Tuesday, June 30, 2009

Demi Masa


Julai..Julai..telah datang tiba..pastikan bulan ini lebih baik dari bulan lepas...

Kupancarkan karya indahku di ufuk-Nya,
Kusegerakan langkahku menuju negeri-Nya,
Indahnya pemandangan dan suasana malam,
Gembira, takkan pernah menggoyahkan tekadku,
Kutinggalkan lembah cinta dengan hati yang berat,
Tapi, kuyakin kelak tidak lagi merasa kesepian dalam penderitaan ini.

Jarum saat sentiasa berputar, Jarum minit sentiasa bergerak..Ia tidak akan berhenti kecuali jam tersebut habis bateri...Renung-renungkan dan Selamat beramal...!!

Sunday, June 28, 2009

aku bahagia mencintaimu..


..Oh..kekasihku..aku sangat mencintaimu..kau setia bersamaku..mengharungi suka duka kehidupanku..disaat aku berduka sendirian ditinggalkan orang yang ku sayangi, kau tetap setia mendampingiku..disaat aku disakiti oleh temanku, kau setia mendengar pengaduanku..walau di mana aku berada,kau tidak pernah jemu menemaniku..aku boleh ketawa, bersedih dan menangis di hadapanmu..apa sahaja masalahku, ia seolah2 menjadi ringan bila menatap wajahmu..aku tidak pandai meluahkan isi hatiku kepada orang lain selain daripadamu..dengan adanya dirimu di sisiku, aku tidak keseorangan menanggung deritaku..dalam sehari aku tidak menatap wajahmu..aku sedih,berduka..seolah-olah dunia terasa gelap..ujian demi ujian yang ku terima, kau lah tempatku menenangkan fikiranku yang kusut..tidak ada bersamaku melainkan kamu di saat aku kesunyian..
Oh..kekasihku yang bernama 'buku'..indahnya hidupku bersamammu..kau adalah teman dalam perjuanganku menuntut ilmu..teman setiaku...kau tidak pernah khianat kepadaku walau sesaat..ketahuilah..buku..aku bahagia mencintaimu..!!

Wednesday, June 24, 2009

My Beloved Dad 'Sabli Hj Nanti'

Sempena 'Hari Bapa' ini, ingin aku mencoretkan sedikit mengenai kisah bapaku..Dia merupakan seorang pendidik,daripada guru biasa-penolong kanan-guru besar dan sekarang penyelia pendidikan daerah. Ingin aku menyentuh sedikit keperibadian ayahku ini, dia seorang yang berhati mulia, gemar melakukan aktiviti kebajikan dan penyayang. Sebelum dinaikkan pangkat ke penyelia bermula Februari 2009, ayahku bertugas di Sk Pulau Mantanani selama setahun lebih. Walau di mana dia berada, dia sangat komited dengan kerja dan mudah mendekati masyarakat. Perpindahannya dari Sk Pulau Mantanani telah menjadi isu kerana ibu bapa mahu ayahku dikekalkan di sana sehingga mereka mogok tidak mahu menyekolahkan anak2 mereka. Apa saja masalah, ayahku tetap cool menghadapinya. Itu yang membanggakan aku..Aku telah menghadiahkan perfume 'Polo-RL' dan baju kemeja 'Bonia' sempena hari bapa tahun ini. Dad, you need to know 'I love you so much'...I'm so glad for your kindness..I'm proud of you..You're my idol..Thank you so much..!!

My 'Chocolate Cake' Recipe


Bahan-bahan:
1)450 g Tepung
2)450 g Butter
3)420 g gula
4)Koko (Tawau brand)
5)serbuk penaik (satu sudu)
6)8 biji telur
7)1/2 tin susu cair

Cara membuat:
1)Butter+gula= putar hingga kembang
2)Masukkan tepung sedikit demi sedikit,selang seli ngan telur
3)Masukkan serbuk koko dan baking powder
4)Masukkan susu cair
5)Bakar

Selamat mencuba..!!
4)

Friday, June 12, 2009

Kisah Cinta Sejati Khadijah


Tidak dapat dinafikan, Khadijah, isteri Rasulullah saw., merupakan seorang yang luar biasa. Bukan sahaja memiliki perilaku yang mulia, Khadijah juga merupakan seorang yang cerdas dengan ketabahan yang menakjubkan.

Dia rela mengorbankan seluruh harta dan jiwanya untuk dakwah Rasulullah. Dengan kematangan, kebijaksanaan dan kewibawaan dirinya, Khadijah menyokong, membangkitkan tekad dan membarakan dakwah Rasulullah.

