Skip to main content

Mama Writerpreneur (4-24)

Bagaimana untuk kekalkan motivasi untuk menulis hingga jadi buku?

Ada masanya, kita jadi malas, tiada idea kemudian berhenti menulis. Sebab itu buku tidak siap-siap dari tahun ke tahun.

Saya ada satu petua untuk terus menulis sampai jadi buku,

Petuanya adalah, selalu ingat MATI.

Mati itu pasti, sekarang cuba muhasabah diri, adakah kita sudah cukup bekalan hendak dibawa ke Sana nanti. Hidup di dunia ini adalah menanam sebanyak mana amalan dan di akhirat nanti untuk menuai.

Apabila anak Adam mati, terputus segala amalan kecuali tiga perkara:

1) Sedekah jariah
2) Ilmu yang bermanfaat
3) Doa anak yang soleh

Melalui buku, kita boleh mendapat pahala yang berterusan selepas kita mati. Namun, pastikan anda menulis buku yang bermanfaat kepada orang yang membacanya. Ia juga boleh menjadi sedekah jariah andai kita wakafkan buku kita ke masjid dan ke mana-mana tempat yang dirasakan perlu.

Oleh kerana, kita tidak pernah tahu bila giliran kita dijemput untuk pulang menemui sang Pencipta, harus bersedia, takut tidak sempat.

Tulis buku hingga jadi.
Mulakan sekarang,
Jangan tangguh-tangguh.
Konsisten menulis.

Disebabkan petua selalu ingat mati ini, saya sendiri tidak menyangka pada tahun 2016, saya telah siap menulis tiga buah buku.

Pertama:
7 Rahsia Tenang Menghadapi Ujian Hidup (Terbit Sendiri) (1 Oktober 2016)

Kedua:
365 Kata-Kata Motivasi Untuk Ketenangan Hati dan Kedamaian Jiwa Menuju Kejayaan (Diterima untuk terbit oleh Karya Bestari Karangkraf)

Ketiga:
Ini Kisah Ayah (Belum Terbit)

Benarlah,
Orang yang bijak itu adalah orang yang selalu ingat mati.

Bila selalu ingat mati, kita ada motivasi yang kuat untuk menyelesaikan sesuatu perkara sehingga ia menjadi.

Ramai orang boleh memasang azam, impian, cita-cita di awal tahun. Namun, bila tiba hujung tahun, berapa orang yang berjaya mencapainya?

Oleh itu, cuba amalkan petua ini. InsyaAllah, anda akan berjaya memegang buku anda sendiri seperti yang dicita-citakan selama ini.

Semoga Bermanfaat, Selamat Menulis!

Mama Writerpreneur

Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

Mama Writerpreneur (13-24)

MENULIS GAYA HAMKA Menurut HAMKA, tulisan yang lebih berharga ialah yang jujur, pendek dan terang. Jika panjang pun, ia ditulis dengan cara yang tidak membosankan. Tulisan yang lebih jitu sampai ke hati adalah tulisan yang benar-benar datangnya dari hati. Maka, hati jugalah yang menerimanya. Adapun, tulisan yang hanya datang dari hujung jari, perginya ke pelupuk mata si pembaca untuk menidurkannya. Pesan HAMKA lagi, kita haruslah menggunakan akal dengan saksama, ia seperti juga bermain olahraga juga. Perlu kepada latihan yang lama, dan kesungguhan yang tidak henti-henti. Orang yang berakal memandang ringan segala kesusahan, lumrah segala halangan yang menghambat tujuannya, sebab andai tujuan kita mulia, bertambah sulit untuk menempuhinya. Sebagai penulis, elakkan: -Merasa kagum pada diri sendiri -Bongkak dengan nama dan keturunan sehingga lupa menyelidiki di manakah kekurangan diri -Sukakan populariti Sumber: Falsafah Hidup, Hamka

7 SEBAB KENAPA HATI TIDAK TENANG?

PERTAMA #KurangBersyukur Prinsip mendapat ketenangan dengan syukur: 1) Usah tunggu bahagia untuk kita bersyukur, tetapi bersyukur dahulu untuk dapat bahagia. 2) Usah tunggu banyaknya nikmat baru hendak bersyukur, tetapi bersyukurlah atas nikmat yang sedikit. Apabila kita bersyukur pada nikmat yang sedikit, Allah akan tambah nikmat. InsyaAllah. Kualiti jiwa adalah pada kualiti SYUKUR. Mengapa sukar untuk BERSYUKUR? #TersalahFokus Adakalanya: -Kita terlalu fokus pada apa yang tidak ada, tidak fokus pada apa yang telah ada. -Kita terlalu fokus pada kekurangan, bukan pada kelebihan. -Kita terlalu fokus pada nikmat, tidak fokus pada Pemberi Nikmat. Kerana tersalah fokus, kita lebih banyak mengeluh dari bersyukur. Hidup jadi tidak tenang kerana titik-titik penyakit hati makin menebal. Tekanan dari ujian hidup tidak dapat diuruskan dengan baik. Bersyukurlah! Terlalu banyak nikmat yang perlu disyukuri. Alhamdulillah. KEDUA #SukarMemaafkan Kajian dari pakar psikolo...