Thursday, April 26, 2012

Kehamilan dan Fibroid


Salam..

Semalam, 26.4.2012, Aku ada temujanji di Klinik Kesihatan ibu dan anak. Excited la juga sebab 1st time scan baby dalam perut ni yang makin hari terasa makin aktif. Malam tadi, susah mau tidur sebab baru balik dr Kuching bercuti nak jumpa hubby. Biasalah, baru berpisah..mood sedih lagi..;p

Cerita di klinik,
Sekarang kandungan aku telah berusia 21 minggu (5 bulan, 1 minggu). Masa scan, mula2 tu Dr ckp, baby ok, jantung baby ok dan fizikal pun ok. Lega rasanya. Aku pun nampak juga baby dalam perut ni walaupun agak kurang jelas. Tp maybe naluri keibuan yang tinggi, nampak mcm baby tidur dengan lena.

Otherwise, ada something ni. Nampak tak? Dr tanya, aku pun tgk..ada lah nampak mcm gelap sikit kat bawah tu. Ada apa Dr? Look like fibroid..Ya, fibroid, kata Dr. Aku dah start risau. Dr scan lagi nak memastikan benda tu. Dan Dr Fatimah sahkan ada fibroid dalam rahim sebelah bawah sebesar 6x5 cm.
(Bayangkan perasaan I masa tu mcmn).

Kemudian, dr terangkan sedikit mengenai fibroid sambil menulis form untuk rujukan ke pakar pada Jun ni. Dr pesan, jangan risau sangat ya. Ketumbuhan fibroid biasa juga berlaku pada wanita hamil disebabkan peningkatan hormon estrogen. Cuma ada beberapa komplikasi berlaku nanti seiring dengan pembesaran bayi dalam rahim.

Since kurang knowledge mengenai Fibroid ketika kehamilan, balik rumah dengan perasaan sedih, aku terus buka internet dan search mengenai Fibroid. Di sini, ada beberapa link mengenai Fibroid yang boleh dijadikan rujukan bersama:

http://portal.alamhamil.com/faqs-kehamilan/sukar-hamil/86-fibroid.html
http://bidanbersalin.blogspot.com/2010/02/fibroid-dan-kehamilan.html
http://drzubaidi.com/blog/?p=1805

La Tahzan, anggaplah ia sebagai Ujian Allah pada hamba yang disayangiNya.
Ia bukanlah musibah yang dicari, ia datang dengan sendirinya. Kita sebagai hamba Allah yang menumpang di bumi ini kena terima dan redha dengan apa juga ujian yang diberikan olehNya. Sentiasalah bersangkabaik.

Tiada seorang ibu@bakal ibu pun yang mahu fibroid tumbuh di dalam rahim, lebih-lebih lagi ketika bayi yang disayangi juga berada di dalam rahim yang mana mereka terpaksa berkongsi tempat tinggal. Disamping itu, fibroid tersebut jika semakin membesar, boleh menghalang laluan bayi bila tiba masa bayi itu keluar ke alam nyata untuk berjumpa ibunya :'(

Buat masa ni, just think positive. Ini adalah ujian fizikal dan emosi. Kena kuat dan tabah menghadapinya, kena banyakkan berdoa dan bertawakal agar selamat hingga ke akhirnya. alhamdulillah, semalam sudah cerita semua dengan hubby dan dia cukup tenang, kata-kata semangat dan kasih sayang darinya sering menjadi inspirasi bagi ketenangan aku disini.

Doakan saya kawan2 semua....

Wallahu a'lam



Thursday, April 19, 2012

My baby progress: 20 week

Salam,

Only 20 more weeks to go
Woohoo! I'm FINALLY half way through my pregnancy! This week I'm carrying 10.5 inches and 10.5 oz of growing baby-goodness! My perfect little baby now has tiny eyelashes, eyebrows, and their tiny teeth buds are sprouting beneath the gum line.
(paste dari Baby gaga from FB)


alhamdulillah, sudah separuh fasa kehamilan telah ditempuhi. Macam cepat pula masa berlalu. Indahnya proses kehamilan, tidak pernah dialami selama ini iaitu dari morning sickness, kurang selera makan ke 'asyik lapar ja sepanjang hari'. Sudah boleh masak, daripada elergik bau dapur di awal fasa kehamilan dulu.

Hasil rekod kesihatan ibu di klinik kesihatan setiap bulan, setakat ini tidak terdapat apa-apa masalah mengenai kandungan ini. Cuma berat badan masa tiga bulan yang pertama telah berkurang sebanyak 3kg. Mungkin disebabkan oleh muntah2 yang teruk. Kini, memasuki bulan ke-4 telah menaik sekilo. Ok la tu :-)

Pergerakan baby, makin aktif dari sehari ke sehari. Sudah pandai anak mama pusing2, main2 dan pandai pula kejutkan mama pagi-pagi. Selalu juga bawa baby bercerita, usap2 dia. Indahnya...

Doa untuk mendapat zuriat yang soleh

                     رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء

"...Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan."

    Surah Al Imran. Ayat 38