Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Ketenangan Hidup

10 Cara TENANGKAN HATI Dalam Berusaha?

10 Cara Bagaimana Untuk TENANG Dalam Berusaha? #1 Jangan terlalu fikirkan hasil, tenang. Usaha. Bila kita tenang, aura lebih terserlah. Hargai usaha dan serah pada Allah swt. Hati kita dalam genggaman-Nya. #2 Bebaskan diri dari penghargaan manusia, jangan merasa hebat. Dia yang Maha Hebat yang menjadikan diri kita hebat.Jika kita niat untuk buat baik, Dia akan balas dengan kebaikan. InsyaAllah #3 Jangan terlalu rasa bersalah, ia akan melemahkan 'energy' kita. Taubat dan perbaiki kesilapan. #4 Kita tahu dunia ini tempat ujian, markahnya nanti di Padang Mahsyar. InsyaAllah, kita akan tenang kerana sentiasa ingat untuk mengumpul banyak bekalan untuk dibawa pulang ke tempat abadi. #5 Dunia bukan tempat berlumba, tetapi untuk melakukan yang terbaik. Bukan untuk fokus dicakap orang baik, tetapi perlu menjadi orang yang baik. Bukan sebab hendak tunjuk hebat tapi ia ibadah. Sentiasa periksa ketulusan dan keikhlasan hati. #6 Maksimakan ikhtiar. Atur strategi dan taub...

Bagaimana untuk TENANG menghadapi UJIAN HIDUP?

Sahabat, Tahukah anda, statistik menunjukkan sebanyak 5.8 juta rakyat Malaysia mengalami masalah tekanan (DEPRESI) (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2014). Menjelang tahun 2020, salah satu gangguan mental iaitu ‘KEMURUNGAN’ dijangka menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung. Di Sabah, seramai 12,400 pesakit  mendapatkan rawatan di Hospital Mesra Bukit Padang pada tahun 2010 dan angka ini meningkat seramai 16,000 pesakit pada tahun 2014 (HMBP, 2014). Tahukah anda, apakah punca Masalah Depresi? Menurut pakar psikologi, berikut adalah antara punca masalah depresi: 1)       Seseorang itu tidak mempunyai matlamat hidup 2)       Individu tidak dapat menguruskan emosi bila ditimpa ujian 3)       Individu yang tidak redha terhadap nasib diri 4)       Risau akan perkara-perkara yang belum tentu wujud 5)   ...

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

Susah dan Senang, tetap berSyukur

Salam..... Setiap insan yang hidup mempunyai masalah, selagi kita hidup, selagi itu kita menghadapi masalah, ia adalah satu proses kehidupan yang harus kita tempuhi. Ia menjadikan kita lebih matang dan lebih kreatif untuk menyelesaikan setiap masalah yang kita hadapi. Adakalanya, kita rasakan Allah SWT tidak adil kerana menjadikan kita insan yang selalu ditimpa musibah. Kenapa saya? kenapa tidak dia?  Adakah anda seorang ibu yang belum dikurniakan anak? Bersyukurlah, sekurang-kurang anda mempunyai suami. Adakah anda seorang insan yang belum dikurniakan jodoh? Bersyukurlah, anda punya ibu bapa yang menyayangi anda. Adakah anda seorang graduan yang belum mendapat kerja? Bersyukurlah, anda punya pengalaman suka duka semasa di universiti. Anda punya ijazah yang membanggakan ibubapa, dan anda punya ilmu yang bagus untuk dimanfaatkan. Adakah anda seorang yang amat miskin? Bersyukurlah, ada orang yang diuji lagi susah, sekurang2nya anda masih boleh bebas mencari rezeki be...

Pengajaran dari Peristiwa Isra' dan Mikraj

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah. Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa. 01. Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin. 02. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh. Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah A...

hari ke 2, 2012

Salam, masih di awal tahun baru, pasti ramai lagi yang tengah memikirkan azam baru. Teringat pula tahun sebelum ni, azam tahun baru mesti diselitkan dengan menguruskan badan. Bagi tahun ini, tiada lagi kuruskan badan sejak berbadan dua ni. Oh ya, teringat pula lawak OSBON masa final MLM, geli hati tgk Abon mengandung dengan jalan cerita yang  simpel tetapi lawak. Berapa kali aku tgk di YouTube pun tidak boring juga. Tahniah OSBON,tahniah Abon, orang jawa memang BEST....(my hubby org Jawa, best, rajin, pandai masak nasi goreng dan sambal kicap) hihihi...rindunya dekat dia yang berada di Kuching, Sarawak tu. Rindu serindu-rindunya....uwaaa :(  Ni ada kata2 best di awal tahun baru ni: "Kita tidak akan putus asa bila berhubungan kuat dengan Allah SWT, hanya mereka yang tidak berhubungan kuat dengan Allah SWT dan buruk sangka dengan Allah SWT akan putus asa. {Prof Dr Muhaya)

Penyebab Keresahan

Penyebab keresahan dalam hidup manusia menurut pandangan Islam sangat banyak tetapi yang menjadi punca utama ialah :- 1) Tidak adanya iman atau lemahnya iman seseorang. 2) Percampuran antara iman dan syirik. 3) Kurangnya kesedaran bahawa dalam usaha manusia ada ketentuan Allah yang Maha Berkuasa. Manusia hanya sebagai makhluk yang diciptakan dan berada dalam kekuasaanNya. Firman Allah Ertinya : "Dan kepunyaan-Nyalah apa-apa yang di langit dan di bumi, semua makhluk tunduk kepadaNya" (Surah al-Rum : 26) 4) Umat Islam kurang menghayati dan mengamalkan kehidupan berumah tangga berlandaskan ajaran Islam. 5) Ibu bapa atau penjaga kurang memberi perhatian ilmu pengetahuan dan pendidikan keagamaan kepada anak di samping ilmu pengetahuan yang lain. 6) Kebebasan dalam pergaulan tanpa didasari dengan keimanan sehingga boleh mempengaruhi manusia melakukan perkara yang haram mengikut hukum syarak. 7) Manusia terlalu membanggakan ilmu pengetahuan hasil daripada pemikiran akal manusia ta...

Siapakah Orang itu?

Siapakah Orang Itu??? Siapakah orang yang sombong? Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Aalamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri. Siapakah orang yang telah mati hatinya? Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat. Siapakah orang dunggu kepala otaknya? Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya. Siapakah orang yang kuat? Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah or...