Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

10 Cara TENANGKAN HATI Dalam Berusaha?

10 Cara Bagaimana Untuk TENANG Dalam Berusaha? #1 Jangan terlalu fikirkan hasil, tenang. Usaha. Bila kita tenang, aura lebih terserlah. Hargai usaha dan serah pada Allah swt. Hati kita dalam genggaman-Nya. #2 Bebaskan diri dari penghargaan manusia, jangan merasa hebat. Dia yang Maha Hebat yang menjadikan diri kita hebat.Jika kita niat untuk buat baik, Dia akan balas dengan kebaikan. InsyaAllah #3 Jangan terlalu rasa bersalah, ia akan melemahkan 'energy' kita. Taubat dan perbaiki kesilapan. #4 Kita tahu dunia ini tempat ujian, markahnya nanti di Padang Mahsyar. InsyaAllah, kita akan tenang kerana sentiasa ingat untuk mengumpul banyak bekalan untuk dibawa pulang ke tempat abadi. #5 Dunia bukan tempat berlumba, tetapi untuk melakukan yang terbaik. Bukan untuk fokus dicakap orang baik, tetapi perlu menjadi orang yang baik. Bukan sebab hendak tunjuk hebat tapi ia ibadah. Sentiasa periksa ketulusan dan keikhlasan hati. #6 Maksimakan ikhtiar. Atur strategi dan taub...

7 SEBAB KENAPA HATI TIDAK TENANG?

PERTAMA #KurangBersyukur Prinsip mendapat ketenangan dengan syukur: 1) Usah tunggu bahagia untuk kita bersyukur, tetapi bersyukur dahulu untuk dapat bahagia. 2) Usah tunggu banyaknya nikmat baru hendak bersyukur, tetapi bersyukurlah atas nikmat yang sedikit. Apabila kita bersyukur pada nikmat yang sedikit, Allah akan tambah nikmat. InsyaAllah. Kualiti jiwa adalah pada kualiti SYUKUR. Mengapa sukar untuk BERSYUKUR? #TersalahFokus Adakalanya: -Kita terlalu fokus pada apa yang tidak ada, tidak fokus pada apa yang telah ada. -Kita terlalu fokus pada kekurangan, bukan pada kelebihan. -Kita terlalu fokus pada nikmat, tidak fokus pada Pemberi Nikmat. Kerana tersalah fokus, kita lebih banyak mengeluh dari bersyukur. Hidup jadi tidak tenang kerana titik-titik penyakit hati makin menebal. Tekanan dari ujian hidup tidak dapat diuruskan dengan baik. Bersyukurlah! Terlalu banyak nikmat yang perlu disyukuri. Alhamdulillah. KEDUA #SukarMemaafkan Kajian dari pakar psikolo...

AKIBAT DEPRESI

Keluarga dan Penjaga Terdedah kepada KEMURUNGAN. Itulah tajuk perbincangan di MHI tadi (15/3/2017). Saya tekun mendengar sebab ia adalah dalam niche penulisan saya. . Puan Hariyati Ariffin, ibu kepada seorang pesakit kemurungan berkongsi rasa di MHI tadi. Anak perempuannya yang kini berusia 35 tahun, menghidapi penyakit kemurungan sejak 11 tahun yang lalu. Pada peringkat awal, anak dia mempunyai simptom seperti tidak mahu bekerja, malas yang luar biasa, tidur di sebelah siang , dan berjaga di sebelah malam. . Puan Hariyati mengatakan kini anaknya itu telah pulih 80% dengan bantuan ubat psikiatri dari hospital, namun, masih malas. Tidak mengemaskan rumah, anti-sosial, hanya mengurung dirinya di bilik dan sangat sensitif. Sehingga anak bongsunya tidak boleh tinggal di rumah kerana anaknya yang sakit itu sangat cemburu. Terpaksa dicarikan rumah sewa yang lain agar anak bongsunya dapat belajar dengan tenang. . Puan Haryati masih bekerja, apabila dia balik kerja, cermin tingkap habis pec...

