Skip to main content

Mama Writerpreneur (11-24)

7 Petua Mula Menulis?

1) Buat keputusan
Hari ini, buat keputusan anda ingin menulis sehingga terbit buku pertama. Selagi anda tidak buat keputusan, buku tidak akan siap. Berani memulainya.

2) Sediakan dateline

3) Jadikan menulis itu satu tabiat, agar anda tidak rasa ia merupakan satu bebanan yang berat untuk dipikul. Cara membina tabiat menulis adalah disiplin menulis selama 21 hari, selepas itu anda akan terbiasa menulis sehingga jika tidak menulis satu hari anda gelisah, hari-hari kena buat, seperti mandi, hari-hari kena mandi, jika tidak mandi anda gelisah.

4) Wujudkan waktu menulis. Rancang bila anda ingin menulis. Bila ada anak-anak kecil, anda mungkin hanya dapat menulis ketika semua anak sudah tidur. Namun, anda masih boleh menulis bila-bila masa yang ada idea, contohnya ketika masak, ada idea, terus tulis dan sekiranya bermanfaat post di FB. Bergelar penulis dan surirumah, kena pandai mencuri. Opss, curi masa ya.

5) Untuk menghangatkan suasana menulis, kemaskan meja belajar anda. Susun dengan rapi, letakkan perfum yang menyegarkan. Bila sudah kemas, ia seperti magnet yang inginkan anda melekat saja di meja belajar anda untuk menulis.

6) Perbanyakkan rakan-rakan di kalangan penulis. Caranya, berkawan dulu dengan sifu penulisan, atau sesiapa sahaja penulis yang anda kenal. Follow dan rajin komen di status dia. Di kalangan followers dia, tentulah semuapun punya cita-cita dengn anda. Ada yang sudah ada buku, dan ada yang baru hendak belajar. Jadikan mereka kawan baru anda.

7) Bekerjasama dengan sang minda bawah sedar. Caranya, tulis di kertas. Dengan izin Allah, buku saya yang bertajuk............. siap pada 31/12/2017. Tulis secara spesifik, dan tampal di tempat anda sentiasa dapat lihat. Bayangkan hujung tahun nanti anda memegang buku anda sendiri. Dan, senyumlah, seolah-olah impian anda memegang buku itu telah pun tercapai.

Farrawati Sabli

Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

Mama Writerpreneur (13-24)

MENULIS GAYA HAMKA Menurut HAMKA, tulisan yang lebih berharga ialah yang jujur, pendek dan terang. Jika panjang pun, ia ditulis dengan cara yang tidak membosankan. Tulisan yang lebih jitu sampai ke hati adalah tulisan yang benar-benar datangnya dari hati. Maka, hati jugalah yang menerimanya. Adapun, tulisan yang hanya datang dari hujung jari, perginya ke pelupuk mata si pembaca untuk menidurkannya. Pesan HAMKA lagi, kita haruslah menggunakan akal dengan saksama, ia seperti juga bermain olahraga juga. Perlu kepada latihan yang lama, dan kesungguhan yang tidak henti-henti. Orang yang berakal memandang ringan segala kesusahan, lumrah segala halangan yang menghambat tujuannya, sebab andai tujuan kita mulia, bertambah sulit untuk menempuhinya. Sebagai penulis, elakkan: -Merasa kagum pada diri sendiri -Bongkak dengan nama dan keturunan sehingga lupa menyelidiki di manakah kekurangan diri -Sukakan populariti Sumber: Falsafah Hidup, Hamka

7 SEBAB KENAPA HATI TIDAK TENANG?

PERTAMA #KurangBersyukur Prinsip mendapat ketenangan dengan syukur: 1) Usah tunggu bahagia untuk kita bersyukur, tetapi bersyukur dahulu untuk dapat bahagia. 2) Usah tunggu banyaknya nikmat baru hendak bersyukur, tetapi bersyukurlah atas nikmat yang sedikit. Apabila kita bersyukur pada nikmat yang sedikit, Allah akan tambah nikmat. InsyaAllah. Kualiti jiwa adalah pada kualiti SYUKUR. Mengapa sukar untuk BERSYUKUR? #TersalahFokus Adakalanya: -Kita terlalu fokus pada apa yang tidak ada, tidak fokus pada apa yang telah ada. -Kita terlalu fokus pada kekurangan, bukan pada kelebihan. -Kita terlalu fokus pada nikmat, tidak fokus pada Pemberi Nikmat. Kerana tersalah fokus, kita lebih banyak mengeluh dari bersyukur. Hidup jadi tidak tenang kerana titik-titik penyakit hati makin menebal. Tekanan dari ujian hidup tidak dapat diuruskan dengan baik. Bersyukurlah! Terlalu banyak nikmat yang perlu disyukuri. Alhamdulillah. KEDUA #SukarMemaafkan Kajian dari pakar psikolo...