Skip to main content

Posts

Showing posts with the label My Resepi

Puding Kastard Koktel

Resepi: Puding Kastard: 1 cawan tepung kastard 1 bungkus agar-agar 4 cawan air 2 sudu besar gula/ susu pekat Jelly: Guna jelly nona Kuah: 1 tin buah koktel 1 tin susu cair 1 cawan air 1 cawan gula (Masak kesemua bahan dengan api yang sederhana) Hidang ketika sejuk.

Puding Milo Oreo

Masa balik Tawau, rajin pula buat puding. Hidangan ni utk hidang maci dan paci yang beraya ke rumah. Berikut saya kongsikan resepi:  Resepi: Puding Milo Oreo -1 bungkus agar2 -3 cwn air -3/4 milo -1 bungkus biskut oreo -1 tin susu cair - 1/5 cwn gula Cara Membuat - Masak agar2, air, gula dan susu cair sampai mendidih -bahagi 2, yg satu bahagian letak milo, yg satu letak biskut oreo yg suda dibelah 4. -Letak dlm bekas, tunggu sejuk.  Sesuai juga utk hidangan rumah terbuka, hidang time sejuk.

Fruit Tart

Salam, pertama kali buat fuuit tart adalaha masa belajar bakeri pastry dan kek dengan chef sazali ismail suatu ketika dulu. Kemudian, ada juga makan di hotel bila ada event. Sedap tart ni, 1 tak cukup, pasti mau lagi. Resepi: Tart Shell: 150 gm tepung gandum 25 gm gula aising 70 gm mentega 1 biji telur 1/2 camca teh esen vanilla Bahan kastard: 1 cawan susu segar 11/2 sudu besar tepung kastad 11/2 sudu besar gula halus 1 camca teh esen vanila 1 camca besar mentega Bahan lain: Buah-buahan segar apricot gel coklat masakan Cara membuat kulit tart: 1) Campurkan tepung, gula, mentega. 2) Masukkan telur dan esen vanilla. 3) Buat sehingga menjadi doh. 4) Letak di acuan tart dan bakar. Cara membuat kastard: Masak kesemua bahan di periuk dengan api yang sederhana. Sehingga pekat. Fresh Fruit: Potong buah  susun ikut kreativiti (sebelum letak kastard, sapu chocolate masakan di dalam kulit tart agat kulit tart tidak lem...

PAVLOVA

Pavlova adalah sejenis dessert orang putih yang crunchy di luar dan lembut di dalam. Rasanya manis dan digabungkan rasa masam buah-buahan segar yang terpilih seperti strawberry, epal, anggur dan oren sunqist. Berikut adalah resepi Pavlova: 1) Buat Meringue -4 biji putih telur -175 g gula caster -1 sudu tepung jagung - 1 sudu cuka masakan 2) Whipping cream 3) Buah- buahan segar Cara buat meringue 1. Pukul putih telur hingga kembang dan putih. 2. Masukkan gula castor sedikit demi sedikit. (tambahkan kelajuan mixer) 3. Masukkan sekali cuka masakan dan tepung jagung. 4. Pukul sampai berkilat dan bertanduk. *Bertanduk maksudnya bila telangkupkan, adunan tidak tumpah. * Masa pisahkan putih telur, jangan ada sedikit pun kuning telur..nanti tidak jadi foamy. 5. Letakkan meringue di loyang yang sudah dilapisi dengan kertas minyak. 6. Bakar selama 30- 40 min 7. Bila masak, buka oven sedikit sebab nanti meringue meretak. 8. Letakkan whipping cream yang sudah diputarkan hi...

Moreh

Sabtu lepas, giliran moreh di Masjid. Aku paling la exited bab2 masak memasak ni, terkena pula hari sabtu. Biasanya, belum puasa lagi, suda ada list yang dibuat oleh ajk masjid. Terfikir2 mau masak apa, tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya, buat mee basah ja. Tapi tahun ni, mo buat kelainan sedikit. Berikut adalah menu2 yang dipilih untuk moreh, penyediaan untuk 100 orang... 1) Laksa Sarawak 2) Puding Karamel 3) Puding Triffle 4) Puding Kastad koktel * saja2 buat puding byk2, mau cukupkan 100 orang jemaah, biar lebih jangan kurang :) * Syukur, syukur, syukur.....