Mama Writerpreneur (17-24)

Motivasi Menulis ************************************ Andai kita buat satu perkara yang tidak membuat kita bahagia, mungkin saat itu kita perlu memikirkan perkara yang lain yang membuatkan hati kita bahagia. . Ketika kita merasakan Sang Pencipta telah menutup satu pintu, boleh jadi Dia membuka pintu-pintu lain buat kita. Tapi, sekiranya kita tidak nampak pintu-pintu lain itu, bahkan kita hanya nampak hanya satu pintu sahaja. Bahagia tidak kunjung tiba, kita tidak kunjung maju malah mundur. Kejayaan terasa masih terlalu jauh. . Bila kita buat sesuatu perkara dengan ikhlas, rupa-rupanya ia hadiah yang begitu indah diciptakan buat kita. . Seandainya kita asyik mendapat nasib yang buruk, ia sebenarnya boleh mengeluarkan potensi diri kita yang sebenar. . Bersangka baik, setiap yang berlaku tidak ada yang sia-sia. Farrawati Sabli Selalu alami proses rebranding diri

Mama Writerpreneur (16-24)

'WHY' yang jelas, karya terhasil Ramai orang yang ingin menulis, mereka pasti akan bertanya soalan-soalan ini. Bagaimana mula menulis? Apa yang patut ditulis? Bila masa yang terbaik untuk menulis? Siapa yang patut saya rujuk untuk mengajar saya menulis? Berapa jumlah muka surat yang perlu untuk buat satu buku? Berapa kos terbit sendiri? Apa yang perlu saya buat jika ketika menulis berlaku 'Mental Block'? Pelbagai soalan-soalan yang berbangkit akan ditanya. Namun, kunci untuk menulis sebuah karya sehingga jadi adalah satu soalan yang amat penting iaitu: MENGAPA AKU MENULIS? MENGAPA?? WHY?? WHY?? Jika anda telah menemui jawapan bagi soalan MENGAPA AKU MENULIS? Anda secara tidak langsung akan menemui jawapan-jawapan yang lainnya. Mengapa saya menulis? 1) Untuk ibu saya yang sakit Schizoprenia sejak saya berumur 11 tahun, pernah satu ketika saya bertanya kepada ibu, 'Mak, jika saya berikan mama hadiah, mama mahu hadiah apa|? Ibu saya menjawab...

Mama Writerpreneur (15-24)

Bagaimana menyentuh jiwa pembaca? Menulis dengan jiwa dan rasa ************************************** Sebelum menulis, cuba tanamkan rasa kecintaan, ketulusan dan kejujuran dalam diri. Rasakan ia, expresskan perasaan anda dan tulis. Contoh: a) Aku sayang kamu (tulis dan baca) b) Aku sayang kamu (bayangkan orang yang paling kamu sayang, contohnya ibu. Bayangkan bagaimana anda expresskan rasa cinta pada ibu kamu) Hasil: A) Mendatar sahaja. Mesej tidak sampai ke hati. B) Kita dapat merasakan cinta itu dengan penuh penghayatan. Intonasi dan penyampaian menjadi lain. Tanpa disedari, air mata berjurai-jurai ketika menulis. . Bagi penulis yang menulis tanpa jiwa, cinta dan tulus, karya mereka tidak mendatangkan kesan pada pembaca. . Jika ketika menulis, bersama dengan jiwa, cinta dan tulus, InsyaAllah, karya kita sentiasa menjadi sebutan. Kerana apa yang kita cuba sampaikan lahir dari hati, bukan dari hujung jari. Kejujuran sangat penting dalam menulis. # FSWriteF...

Mama writerpreneur (14-24)

WAKTU MENULIS Dalam keadaan kesibukan kita sebagai seorang surirumah yang menulis, waktu yang amat berharga untuk menulis adalah ketika anak-anak telah tidur. Namun, pada setiap malam ketika menidurkan anak, kita juga ikut tertidur. Ini kerana badan sudah terlalu penat dengan aktiviti seharian, walaupun hanya di rumah. Siapa kata surirumah tidak penat? Hanya orang mengalaminya yang tahu :) Jadi, apa yang saya buat adalah, saya akan tidur awal. Ketika saya menidurkan anak-anak, saya juga akan tidur bersama mereka. Saya tidak mahu kehilangan momen menidurkan anak-anak yang masih kecil dek kerana terlalu ghairah menulis. Tidak... Namun, saya bangun awal. Saya bangun sebelum Subuh. Di situlah saya ambil kesempatan untuk menulis. Dan, alhamdulillah, ilham menulis mencurah-curah saat itu. Seandainya saya tidak ada idea untuk menulis, saya akan membaca. Ia diselang selikan. Jom, wujudkan waktu menulis! Tulis sampai siap ya, bulatkan hati, jangan tiga segikan hati.