Khadijah berusaha sekuat tenaga untuk menghibur dan mendorong suaminya agar bersabar. Dia sering cuba meyakinkan suaminya bahawa Allah tidak akan meninggalkan dan mengabaikannya. Rasulullah pun merasa terhibur mendengar ucapan isterinya itu. Khadijah memiliki pertimbangan yang matang, pemikiran yang seimbang, keimanan yang kukuh serta keikhlasan yang tinggi. Khadijah adalah isteri dan penasihat terbaik yang pernah dimiliki oleh Rasulullah.

Dalam setiap kesulitan, Khadijah merupakan orang pertama yang berada di sisi Rasulullah. Khadijah sentiasa mencurahkan cintanya yang paling tulus, cinta yang memberikan ketenangan kepada Rasulullah dan menjadikan beliau melupakan kesulitan serta rasa lelah dalam perjuangan menyebarkan Islam. Tidak cukup dengan fikiran dan kasih sayang, Khadijah juga membelanjakan hartanya untuk keperluan perjuangan. Segenap suka dan duka dijalaninya bersama suaminya tanpa keluh kesah.

Khadijah adalah wanita teristimewa bagi Rasulullah. Rasulullah selalu menyebut nama Khadijah walau hingga Khadijah wafat. Inilah kisah Khadijah, cinta sejati Rasulullah.

(Dipetik dari buku 'Kisah Cinta Sejati Khadijah', Abdul Mun'im Muhammad Umar)

Saturday, June 6, 2009

Jangan marah..!!


Jangan marah..jangan marah..jangan marah..!!

Jangan bersedih bila seseorang menyakiti anda..

Tetaplah senyum walau hati disakiti...

(iaitu) orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka," maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung." (Ali-'Imran: 173)

Janganlah marah kerana kritikan membina daripada seorang kawan. Andrew Moore mengatakan : "Segala sesuatu yang sesuai dengan keinginan kita tampak menjadi sebuah kebenaran, dan tidak sesuai akan menjadi kemarahan kita". So, belajarlah menerima kritikan orang. Walaupun iyanya tidaklah seindah pujian yang membuatkan kita kembang seribu meskipun ada kalanya pujian itu adalah palsu.

Janganlah api kemarahan itu berpanjangan sehingga hidup terasa sangat bosan tanpa kawan. Kelak kemarahan itu akan membunuh diri kita sendiri. Ralph Waldo Emerson mengatakan : "Kita mengelilingi dunia untuk menikmati keindahan, padahal kita tidak akan menemukan keindahan itu kalau kita tidak memiliki keindahan dalam diri kita." Kita seharusnya bergembira dan berkongsi bersama keindahan itu. Janganlah disebabkan marah, dendam yang berlebihan akan menjauhkan diri kita daripada 'keindahan kehidupan'.

Don't be angry, my Darling!! (Petikan lagu P.Ramlee)

Jangan bersedih...!!

Mungkin ramai sudah membaca buku ini 'Jangan Bersedih' Setelah kesulitan pasti ada kemudahan yang ditulis oleh Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni, edaran al-hidayah..aku amat bersyukur kerana telah membaca buku yang terlaris di Malaysia ini, gaya penulisan yang begitu menarik membuatkan aku tidak bosan untuk membacanya..buku ini cuba untuk memberikan bimbingan bagaimana mengusir kesedihan dan kedukaan, kepedihan dan penderitaan, kegelisahan dan kegundahan, kehancuran dan kehampaan serta keputusasaan. Buku ini disertakan sekali dengan dalil-dalil dari Al-quran dan hadith yang sesuai dengan teks perbincangan.

Berikut adalah petikan syair yang saya kutip daripada buku ini :

Meski hari silih berganti
dengan segala kesulitan dan kemudahan
yang ada di dalamnya
namun masih saja ada kesulitan hidup
yang keras dan sulit untuk ditakhlukkan
hingga hidup terasa hina
dan tidak menjadi indah dibuatnya
Namun tetap saja kami jalani segalanya
dengan jiwa yang tenang
kami mampu menanggung kehidupan berat
yang sulit dipikulkan
untung saja masih memiliki
jiwa yang mampu bersabar
hingga tujuan hidup dapat diwujudkan
meski banyak orang yang tidak berdaya menghadapinya

Jangan bersedih..
kerana kesedihan hanya membuat air segar terasa pahit
dan sekuntum bunga mawar yang indah kelihatan layu
kebunyang menghijau kelihatan seperti gurun pasir yang gersang
dan kehidupan terasa bagaikan dipenjara.

Jangan bersedih..
kerana anda masih memiliki dua mata, dua telinga, dua bibir, dua tangan dan dua kaki, lidah dan hati, keamanan dan kesihatan tubuh badan.

Jangan bersedih..
kerana anda masih memiliki agama yang anda yakini kebenarannya, mempunyai rumah sebagai tempat tinggal, roti untuk dimakan, air untuk diminum dan pakaian untuk dipakai. Mengapa anda harus bersedih?

