Thursday, January 12, 2012

Tip atasi rasa mual di waktu pagi

Alahan, loya atau muntah yang biasa dialami waktu pagi, di awal kehamilan sedikit sebanyak mengganggu emosi wanita hamil. Perubahan ini menyebabkan rasa malas untuk mengambil sarapan kerana khuatir apa yang dimakan akan dimuntahkan semula. Jangan menyeksa diri wahai bakal ibu, sarapan sebenarnya cukup penting buat wnita hamil.

Berikut adalah beberapa panduan memilih makanan untuk sarapan bagi menggurangkan rasa mual dan mahu muntah:


  • Pilih menu yang tidak mendatangkan mual misalnya terlalu manis dan bersantan.
  • Hindari makanan yang mengandungi lemak tinggi.
  • Hindari makanan yang berkuah, makanlah makanan yang kering, ringan dan menyegarkan. Misalnya, biskut kering dan buah-buahan kering.
  • Jika rasa mual dengan susu, ubah menu susu menjadi puding. Ianya penting, asalkan keperluan wanita hamil dapat dipenuhi.
  • Makan sedikit demi sedikit tetapi kerap. Hindari kopi dan krimer sebaliknya gantikan dengan teh hangat yang beraroma segar.
AWAS:
Mengelak dari mengambil sarapan boleh memberi kesan kurang elok pada ibu dan janin.
(sumber: majalah mingguan wanita, bil 1468)

Tuesday, January 10, 2012

Rekod Kesihatan Ibu

Salam,

Hari ini aku ke klinik untuk daftar kehamilan di klinik kerajaan. Lega bila sudah daftar buku rekod kesihatan ibu. Bukan sengaja melengahkan pendaftaran di klinik, tetapi masih menunggu sijil nikah dikeluarkan dari jaheins. Kandungan aku sekarang berusia 6 minggu, dimana perkiraan adalah bermula dari last period iaitu 23.11.2011. Jangkaan bersalin adalah 31.08.2012, hari merdeka tu cayang. Bestnya kalau lahir hari merdeka, tiap kali birthday, cuti umum. Tapi biasanya ini jangkaan sahaja, boleh jadi awal 2 minggu atau lewat 2 minggu. Aku tidak kisah semua tu, yang penting permata hati 'ayah bonda' lahir dengan selamat.

Bila timbang berat tadi, tidak sangka berat badan turun 1 kg. Sememangnya, 1st trimester yang aku sedang lalui ini, selera makan sangat berkurangan. Sepinggan nasi susah nak habis, terpaksa cari tempat makan lain selain dirumah. Kadang-kadang makan di rumah makcik ataupun di restoren. Walaubagaimanapun, aku kena gagahi jua, biar makan sedikit tetapi kerap. Inilah pengalaman menjadi ibu, syukur sangat aku diberi kesempatan untuk merasai betapa nikmatnya menjadi seorang ibu. Jangan ambil negatif segala kepayahan yang kita alami di awal kehamilan. Orang lain pun melaluinya malahan ada yang lebih teruk dari ini. Kita kena banyakkan bersabar melaluinya. Sentiasa berperasaan gembira walaupun sebenarnya, sukar juga melaluinya bagi pengalaman pertama ini sebab badan lemah sangat dan tidak bermaya.

At last, enjoy your pregnancy :)

Monday, January 9, 2012

Graduation 2011 and My paper published :)

Salam,

Lama tidak bercerita mengenai research dalam blog ini. Sabtu lepas, supervisor ada sms mengenai paper yang saya tulis bagi research semasa pengajian master telah diterima untuk diterbitkan dalam sebuah journal antarabangsa.

Happynya!! sebenarnya dah banyak kali tulis manuskrip untuk dihantar ke mana-mana journal, tapi tidak semua journal boleh menerima hasil penulisan dan penyelidikan kita. Lebih-lebih lagi ke journal antarabangsa yang mempunyai impact factor yang tinggi kerana persaingan dengan penyelidik lain dan standard yang tinggi. Daripada penulisan-penulisan sebelum ini yang tidak diterima (rejected), ia sebenarnya dapat memperbaiki penulisan kita hasil daripada komen reviewer yang sememangnya expert dalam bidang ini.

Tajuk paper adalah ' Antioxidant properties of selected etlingera and zingiber species (zingiberaceae) from Borneo Island'. Paper ini telah diterbitkan di 'International Journal of Biological Chemistry', Januari 2012.
http://scialert.net/abstract/?doi=ijbc.0000.37942.37942

Insyaallah, next month paper kedua saya akan diterbitkan di PERTANIKA Journal of Tropical Agricultural Science (JTAS). Paper kedua ini adalah bertajuk ''Cytotoxic Properties of selected Etlingera spp. and Zingiber spp. (Zingiberaceae) endemic to Borneo (JTAS Vol. 35(1) Feb 2012).