Mama Writerpreneur (13-24)

MENULIS GAYA HAMKA Menurut HAMKA, tulisan yang lebih berharga ialah yang jujur, pendek dan terang. Jika panjang pun, ia ditulis dengan cara yang tidak membosankan. Tulisan yang lebih jitu sampai ke hati adalah tulisan yang benar-benar datangnya dari hati. Maka, hati jugalah yang menerimanya. Adapun, tulisan yang hanya datang dari hujung jari, perginya ke pelupuk mata si pembaca untuk menidurkannya. Pesan HAMKA lagi, kita haruslah menggunakan akal dengan saksama, ia seperti juga bermain olahraga juga. Perlu kepada latihan yang lama, dan kesungguhan yang tidak henti-henti. Orang yang berakal memandang ringan segala kesusahan, lumrah segala halangan yang menghambat tujuannya, sebab andai tujuan kita mulia, bertambah sulit untuk menempuhinya. Sebagai penulis, elakkan: -Merasa kagum pada diri sendiri -Bongkak dengan nama dan keturunan sehingga lupa menyelidiki di manakah kekurangan diri -Sukakan populariti Sumber: Falsafah Hidup, Hamka

Mama Writerpreneur (12-24)

Menulis dari HATI? Uruskan hati dengan baik Setiap hari yang kita lalui, satu ujian yang kita seringkali terlepas pandang dan tidak sedar adalah ujian bagi hati.  HATI, dalam sehari, ia berubah-ubah. Kadang-kadang, sebelah pagi kita tenang, damai dan gembira. Entah kenapa, tengahari, kita resah, risau. Sebelah petang, kita gembira semula dan sebelah malam pula terasa hendak marah sahaja.  Oleh itu, sebagai penulis, selain menguruskan masa untuk menulis. First thing first, uruskan hati yang selalu berbolak balik itu. Tulisan kita itu, lahirnya dari hati, andai hati kita tidak menentu, tulisan kita juga tidak menentu. Plot cerita berubah-ubah, untuk penulis novel, mungkin ada baiknya, kerana turun naik perasaan ketika membikin cerita itu penting. Namun, untuk penulis agama atau motivasi, hati tidak boleh hendak berubah-ubah, ia kena sentiasa berada di zon positif. Kita hendak mengajak orang lain ke arah kebaikan, memberi inspirasi dan motivasi. Sebelum kita mengubah orang...

Mama Writerpreneur (11-24)

7 Petua Mula Menulis? 1) Buat keputusan Hari ini, buat keputusan anda ingin menulis sehingga terbit buku pertama. Selagi anda tidak buat keputusan, buku tidak akan siap. Berani memulainya. 2) Sediakan dateline 3) Jadikan menulis itu satu tabiat, agar anda tidak rasa ia merupakan satu bebanan yang berat untuk dipikul. Cara membina tabiat menulis adalah disiplin menulis selama 21 hari, selepas itu anda akan terbiasa menulis sehingga jika tidak menulis satu hari anda gelisah, hari-hari kena buat, seperti mandi, hari-hari kena mandi, jika tidak mandi anda gelisah. 4) Wujudkan waktu menulis. Rancang bila anda ingin menulis. Bila ada anak-anak kecil, anda mungkin hanya dapat menulis ketika semua anak sudah tidur. Namun, anda masih boleh menulis bila-bila masa yang ada idea, contohnya ketika masak, ada idea, terus tulis dan sekiranya bermanfaat post di FB. Bergelar penulis dan surirumah, kena pandai mencuri. Opss, curi masa ya. 5) Untuk menghangatkan suasana menulis, kemaskan meja ...

