Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

IBU, dirimu amat kusayangi

Ibu, di sebalik wajah mu yang ceria, aku tahu betapa besarnya dugaan yang ibu tanggung. Dapat aku rasakan duhai ibu. Sejak aku berusia 10 tahun lagi, ibu telah berbekalkan ubat-ubatan yang dimakan setiap pagi dan malam kerana menanggung penyakit 'schizoprenia'. Kini, ada ubat baru lagi yang ibu kena makan. Ibu menanggung penyakit 'asthma'. Ibu kena sentiasa menjaga makan dan minum dikala orang lain enak menikmati makanan. Jika ibu makan makanan yang pantang seperti buah tembikai, seafood dan air sejuk, pasti ibu tidak dapat melelapkan mata di malam hari kerana astma sehingga sukar untuk bernafas. Ibu, Sabar lah...semuanya datang dari Nya. Hidup ini sentiasa diuji ibu. Itu juga tanda kecintaanNya pada kita. Agar kita sentiasa ingat padaNya. Walau bagaimanapun, disebaliknya, aku amat mengagumi kekuatan semangatmu duhai ibu. Senyumanmu tetap terpancar walau jarum suntikan kerap menusuk tanganmu. Cerita bergambar: 16 April 2011- Ibu dibawa ke Hospital Kota Belud (wad

W.A.N.I.T.A sayangi dirimu

19 HADITH MENGENAI WANITA 1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan 3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. 4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Al

bersyukurlah

Perbuatan ZAHIR BATIN/JIWA Makan - Sedap- Mensyukuri nikmat pemberian-Nya sehingga kita membacakan doa ‘’Allahuma bariklana fima rozaqtana wa kina ‘adzaban nar.’’ Melihat alam -Indah - Kagum akan kuasa-Nya dan menyebut ‘Subhanallah’’ Menerima rezeki - Gembira - Terharu oleh pemberian-Nya sehingga menyebut ‘Alhamdulillah wal syukurillah.’’ Kuat bekerja -Sihat - Bersyukur dan menujukan perbuatan untuk mencapai keredhaan-Nya Selepas solat, kita digalakkan membaca doa yang mengikrarkan diri kita sebagai hamba Tuhan yang sentiasa lemah: ‘‘ Allah memberikan kesenangan kepada yang dikehendaki-Nya. Ia memuliakan kepada yang siapa yang dimuliakan-Nya, dan direndahkan kepada siapa yang direndahkan-Nya.’’ Rasulullah mengajar kita agar senantiasa mensyukuri nikmat Allah SWT. Bahkan baginda solat malam sehingga bengkak kakinya. Aisyah ra bertanya mengapakah baginda bersolat sampai begitu pada hal dosanya yang lalu dan akan datang sudah diampunkan Allah SWT. Jawab Rasulullah: ‘

bila aku jatuh C.I.N.T.A

Allahu Rabbi aku minta iz in Bila suatu saat aku jatuh ci nta Jangan b iarkan cinta untuk-Mu berk u rang Hingga membuat lalai akan ada nyaMu Allahu Rabbi Aku punya pinta Bila suatu saat aku jatuh cinta Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas Biar rasaku pada-Mu tetap utuh Allahu Rabbi Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan kasih-Mu dan membuatku semakin mengagumi-Mu Allahu Rabbi Bila suatu saat aku jatuh hati Pertemukanlah kami Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu Allahu Rabbi Pintaku terakhir seandainya kujatuh hati Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku Anugerahkanlah aku cinta-Mu... Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu