Tuesday, September 8, 2009

p.h.d..!!!

Salam Ramadhan kepada pengunjung2 setia blog ni...Kali ni aku ingin bercerita tentang p.h.d (Doctor of Philosophy), terbaca keratan akhbar ni isnin lalu (7 September 2009), tapi baru dapat post isu phd ari ni..tengah berangan2 la tadi sambil buat biskut raya..lagi beberapa hari ja lagi mo beraya ni..

Pasal PHD, aku amat kagum dengan mereka yang mempunyai semangat yang kental untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke tahap tertinggi ini. Ada yang meninggalkan isteri, anak2 dan keluarga di tanahair selama tempoh pengajian. Perkara ini bukan senang untuk dilakukan, selain pengajian p.h.d itu sendiri..menjalankan kajian mengikut methodology, buat analisis, analisa keputusan dan bercengkang mata di hadapan komputer menyiapkan tesis..P.E.N.G.O.R.B.A.N.A.N seorang pelajar phd itu amat penting..berkorban masa bersama2 keluarga..dan terpaksa melupakan melupakan kerjaya kerana ingin melanjutkan pelajaran di peringkat phd, dikala kawan2 sebaya yang lain sudah pun bekerja.

Fakta: Negara memerlukan 60,000 lulusan PHD untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Pada tahun ini, hanya 12,ooo yang berdaftar meskipun kerajaan sudah memberikan banyak keistimewaan untuk mereka yang berhasrat untuk membuat phd (Sumber: Berita Harian, 7 September 2009).

Banyak pengalaman suka dan duka mendapatkan phd dan tittle 'Dr' terungkai dalam buku 'Phd, kecil tapi signifikan' oleh Dr. Muhd Kamil Ibrahim.

Monday, September 7, 2009

I.Q.R.A..Bacalah!!

Hari ini (17 Ramadhan) merupakan peristiwa nuzul al-quran berlaku, al-Quran mula2 diturunkan kepada Nabi S.A.W di Gua Hira. Peristiwa ini sebenarnya memberi makna yang amat penting bagi umat Islam dimana Al-quran merupakan mukjizat yang terbesar Nabi S.A.W.


Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya: ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

BACALAH....ayat kelima surah al-`alaq..membaca boleh mengajar kita mengetahui apa yang tidak kita ketahui...membaca menjadikan akal kita berkembang..jiwa menjadi bersih, keyakinan dan kepercayaan semakin bertambah.

BACALAH...anda akan menjadi lebih hebat..idea berkembang..terusir daripada diumpat dan mengumpat..mencaci dan mencela..perbuatan itu tidak mendatangkan apa-apa hasil dalam kehidupan anda.

BACALAH..dan menulislah..bersahabatlah dengan buku..dengan pen..dengan komputer dan tetikusnya...pasti anda tidak merasa keseorangan..pasti anda akan lebih menikmati makna kehidupan ini..dan yang paling penting, pasti anda akan semakin menghargai diri anda..Tepuk Dada, Tanyalah Hati..~fs~

(Gambar Hiasan: Kisah Cinta Sejati Khadijah dan Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah, bacalah buku ini..B.E.S.T!!!)

Saturday, September 5, 2009

Secantik-cantik W.A.N.I.T.A

Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya." (Riwayat Muslim)

Kata Allah mengenai sifat-sifat isteri yang solehah,

"Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya." (Surah an-Nisaa':34).


SIAPA WANITA S.Y.U.R.G.A?