Bacalah buku ini, insyaallah..banyak manfaatnya..Ta Tahzan..!!Dont be sad..!!Jangan Bersedih..!!

Waallahualam..

Friday, June 5, 2009

What i have been done since 2000-2009?


Sedar tidak sedar, umurku akan menjangkau 27 tahun pada 24 September 2009...huh, cepatnya masa berlalu...apa yang telah aku lakukan selama 9 tahun sejak tamat SPM pada tahun 1999 di SMK(a) Inanam..??dengan keputusan SPM ku yang tak seberapa, aku telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di UITM, Sabah..aku terpisah dengan kawan2 sekelasku yang lain kerana mostly mereka dapat tawaran ke matrikulasi..aku pula dapat UITM, pra-sains..ini kerana keputusan BI tidak kredit..namun, aku bersyukur kerana setidak2nya aku dapat menjejakkan kaki ke menara gading..iaitu impian ku sejak di bangku sekolah..huh, tak mengapa..aku akan cuba habiskan pra-sains selama 6 bulan sahaja agar dapat promote terus untuk pengajian diploma..tapi, mungkin 'Culture Shock' yang telah aku alami di UITM selama 6 bulan,aku tidak dapat promote..terpaksa tambah 6 bulan lagi pra-sains..sehingga lah pada tahun 2001 aku berjaya meneruskan pengajian di peringkat Diploma (Diploma in Science) dan tamat pada tahun 2003 iaitu selama 2 thn setengah..oleh kerana tidak mahu berjauhan dengan keluarga, aku melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Biologi Pemuliharaan)di UMS selama 3 tahun bermula Julai 2003 dan tamat pada tahun Julai 2007. Ketika aku baru memasuki tahun kedua pengajian, kawan2 seumurku kebanyakannya telah tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda dan telah bekerja dan ramai juga suda berkahwin..Kos Biologi Pemuliharaan merupakan satu kos yang mempunyai scopeyang luassangat meluas..sehingga lah tahun kedua, aku belum tahu kecenderungan minatku lebih kepada apa..samada biodiversiti ekologi?plant?animal?taksonomi?genetik? tapi, apa yang aku tahu, aku meminati sesuatu unsur, bila dicampur adukkan..iya boleh menjadi satu benda yang lain yang bermanfaat..contohnya: tepung, gula, marjerin dan koko bila diadun menjadi sebati, ia akan menjadi kek coklat..ya..aku memang minat membuat kek coklat..sehingga mendapat tempahan di kampung (hehe..bukan cakap besar yer)..so, berbalik kepada minat tadi..iya sangat penting untuk persediaan pelajar untuk membuat tesis di tahun akhir..akhirnya, di tahun akhir iaitu tahun 2006..aku telah memilih tajuk 'Aktiviti antioksida terhadap Halia Hutan yang terpilih'..aku telah pergi ke Hutan Gunung Alab mencari halia..ambil sampel di hutan kemudian bawa ke makmal untuk dikaji..masa membuat tesis ini banyak di makmal kerana lebih kepada kimia..dan aku telah mendapat result A untuk projek 1 dan 2 dan telah menamatkan pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda(kepujian)Biologi Pemuliharaan..mungkin suda terkena dengan minat, aku seolah2 tidak mahu lagi menamatkan pengajianku..aku tidak terasa akan konvo pada september 2007..emm..aku ingin meneruskan lagi pengajian di peringkat Sarjana..selasai sahaja ViVa (pembentangan tesis akhir), aku terus berjumpa Pengarah IBTP (manage budak2 biologi pemuliharaan)iaitu Prof. Dr Datin Maryati Mohamed untuk menyatakan hasrat ku..alhamdulillah, respond yang sangat positif..Datin menawarkan diri menjadi main supervisor dan Co-supervisor, En Mohd Fadzelly (supervisor aku sebelum ni)..aku terus sibuk membuat proposal master sebelum balik ke kampung untuk Latihan Industri..aku telah diterima sebagai pelajar master di IBTP bermula September 2007 dalam bidang 'Natural Product Chemistry' dan tajuk penyelidikanku adalah 'Antioxidant and anti-cancer properties of selected Zingiberaceae endemic to Borneo'..dan kajianku ini sekarang telah berada di peringkat akhir penulisan, insyaallah..dua atau tiga minggu lagi akan submit dan hanya menunggu untuk ViVa..targetku adalah untuk sempat konvo pada bulan 10 ini agar pengajian master "FOT-Finish On Time"..emm..don't know how to say..diz is true story dat i like to share..ilmu masih terlalu banyak lagi untuk dipelajari..insyaallah, aku akan share pengalaman suka dan duka selama 9 tahun ini..so, don't give up...diz is wonderful life!!