Mama Writerpreneur (10-24)

RAHSIA MENULIS DARI HATI Menulis itu adalah cermin pada diri kita, maka bila kita up status di media sosial, cuba menggunakan perkataan-perkataan yang baik dan positif. Jika seseorang itu kita nampak reputasinya sangat hebat dan berjaya. Namun, andai dia suka menulis kata-kata negatif, mengeluh, menunjukkan dirinya seorang yang pendendam, orang lain sedikit demi sedikit akan menjauhinya. Kerana, status yang ditulis itu menunjukkan status hatinya. . Menulis itu, bila ia selari dengan hati, kita merasakan ianya lahir dengan semulajadi. Namun, bila kita cuba berpura-pura, lain di hati, lain di mulut, lain yang ditulis. Ia adalah satu bebanan. Oleh itu, jadilah diri sendiri. Bukan orang yang berpura-pura. . Ini soal HATI. . Setiap hari, cuba bersihkan hati. Pastikan hati sentiasa tenang dan damai. . Cari penawar bagi hati yang sakit, dengan MAAF dan MEMINTA MAAF. Cari damai bagi hati yang gelisah, dengan ZIKRULLAH, selalu ingat Allah SWT. . Mohon pada Allah, Dia-lah...

Mama Writerpreneur (9-24)

10 ALASAN KENAPA TERBIT BUKU SENDIRI? Hari ini, Sifu Penulisan Tuan Zamri Mohammad berkongsi mengenai Terbit Sendiri. Saya sangat alert bila sifu-sifu penulisan berkongsi mengenai Terbit Sendiri @ Self-Publish kerana buku pertama saya adalah terbit sendiri. Berikut saya kongsikan mengenai perkongsian mengenai perkara ini di Facebook beliau pada 7/1/2017. Kenapa ada yang mahu menulis dan menerbitkan sendiri buku mereka? Pertama, uji. “Saya tidak tahu sama ada penerbit mahu atau tidak buku ini. Maka saya terbitkan  dahulu dan melihat respon pembaca.” Kedua, ditolak “Manuskrip saya dahulu ditolak oleh penerbit. Maka saya mahu terbitkan sendiri dalam jumlah yang kecil.” Ketiga, cepat-cepat “Saya mahu ia terbit segera kerana sudah ada yang mahukan. Maka saya mahu terbitkan sedikit demi sedikit. Habis sahaja saya ulang cetak.” Keempat, lihat “Saya suka melihat ia dalam bentuk buku. Tidak mengapa, walaupun satu. Saya simpan naskhah ini. Lagi-lagi maklumat ini ...

Mama Writerpreneur (8-24)

Kisah Hari Sabtu ************** Sudah menjadi rutin selama tujuh hari di tahun baru ini, bangun seawal jam 4am. Cuba menanam tabiat ini di awal tahun, walau adakalanya sangat liat untuk bangun, tapi selalu baca dalam buku, jika mahu berjaya, kena bangun awal pagi. Bila sudah terbiasa, alarm clock sudah tidak diperlukan lagi. Sudah tentu, sang minda bawah sedar itu yang mengejutkan aku. Seusai tahajud, mengadu dengan yang Maha Mendengar, aku lantas membuka laptop dan membuat entry di blog, ini juga adalah satu cabaran pada diriku untuk menulis entry di blog yang sudah hampir dua tahun dilupakan. Bila suara azan Subuh kedengaran, aku segera tunaikan. Kata Ustaz, tunaikan solat di awal waktu. Kemudian, sambung kembali aktiviti menulis. Seronok menulis di awal subuh namun belum siap satu bab, anak kecil memecahkan kesunyian Subuh, tangisannya itu pastinya berbunyi begini. 'Mama, nak susu, mama, nak susu'. Aku menutup sahaja laptopku dan mendapatkan Aqil dan menyusukannya. ...

Mama Writerpreneur (7-24)

Tips pengurusan masa seorang 'Mama Writerpreneur' (Seorang ibu kepada 3 anak yang masih kecil menulis 3 buku setahun, menerbit dan menjualnya) Baik. Sebagai seorang surirumah sepenuh masa yang menulis, menerbit dan menjual, kejayaan besar yang berlaku pada tahun 2016 adalah siap 3 buku selama setahun. Buku pertama '7 Rahsia Tenang Menghadapi Ujian Hidup' - Terbit sendiri pada 1/10/2016 Buku kedua '365 Kata-kata Motivasi Untuk Ketenangan Hati dan Kedamaian Jiwa menuju Kejayaan (Diterima untuk terbit oleh Karya Bestari) Buku ketiga 'Ini Kisah Ayah' - Belum terbit Kejayaan besar itu walau orang lain mungkin nampak kecil, namun ia sangat signifikan dalam hidup ini. Kerana memegang buku sendiri sudah lama berada di alam angan-angan, bila sudah di alam nyata, memegang buku sendiri itu punya 'Kepuasan' yang sangat tinggi. Sehingga aku lupa kesan sampingan tatkala buku pertama terbit. Kesan sampingannya adalah: 1) Saya telah dijemput untuk me...

