Sunday, November 29, 2009

Kuching, Sarawak (30.11.2009-6.12.2009)



30th November 2009


-Flight ke Kuching at 6.45am, sampai di Airport Kuching pukul 8.45am
-Tunggu Ling dari Sibu 11.30am
-Check-in at 4 points Sheraton Hotel 12.30pm
-Rest (rasa penat sangat2)

First time datang ke Negeri Sarawak Bumi Kenyalang.




Tag: Nama aku pada acceptance letter tu..ehem..ada typing error..tapi aminkan saja..amin...Insyaallah..~fs~


























Aidil Adha 1430H

Hari Raya Aidil Adha, 27hbNovember2009 bersamaan hari jumaat. Disambut sederhana, tetapi kemeriahan tetap dirasa. Berkumpul dengan sanak dan saudara. Jauh dan dekat.

Menu: Laksa Penang
Aktiviti:
-Solat Sunat Raya
-Menziarahi pusara
-Dikunjungi saudara mara dan rakan2
-Mengunjungi rakan2

Yang Paling Best antara yang terbest:
1. Maciku, Masturah Hj Nanti. Balik untuk menyambut hari raya bersama2 kami di kampung. Dia bertugas di Kedah, setahun sekali balik, taim cuti sekolah.
2. Kawanku, Hariyanti Saleh. Datangberkunjung ke rumah, dia adalah kawan sekolahku di SEMAI. Dia pindah ke SMAKK, tingkatan 3. Sejak itu, langsung tidak pernah jumpa dia. Tidak sangka, di Hari Raya AidilAdha yang penuh mulia ini, dua sahabat ini bertemu selepas 12 tahun tidak jumpa dan bersua muka.
3. Memoriku, GARDENIA Butterscooth dan Coklat Raisin, serta Key Chain bergambar..ini best ni..tp nda ble share sama kamu..I'm Sorry..^___^

Apapun, SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA..!!
MAAF ZAHIR & BATIN..~fs~

Friday, November 27, 2009

till the end..my L.O.V.E is just for you..!!

PENGORBANAN

KESETIAAN

KESABARAN

KEYAKINAN


membawa

KEBAHAGIAN hingga ke akhirnya..

NUR..ya Kasih..ya Kasih...

telah menamatkan ceritanya pada hari ini, 27/11/2009, hari raya aidiladha.
tidak rugi aku ikuti kisah Nur Kasih di TV3 setiap hari jumaat.

~Nur~Adam~Katrina~Aidil~Liya~dan tidak dilupakan, Sarah~
Pelbagai emosi dan dugaan dalam percintaan mereka..dan akhirnya Nur dan Adam bersatu dan bertemu semula.

p/s:air mata bercucuran melihat ending cerita ni..turut ber'emosi'..~fs~

Wednesday, November 25, 2009

yang dirindui..!!

Balik ke Sabah suda, 25/11/2009..flight 9.25am.
10 hari di kl banyak meninggalkan kenangan manis buat aku..dan yang sangat2 dirindui ialah saat bersama buah hatiku...Danish Irfan..

Saat kita gembira bersama...Titi La, Jom bawa Nanis pegi 'fishing' di Tasik!!
Ok Sayang..Jom..!!kejap, Titi La belikan Kinder Joy dulu..ok!!, yeah...sayang Titi La..


Saat kita jalan-jalan, Makan Aiskrim di Putrajaya...



Saat kau kusakiti...


Saat Kau Ku Tangisi....


Kini...Saat Kau Ku Rindui...
Pastinya kau juga MERINDUIKU...
Danish Irfan
~adik sepupuku yang manja~
~suka makan 'Kinder Joy'~
Jumpa lagi sayang..Titi La..!!


~fs~
memory in kl
16 November 2009 -25 November 2009

Monday, November 23, 2009

with kak Miza

Kak Miza,

1. kawan aku sejak di UITM, kk dulu. Hampir 5 tahun nda jumpa dia.
2. kos kejuruteraan awam
3. tinggi lampai orangnya
4. berkahwin dengan org Seremban
5. ibu kepada 1 org anak (boy)
6. keja di Jabatan Perkhidmata Awam, Putrajaya
7. suka minum kopi tenom dengan biskut cream krackers..(yg ni aku ingat tul)
8. biasa ngan dia sebab satu bilik ngan best fren aku, Yati..selalu lepak2 di bilik durang di Kolej E.
9. org tenom
10. siok, sporting, suka shoping
11. umur 2 tahun lbh tua dr aku


Hari ini, 23/11/2009 (12-2.30pm)..bersamaan dengan anniversary dia, kami jumpa di Alamanda, Putrajaya..dekat ja dengan ofis dia. bestnya jumpa Kak Miza. Banyak ceta kami share. Thanks Kak Miza, belanja di Kenny Rogers. Aku makan Meat Spaggetti Bolognensis (nta betul ka ni), mcm salah spelling ja. Kak Miza mkn ayam..