Sebagai seorang academician-to be, penerbitan journal amatlah penting. Ia dapat menjadi rujukan bagi penyelidik lain dalam bidang yang sama.

Alhamdulillah, the journey of success- Graduation 26 Nov 2011and  two papers published :)



Friday, January 6, 2012

morning sickness

Salam..
Di ambang kehamilan yang baru sahaja beberapa minggu, beberapa perubahan dalam diri semakin dirasai. Antaranya, pagi-pagi bangun tidur, rasa loya, pening dan badan lemah. Rasa cepat sangat lapar tapi bila makan, kuantiti sedikit saja. Rasa mau makan, tapi selera kurang..Macamana tu? sukar nak cerita sebenarnya, hanya orang-orang yang pernah mengalami saja yang tahu. Sudah start minum susu ANMUM Materna, segalanya buat anak mama, caayang dia ;p

Selain tu, elergik dengan bau dapur. Padahal sebelum ni, kita lah yang masak, sekarang ja di awal kehamilan ni, dapat cuti daripada memasak. Adooi, bila mama masak di dapur, cepat-cepat aku masuk bilik supaya tidak rasa loya.

Mudah rasa sedih dan sensitif juga semakin bertambah-tambah. Mudah sangat mengalirkan air mata lebih-lebih lagi bila teringatkan mr hubby yang jauh dimata. Nasib baik la mr hubby selalu bagi semangat dan kata2 yang best.

Adakah ini semua simptom 'morning sickness', atau dalam bahasa bajau dipanggil 'baus' ?

TIPS untuk pasangan yang berjauhan:
Jangan ikut emosi sangat, jangan stress sangat, sibukkan diri dengan perkara-perkara yang berfaedah, supaya dapat merawat kerinduan :)
(Ini adalah peringatan untuk diri sendiri)

wslm..

Thursday, January 5, 2012

amalan ketika hamil dalam Islam


Salam,
Sebagai seorang hamba Allah, kita seharusnya bersyukur atas nikmat dan kurniaanNya. Bila dikurniakan rezeki anak, seharusnya penjagaan yang baik adalah bermula dari rahim lagi. Berikut adalah antara amalan-amalan yang baik untuk dilakukan semasa mengandung: 

1. Banyakkan bertaubat - memohon ampun akan dosa2 yg telah kita lakukan sebelum ini, semoga anak yg bakal lahir itu nanti menjadi anak yang bertaqwa.
2. Menutup Aurat - Sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan ajaran Islam. Agar hidup mendapat keberkatan.
3. Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran:
3.1- Surah AlFatihah dan ayat kursi
3.2- Surah Yaasin
3.3- Surah Taubat
3.4- Surah Maryam (untuk mudah bersalin-anak soleh dan taat)
3.5- Surah Yusof (utk memperoleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna).
3.6- Surah Luqman (utk mendapatkan anak yg taat)
3.7- Surah An-Nahl ayat 78
(" dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumudalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, agar kamu bersyukur'')
3.8- Surah Al-’Araaf ayat 189
(''Dialah yang menciptakan kamu dari jiwa yang satu (Adam) dan daripadanya Dia menciptakan pasangannya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, (istrinya) mengandung kandungan yang ringan, dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian ketika dia merasa berat, keduanya (suami isteri) bermohon kepada Allah, Tuhan mereka (seraya berkata), ''Jika Engkau memberi kami anak yang soleh, tentulah kami akan selalu bersyukur.''

Jadikan ia sebagai amalan....:)

Monday, January 2, 2012

hari ke 2, 2012

Salam, masih di awal tahun baru, pasti ramai lagi yang tengah memikirkan azam baru. Teringat pula tahun sebelum ni, azam tahun baru mesti diselitkan dengan menguruskan badan. Bagi tahun ini, tiada lagi kuruskan badan sejak berbadan dua ni. Oh ya, teringat pula lawak OSBON masa final MLM, geli hati tgk Abon mengandung dengan jalan cerita yang 
simpel tetapi lawak. Berapa kali aku tgk di YouTube pun tidak boring juga. Tahniah OSBON,tahniah Abon, orang jawa memang BEST....(my hubby org Jawa, best, rajin, pandai masak nasi goreng dan sambal kicap) hihihi...rindunya dekat dia yang berada di Kuching, Sarawak tu. Rindu serindu-rindunya....uwaaa :(
 Ni ada kata2 best di awal tahun baru ni:
"Kita tidak akan putus asa bila berhubungan kuat dengan Allah SWT, hanya mereka yang tidak berhubungan kuat dengan Allah SWT dan buruk sangka dengan Allah SWT akan putus asa. {Prof Dr Muhaya)