Resepi Sago Gula Melaka

Salam... hari ni mau kongsi resepi Sago Gula Melaka, resepi ni jumpa di majalah Rasa edisi yang dulu-dulu. Itulah bagusnya kan simpan koleksi majalah-majalah masakan, bila terasa mau buat, selalu belek2 buku resepi, dlm hati, hari ini resepi apa? Ok la, ini resepinya, ringkas saja: 300gm sago biji direbus 150gm gula melaka dimasak 150 gm santan Cara2 membuat: Rebus sago, tapis dan basuh Masukkan dalam bekas bessih Hidang dengan Gula Melaka yang dimasak dengan santan Simpan di peti sejuk. Sedap dimakan masa sejuk. Tapi, kali perama buat, aku masak gula merah, kemudian curah dengan susu cair. Memandai ja kan ubah resepi..hihi... Kali kedua, haa...Snowy Sago with slightly modification.... Guna Gula Merah yang dimasak dengan sebungkus santan, pas tu tabur kelapa parut diatasnya. Resepi kedua lagi best dan lemak berkrim disukai ramai. Selamat Mencuba !! Pesanan: JAngan Membazir Masa Membazar :)

Laksa Sarawak

Salam... bulan2 puasa ni, rajin pula aku share resepi dkt blog ni, kali ni mau share resepi laksa sarawak. Kali pertama aku makan laksa sarawak ni masa di kuching bulan 5 tahun ni, taim tu melawat hubby di sana dalam 2 minggu juga la bercuti. Baru mo bercuti, afif pula kena demam dan batuk, sampai kena masuk wad di hari kedua kami di kuching, kesian hubby, 2 malam tidak tidur jaga afif. Masa di Hospital, ada makcik yg jln2 menjual di wad tu bawa laksa sarawak, aku pun teringin mau mencuba, beli satu. Urmm...sedap juga, tengahari, hubby melawat bawa 2 bungkus laksa sarawak juga, tanpa diminta. Macam tau2 pula dia yg isterinya ni teringin banget mau makan laksa sarawak. Lepas dari situ, cari2 resepi then buat. Mula2 buat, alhamdulillah..menjadi, tapi kurang santan. Menurut hubby ler....bagi aku ok ja..hihi...kali kedua buat, PERFECT!! suda macam berada di bumi Sarawak, sedangkan di Sabah. Tidak perlu pening2 kepala memikirkan apa benda dalam tu, beli ja Pes Laksa Hj Manan, sudah terse...

Resepi Puding Roti Karamel

Resepi ini adalah tambahan kepada puding karamel  http://farrawatisabli.blogspot.com/2013/07/resepi-puding-karamel.html  cuma tambah 4 keping roti gardenia. Atau apa2 roti pun boleh. Lama sudah buat puding ni, baru berkesempatan mau share resepinya. Layan...

Resepi Puding Karamel

Salam..hari ni hari kedua kita berpuasa, tiap hari kita akan cari menu yang terbaik utk buka puasa kan? bagi diriku, aku akan cari puding karamel, sedap dimakan sejuk. Jom buat puding karamel, ada pelbagai cara dan resepi dari Mr Google hasil sumbangan orang ramai. Cercari, memang banyak. Then try..tidak berjaya, buat lagi..buat lagi hingga berjaya.....kali ni aku buat resepi yang disumbangkan oleh mami, mami ni mak mentua adik aku. Aku pon ikut sibuk memanggil dirinya mami, hihi..malunya aku.. Minat sama dgn aku, Memasak dan suka cari2 resepi dan buat. Resepi Puding Karamel 7 biji telur 1 tin susu pekat 2 sudu tepung kastard 11/2 cawan air esen vanilla Untuk buat karamel: 1 cawan gula 1cawan air Cara-cara mmbuat: Mula2, buat karamel. Masak gula di atas kuali, bila suda pekat dan keperangan, letak air, ia akan mengelegak. Kemudian biarkan seketika, nanti letak di atas loyang. Mixer semua bahan. Kemudian letak bahan di atas loyang yang ada karamel tadi. Kemudia...