Sweet memory, ada masa nanti kita jumpa lagi ok..
Mo jumpa Kak Chom lagi, rindu sama dia juga..
~fs~

Sunday, November 22, 2009

JJCM with bff in KL

22/11/2009
Jom..jalan-jalan cari makan...
Pertemuan bersama 'Best Fren Forever' (bff) sudah dirancang oleh Sabrina. Sabrina dari Kajang, Nurul Shahrizan dan isteri juga dari Kajang, Rusdi dari Kelang dan aku dari Putra Permai, Seri Kembangan. Pertemuan mula2 dirancang di Mines, consider sama aku, sure skit jalan kat Mines..tapi Mines kena tutup..orang tertentu ja dapat masuk. Mungkin ada function ka..apa2 la..so, ubah tempat..ke Jusco, Cheras Selatan..

Sabrina:jalan drpd Mines ikut signboard Balakong. Kemudian jalan terus sampai jumpa Jusco.'
Aku: ok, harap2 tidak sesat, i think still in the right way now, sorry sangat2 ya kengkawan ,tidak sangka jem begini teruk tahap gaban di Serdang Jaya menuju ke Mines.
Sabrina:Ok, semua dah ada ni, kami tunggu di KFC

Selepas hampir 1.45 min aku pun sampai dengan jayanya. Dengan kaki yang sangat sakit drive keta manual dalam jem. huh..Dalam jem tu, ini la pic2 yang sempat aku ambik buat kenangan.Kemudian, kami merancang untuk JJCM. Takkan la dtg dari jauh semata2 mkn kfc kan. So, cadangan bini Nurul Shahrizan diterima, iaitu di Western Food Cheras. Memang JJCM pun. Ntah bila Maria Tengku Sabri datang situ. Terlepas aku episod tu. Keluar dari Jusco, ikut kiri sampai jumpa Econsave. Kami tunggu di tepi jalan tu..sebab durang parking keta di atas. Aku parking keta di bawah. Ok2..aku dengan yakinnya mendengar arahan Nurul walaupun masih blurr lagi sebab baru melepasi Jem.

Nurul: Farra, mana ko?kami tunggu di tepi jalan suda. Betul2 dekat Econsave.
Farra: Aku suda keluar dari Jusco, tepi jalan juga. Dekat signboard Pekan bt 11 Cheras..@#$%.
Nurul: Ler, kita suda di arah yang bertentangan. Farra jln depan jgn ikut flyover tu.U turn, then U turn lagi. Ikut masuk JUSCO lagi semula.

Sekali lagi aku berasa bersalah. Sebab aku paling tidak suka ditunggu dan menunggu. Moral Of the Story: Dengar betul2 bila orang bagi direction. Left and Right jangan salah. emm..ok..aku blurr ba tadi. Dan teruja, nda sangka drive sampai Cheras ni.

OK, walau macammana pun, mood JJCM sedikit pun tidak terganggu. Lebih2 lagi makan dengan durang ni. Peserta FORUM, isu rumahtangga yang terhangat di FB. Sampai 70 komen di wall Sabrina, pesertanya kami berempat ja. Dan, aku dan Sabrina menang. (Kami hanya membela nasib perempuan2 di luar sana serta, Nur Kasih..^__^,ada la tu.. kami berempat ja faham.

Setibanya di tempat dan destinasi yang dituju:
Order: Lamb Chop 5, ais blended kiwi, milo panas, cappucino panas, kopi panas, teh panas. Aik,hanya aku yang minum sejuk. Jaga kesihatan ba durang ni.


Lamb Chop, SIAPPP..!!!



NYUM..NYUM..patut la JJCM datang sini..!!Berbaloi baloi..
Sepanjang masa makan tu, kami tidak berenti2 bercerita. Cerita masa2 sekolah la..Masih segar di ingatan masa sekolah yang sudah ditinggalkan 10 tahun lalu. 10 tahun??hah..sekejapnya masa berlalu. Terasa diri ini sudah tua..^___^.

Masa mengabadikan kenangan bersama dengan kamera olympus 1070 aku tu, yang aku sendiri tidak tau setting. Ish..Ish..hah, bini Nurul Shahrizan tu best. Masuk juga tune kami yang emm..pemfaham ja la..macam cafe tu kami yang punya..

Balik dalam pukul 7.30pm..malam masih muda. Lepas itu tiada plan lain selain balik rumah. Nurul esok paginya ke UPSI, Perak. Rusdi balik Kelang. Sabrina keja esok. Aku pun, mana bole balik lewat sangat.

Entry ini diakhiri dengan serangkap pantun:

SEMAI, sekolah lamaku,
Banyak kenangan masa dahulu,
Masih teringat kawan2 lamaku,
Semoga berjaya ke tempat dituju.

Ntah apa2 pantun ni. Boleh la kan..!!
Keep in Touch kengkawan, Tahun ini Nurul Shahrizan bawa isteri .Tahun depan ntah siapa yang bawa isteri atau suami. Tungguu...PEACEE!!
~fs~