Skip to main content

Mama Writerpreneur (7-24)

Tips pengurusan masa seorang 'Mama Writerpreneur'

(Seorang ibu kepada 3 anak yang masih kecil menulis 3 buku setahun, menerbit dan menjualnya)

Baik.

Sebagai seorang surirumah sepenuh masa yang menulis, menerbit dan menjual, kejayaan besar yang berlaku pada tahun 2016 adalah siap 3 buku selama setahun.

Buku pertama '7 Rahsia Tenang Menghadapi Ujian Hidup' - Terbit sendiri pada 1/10/2016
Buku kedua '365 Kata-kata Motivasi Untuk Ketenangan Hati dan Kedamaian Jiwa menuju Kejayaan (Diterima untuk terbit oleh Karya Bestari)
Buku ketiga 'Ini Kisah Ayah' - Belum terbit

Kejayaan besar itu walau orang lain mungkin nampak kecil, namun ia sangat signifikan dalam hidup ini. Kerana memegang buku sendiri sudah lama berada di alam angan-angan, bila sudah di alam nyata, memegang buku sendiri itu punya 'Kepuasan' yang sangat tinggi. Sehingga aku lupa kesan sampingan tatkala buku pertama terbit.

Kesan sampingannya adalah:

1) Saya telah dijemput untuk memberi Ceramah Motivasi di satu sekolah menengah di Kota Belud, sejurus selepas itu, saya digelar 'Motivator'
2) Saya telah dijemput untuk hadir sesi wawancara di Unit Maklumat Rakyat di Jabatan Penerangan Kota Kinabalu.
3) Rakan dan Followers semakin bertambah
4) Diri menjadi lebih konfiden, self-esteem meningkat kerana ada result dari usaha
5) Kerana banyak berkongsi mengenai 'Tulis, Terbit dan Jual', saya digelar Sifu. Ramai yang ingin belajar.


Namun, selalu ingatkan diri sendiri, tetaplah berada di atas garis keikhlasan menulis, bersama-sama buku, akan ada dugaan iaitu masa dan nama. Usah terlalu bangga dengan pencapaian yang ada, jika kita rasa diri kita sudah terlalu hebat, ada orang lain yang lebih hebat daripada kita, Allah yang Maha Hebat yang menjadikan diri kita hebat. Bersyukurlah, atas anugerah menulis yang Dia Berikan.

Baik,
Sebenarnya, saya ingin berkongsi mengenai 'Pengurusan Masa'. Ia sangat penting bagi seorang surirumah dan ibu yang menulis.

Kaedah pengurusan masa yang bijak adalah:

1) Buat jadual Harian, Mingguan, Bulanan

Jadual Harian
Buat sarapan, menyapu, urus anak (3 orang), cuci pinggan mangkuk, basuh baju, masak tengahari, MENULIS (masukkan aktiviti menulis sebagai aktiviti setiap hari kena lakukan)

Jadual Mingguan
Mop rumah, cuci tandas, kemas aisbok, susun atur pakaian dalam almari, basuh tudung dan telekung, ke pasar, RANCANG AKTIVITI MENULIS. Saya setiap hujung minggu pastikan semua yang saya post di FB saya akan save dalam satu folder.

Jadual Bulanan
Kemas aisbok, kemas tempat menulis, siapkan kunci kira-kira di hujung bulan. Berapa jualan buku? Stok buku yang tinggal?

Jadual Tahunan
Cek sistem kerja dalam setahun, perbaiki mana yang silap. Tulis azam apa yang ingin dicapai untuk tahun hadapan.

2) Kebiasaan kecil membawa kejayaan besar
- Bangun awal pagi, jam 4am, Bersyukur
-Solat, perbanyakkan solat sunat
-Menjadi seorang yang pengemas, andai rumah lintang pukan, dikhuatiri idea menulis juga lintang pukang.
-Mandi awal (say No to baju kelawar dan kiambang, before 7)
-Solat Dhuha dan Tahajud
-Banyakkan Sedekah

3) Jimatkan penggunaan 'MASA'
-Hujung minggu, blender siap-siap bawang putih dan bawang merah, simpan di dalam aisbok. Jadi, setiap kali masak, tidak perlu menangis sebab mengupas bawang.


Semoga Bermanfaat

Mama Writerpreneur

7/1/2017




Popular posts from this blog

AKIBAT DEPRESI

Keluarga dan Penjaga Terdedah kepada KEMURUNGAN. Itulah tajuk perbincangan di MHI tadi (15/3/2017). Saya tekun mendengar sebab ia adalah dalam niche penulisan saya. . Puan Hariyati Ariffin, ibu kepada seorang pesakit kemurungan berkongsi rasa di MHI tadi. Anak perempuannya yang kini berusia 35 tahun, menghidapi penyakit kemurungan sejak 11 tahun yang lalu. Pada peringkat awal, anak dia mempunyai simptom seperti tidak mahu bekerja, malas yang luar biasa, tidur di sebelah siang , dan berjaga di sebelah malam. . Puan Hariyati mengatakan kini anaknya itu telah pulih 80% dengan bantuan ubat psikiatri dari hospital, namun, masih malas. Tidak mengemaskan rumah, anti-sosial, hanya mengurung dirinya di bilik dan sangat sensitif. Sehingga anak bongsunya tidak boleh tinggal di rumah kerana anaknya yang sakit itu sangat cemburu. Terpaksa dicarikan rumah sewa yang lain agar anak bongsunya dapat belajar dengan tenang. . Puan Haryati masih bekerja, apabila dia balik kerja, cermin tingkap habis pec...

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

10 Cara TENANGKAN HATI Dalam Berusaha?

10 Cara Bagaimana Untuk TENANG Dalam Berusaha? #1 Jangan terlalu fikirkan hasil, tenang. Usaha. Bila kita tenang, aura lebih terserlah. Hargai usaha dan serah pada Allah swt. Hati kita dalam genggaman-Nya. #2 Bebaskan diri dari penghargaan manusia, jangan merasa hebat. Dia yang Maha Hebat yang menjadikan diri kita hebat.Jika kita niat untuk buat baik, Dia akan balas dengan kebaikan. InsyaAllah #3 Jangan terlalu rasa bersalah, ia akan melemahkan 'energy' kita. Taubat dan perbaiki kesilapan. #4 Kita tahu dunia ini tempat ujian, markahnya nanti di Padang Mahsyar. InsyaAllah, kita akan tenang kerana sentiasa ingat untuk mengumpul banyak bekalan untuk dibawa pulang ke tempat abadi. #5 Dunia bukan tempat berlumba, tetapi untuk melakukan yang terbaik. Bukan untuk fokus dicakap orang baik, tetapi perlu menjadi orang yang baik. Bukan sebab hendak tunjuk hebat tapi ia ibadah. Sentiasa periksa ketulusan dan keikhlasan hati. #6 Maksimakan ikhtiar. Atur strategi dan taub...