Sebuah hadis menyatakan, daripada Anas, Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Riwayat Ahmad)

Cantik bukan sekadar pada pandangan berdasarkan penampilan zahiriah semata-mata. Tetapi juga merangkumi budi dan amal ibadat. Tetapi jika cantik budi pekerti, tentulah ia jadi bonus lumayan kepada sesiapa saja. Bukankah begitu?
~fs~

15 Ramadhan 1430H

hmm..hari ni mo masak apa ah?terasa malas pula mo masak..jom ma..hari ni kita berbuka puasa di luar..'Mayang Sari Cafe'..budak2 ni pun happy sangat..(In this photo:Ija dan Ririn,mereka ni bersepupu)
Cantiknya pemandangan dari Mayang Sari Cafe..restoren ni terletak di atas bukit..tempatnya tenang dan sejuk, dengan harga yang berpatutan (promote restoran paci ni). Sedar tidak sedar sudah 15 hari kita berpuasa. Lagi 15 hari kita akan berhari raya..Insyaallah..~fs~

Bimbing Wanita dengan Baik

Wanita adalah makhluk ciptaan Allah yang amat unik. Kelihatan lemah kerana fizikalnya tetapi kelemahan itu menjadikan mereka istimewa. Di sebalik lemah fizikal itu, ramai yang punya semangat juang yang tinggi. Malah mereka juga selalunya jadi 'orang di sebalik tabir' kejayaan para suami.

Hayatilah pesanan Rasulullah ini, kerana inilah amanah yang dibebankan pada kaum lelaki untuk membimbing wanita. Ini bukan bermakna wanita boleh diperlakukan sesuka hati oleh kaum adam tetapi juga menunjukkan bahawa wanita dan lelaki saling bantu-membantu untuk memacu kejayaan.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka apabila dia menyaksikan suatu peristiwa, hendaklah dia menanggapinya dengan baik dan diam. Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia akan patah. Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok. Kerana itu, bijaksanalah membimbing wanita dengan baik." (Hadis Riwayat Muslim)

Jom Hayati Lagu ini...Wanita, Siti Nurhaliza

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

(Korus)
Aku wanita aku kaum hawa Yang memang rapuh hatinya Aku wanita aku punya cinta Selayaknya manusia

(Ulang Korus I)
(Ulang Korus II)

aaa… Ku wanita
aaa… Ku wanita….
Yang hanya perlu kau fahami

Wanita… woohoo..
Ku Wanita… ooo…
Wanita…

To Love and Be Loved~fs~

Wednesday, September 2, 2009

M.A.L.A.Y.S.I.A..merdeka..!!

Salam perpaduan semua..
Salam 1Malaysia..
Salam 'SETEMU, SERATI, DEMBUA KITI'(Bajau version)
Sudah lama rasanya tidak update blog ni..sibuk sikit bulan2 puasa ni..mo siapkan keja2 makmal sebelum cuti hari raya..
Merdeka!!!...Merdeka..!!!apakah pengertiannya??bagi mereka yang baru sahaja habis menduduki peperiksaan SPM atau STPM..laungan ini sering juga didengari..walhal..'there are still long way to go...'Bangkitlah..!!

Kita seharusnya bersyukur dan bertuah dilahirkan di bumi Malaysia yang aman dan damai ini..Mengenai isu pendidikan, baru dibentangkan bajet mini kerajaan pada pertengahan tahun ini (10 Mac 2009)dimana kerajaan bercadang untuk menampung kos yuran pengajian dan bahan penyelidikan sebanyak RM 20,000 bagi setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah kedoktoran falsafah dan RM 10,000 di peringkat Sarjana. Satu khabar yang gembira bagi sesiapa yang bercadang ke arah itu..Alhamdulillah, tiga orang kawan aku berjaya mendapat dana tersebut dengan hanya mengisi borang online. dan prosesnya tidak sampai 2 bulan..Keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan ini adalah sebagai langkah untuk melahirkan lebih ramai lagi pakar yang berkualiti dan mensasarkan seramai 60,000 rakyat Malaysia mempunyai Ijazah Kedoktoran menjelang 2023.

Ayuh, kita sahut seruan kerajaan ini..Jangan lah ditanya apakah sumbangan kita untuk negara, tetapi tanyalah apakah sumbangan kita untuk negara...Marilah kita bersama menyumbangkan sesuatu sebagai tanda terima kasih kita untuk negara tercinta..M.A.L.A.Y.S.I.A!!! ~fs~