Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Bagaimana untuk TENANG menghadapi UJIAN HIDUP?

Sahabat, Tahukah anda, statistik menunjukkan sebanyak 5.8 juta rakyat Malaysia mengalami masalah tekanan (DEPRESI) (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2014). Menjelang tahun 2020, salah satu gangguan mental iaitu ‘KEMURUNGAN’ dijangka menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung. Di Sabah, seramai 12,400 pesakit  mendapatkan rawatan di Hospital Mesra Bukit Padang pada tahun 2010 dan angka ini meningkat seramai 16,000 pesakit pada tahun 2014 (HMBP, 2014). Tahukah anda, apakah punca Masalah Depresi? Menurut pakar psikologi, berikut adalah antara punca masalah depresi: 1)       Seseorang itu tidak mempunyai matlamat hidup 2)       Individu tidak dapat menguruskan emosi bila ditimpa ujian 3)       Individu yang tidak redha terhadap nasib diri 4)       Risau akan perkara-perkara yang belum tentu wujud 5)       Takut gagal dan takut dikritik 6)       Tiada motivasi diri untuk keluar dari zon kesusahan 7)       Tiada kemahiran berfikir ketika mu

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis da