Salam, Lama tidak bercerita mengenai research dalam blog ini. Sabtu lepas, supervisor ada sms mengenai paper yang saya tulis bagi research semasa pengajian master telah diterima untuk diterbitkan dalam sebuah journal antarabangsa. Happynya!! sebenarnya dah banyak kali tulis manuskrip untuk dihantar ke mana-mana journal, tapi tidak semua journal boleh menerima hasil penulisan dan penyelidikan kita. Lebih-lebih lagi ke journal antarabangsa yang mempunyai impact factor yang tinggi kerana persaingan dengan penyelidik lain dan standard yang tinggi. Daripada penulisan-penulisan sebelum ini yang tidak diterima (rejected), ia sebenarnya dapat memperbaiki penulisan kita hasil daripada komen reviewer yang sememangnya expert dalam bidang ini. Tajuk paper adalah ' Antioxidant properties of selected etlingera and zingiber species (zingiberaceae) from Borneo Island'. Paper ini telah diterbitkan di 'International Journal of Biological Chemistry', Januari 2012. http://scialert.n...
Ujian itu indah. Just follow the flow...!