Salam..... Setiap insan yang hidup mempunyai masalah, selagi kita hidup, selagi itu kita menghadapi masalah, ia adalah satu proses kehidupan yang harus kita tempuhi. Ia menjadikan kita lebih matang dan lebih kreatif untuk menyelesaikan setiap masalah yang kita hadapi. Adakalanya, kita rasakan Allah SWT tidak adil kerana menjadikan kita insan yang selalu ditimpa musibah. Kenapa saya? kenapa tidak dia? Adakah anda seorang ibu yang belum dikurniakan anak? Bersyukurlah, sekurang-kurang anda mempunyai suami. Adakah anda seorang insan yang belum dikurniakan jodoh? Bersyukurlah, anda punya ibu bapa yang menyayangi anda. Adakah anda seorang graduan yang belum mendapat kerja? Bersyukurlah, anda punya pengalaman suka duka semasa di universiti. Anda punya ijazah yang membanggakan ibubapa, dan anda punya ilmu yang bagus untuk dimanfaatkan. Adakah anda seorang yang amat miskin? Bersyukurlah, ada orang yang diuji lagi susah, sekurang2nya anda masih boleh bebas mencari rezeki be...
Ujian itu indah. Just follow the flow...!