalu, mama bagitau, jom kita semua pergi sekolah. Adik alif, adik aqil, mama & papa, semua sekali pergi sekolah ikut afif. 
.
Barulah afif bangun mahu ke sekolah.
.
Sampai sekolah, sudah daftar. Afif masih dalam keadaan blur, rasa takut sebab tidak biasa lagi. Sampai mama ikut sekejap masuk dalam kelas temankan afif.
.
Kemudian, mama keluar, tengok saja dari tingkap beserta ibu-ibu yang lain. Afif masih blur, ada kawan-kawan yang lain nangis, afif tengok kiri kanan, semua kawan baru pertama kali jumpa. Tengok depan & belakang pun sama, tiada sorang pun afif kenal. Lalu, mama nampak afif nangis. Mengesat air mata, mama pun yang dari tadi tengok jatuh air mata juga. Mama tengok kawan mama di sebelah pun nangis juga tengok anak dia.
.
Masa tu, bila nampak afif nangis, mahu juga mama masuk kelas dan peluk afif.
.
Anakku afif,
Ini adalah permulaan afif melihat dunia pembelajaran di luar, bergaul dengan kawan-kawan, belajar berkasih sayang dengan guru. Belajar berdikari, ikut peraturan di sekolah tadika. Semua ini satu kejutan bagi afif dan semua kawan-kawan afif yang nangis-nangis tu. Semua orang kena lalui nak, pujuklah hati agar suka perkara baru ini, mama yakin perasaan itu sementara sahaja. InsyaAllah, 2@3 hari afif sudah ok. Biasalah tu, proses mahu adaptasi dengan keadaan baru memerlukan masa. Ada orang cepat, ada orang lambat.
.
Oklah afif, nanti jam 2 mama ambik. Alah, 6 jam saja pun pisah kejap dengan mama & adik-adik. Lagi 18 jam, masa kita bersama di rumah. Nanti besar, afif rindu saat ini. Percayalah.
.
Jangan lupa bersyukur nak, Allah izin semua ini berlaku, Allah izin afif sihat sebelum hari pertama ke sekolah.





Balik dari sekolah afif, hampir sejam menemaninya kerana menangis, saya mendapat panggilan telefon dari Semenanjung,
'Puan Farrawati, puan ada menghantar manuskrip kepada syarikat penerbitan kami semasa Konvensyen Penulisan tempoh hari. Kami telah menilai manuskrip puan, ianya sangat bagus dan kami ingin menerbitkannya sekiranya puan bersetuju.
.
Alhamdulillah, terima kasih puan. 
.
Saya mendengar setiap penerangan editor kanan syarikat itu dengan terperinci sambil-sambil mengesat air mata.
.
'Bila tiba proses editing buku puan nanti, saya sertakan surat perjanjian mengenai royalti buku dan kaedah pembayaran. Boleh berikan saya softcopy manuskrip untuk proses seterusnya.'
.
Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah. Saya menangis kerana ini pertama kali karya saya diterima untuk diterbitkan oleh Syarikat besar.
.
Sebelum ini, saya banyak kali mencuba, namun ia ditolak, ditolak dan ditolak. Sehingga saya ambil keputusan menerbitkan sendiri buku pertama saya.
.
Bila saya siap buku kedua, saya cuba lagi hantar.
.
Alhamdulillah. Finally, ia diterima.
.
Terima Kasih Ya Allah.
Engkau mengikut sangkaan hamba-Mu.
.
Jadi, hari ini dalam sejarah, 2 kali menangis, masa hantar afif ke sekolah, dan masa karya diterima oleh Syarikat Penerbitan untuk diterbitkan.
#DateToRemember, 3/1/2017

Selepas saya up status berkenaan buku diterima untuk diterbitkan di Facebook, saya ke pasar beli ikan. Dari pasar, terus siang ikan, goreng, masak sayur dan selesai masak. Mandi, mandikan anak-anak, solat magrib dan suap anak-anak.
.
Bila semua tanggungjawab hakiki siap, anak-anak pun sudah tidur, saya buka FB, ramai yang like status saya tu. Saya baca komen satu-satu. Air mata menitis lagi untuk kali ketiga pada hari ini.
.
Terima kasih semua. Kejayaan kecil tetapi signifikan dalam hidup saya kerana ia adalah antara tanggungjawab dan cita-cita. Bila anak-anak sudah tidur, di situlah masa saya menulis.
.
Sebab itu bila karya saya ditolak, saya menangis.
Bila karya saya diterima, saya menangis juga.

Success is a Journey :)



Catatan Mama Writerpreneur :)

Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

Mama Writerpreneur (13-24)

MENULIS GAYA HAMKA Menurut HAMKA, tulisan yang lebih berharga ialah yang jujur, pendek dan terang. Jika panjang pun, ia ditulis dengan cara yang tidak membosankan. Tulisan yang lebih jitu sampai ke hati adalah tulisan yang benar-benar datangnya dari hati. Maka, hati jugalah yang menerimanya. Adapun, tulisan yang hanya datang dari hujung jari, perginya ke pelupuk mata si pembaca untuk menidurkannya. Pesan HAMKA lagi, kita haruslah menggunakan akal dengan saksama, ia seperti juga bermain olahraga juga. Perlu kepada latihan yang lama, dan kesungguhan yang tidak henti-henti. Orang yang berakal memandang ringan segala kesusahan, lumrah segala halangan yang menghambat tujuannya, sebab andai tujuan kita mulia, bertambah sulit untuk menempuhinya. Sebagai penulis, elakkan: -Merasa kagum pada diri sendiri -Bongkak dengan nama dan keturunan sehingga lupa menyelidiki di manakah kekurangan diri -Sukakan populariti Sumber: Falsafah Hidup, Hamka

7 SEBAB KENAPA HATI TIDAK TENANG?

PERTAMA #KurangBersyukur Prinsip mendapat ketenangan dengan syukur: 1) Usah tunggu bahagia untuk kita bersyukur, tetapi bersyukur dahulu untuk dapat bahagia. 2) Usah tunggu banyaknya nikmat baru hendak bersyukur, tetapi bersyukurlah atas nikmat yang sedikit. Apabila kita bersyukur pada nikmat yang sedikit, Allah akan tambah nikmat. InsyaAllah. Kualiti jiwa adalah pada kualiti SYUKUR. Mengapa sukar untuk BERSYUKUR? #TersalahFokus Adakalanya: -Kita terlalu fokus pada apa yang tidak ada, tidak fokus pada apa yang telah ada. -Kita terlalu fokus pada kekurangan, bukan pada kelebihan. -Kita terlalu fokus pada nikmat, tidak fokus pada Pemberi Nikmat. Kerana tersalah fokus, kita lebih banyak mengeluh dari bersyukur. Hidup jadi tidak tenang kerana titik-titik penyakit hati makin menebal. Tekanan dari ujian hidup tidak dapat diuruskan dengan baik. Bersyukurlah! Terlalu banyak nikmat yang perlu disyukuri. Alhamdulillah. KEDUA #SukarMemaafkan Kajian dari pakar psikolo...