Mama Writerpreneur (6-24)

Tips mendapat 'Testimoni' buku Satu cara untuk kita menggumpul testimoni pembaca buku adalah dengan membuat 'contest'. Penulis sendiri kena buat contest ini agar dapat 'engagement' dengan pembaca. Persediaan adalah menyediakan hadiah yang berpatutan buat para pemenang. Anggaplah ia adalah sebagai perkongsian rezeki dan penghargaan kepada pembaca-pembaca buku anda. Di samping itu, testimoni yang diberikan, boleh mendorong orang lain untuk mendapatkan buku anda. Contoh contest yang telah saya lakukan pada akhir tahun 2016 yang lalu: Assalamualaikum & Selamat Pagi ...  Buat semua pembaca buku '7 Rahsia Tenang Menghadapi Ujian Hidup'. . . Sempena hari ke-84 terbitnya buku '7RTMUH', saya ingin berikan contest. Berikut adalah cara-caranya: #1 Selfie dengan buku '7RTMUH' #2 Buat ulasan, komen @ manfaat berkenaan dengan buku tersebut #3 Tag saya di FB berkenaan perkara 1&2 diatas. . . Tarikh mula: 23/12/2016 (Jumaat) Tarikh...

Mama Writerpreneur (5-24)

9 Tips Menulis Dari Hati 1) Banyak membaca, membaca dan membaca. Membaca meningkatkan perbendaharaan kata dan menambah ilmu. Selepas saya membuat keputusan untuk fokus dalam bidang penulisan, saya disiplinkan diri saya untuk membaca empat buah buku sebulan. Seminggu satu buku. 2) Banyakkan mendengar daripada bercakap. Kadang-kadang, seseorang mendatangi kita dan bercerita sesuatu perkara, kita boleh cuba menulis apa yang dia telah sampaikan. Contohnya, cerita si A, kehidupannya kini sudah tidak seperti dulu lagi, dulu sihat dan kaya. Kini, sakit dan miskin. Kita boleh mengolah satu penulisan, 'Hidup kita ini seperti roda, sekejap di atas, sekejap di bawah. Bila kita berada di atas, jangan lupa orang yang berada di bawah. Kerana, kita juga asalnya dari bawah. Ingatlah 5 perkara, sebelum datangnya 5 perkara'. Buat draf dulu, kemudian olah lagi ayat itu supaya lebih cantik. 3) Hati kena sentiasa bersih baru mudah kita mengeluarkan kata-kata yang penuh hikmah. 4...

Mama Writerpreneur (4-24)

Bagaimana untuk kekalkan motivasi untuk menulis hingga jadi buku? Ada masanya, kita jadi malas, tiada idea kemudian berhenti menulis. Sebab itu buku tidak siap-siap dari tahun ke tahun. Saya ada satu petua untuk terus menulis sampai jadi buku, Petuanya adalah, selalu ingat MATI. Mati itu pasti, sekarang cuba muhasabah diri, adakah kita sudah cukup bekalan hendak dibawa ke Sana nanti. Hidup di dunia ini adalah menanam sebanyak mana amalan dan di akhirat nanti untuk menuai. Apabila anak Adam mati, terputus segala amalan kecuali tiga perkara: 1) Sedekah jariah 2) Ilmu yang bermanfaat 3) Doa anak yang soleh Melalui buku, kita boleh mendapat pahala yang berterusan selepas kita mati. Namun, pastikan anda menulis buku yang bermanfaat kepada orang yang membacanya. Ia juga boleh menjadi sedekah jariah andai kita wakafkan buku kita ke masjid dan ke mana-mana tempat yang dirasakan perlu. Oleh kerana, kita tidak pernah tahu bila giliran kita dijemput untuk pulang menemui sang Pen...

Mama Writerpreneur (3-24)

Bagaimana seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak kecil boleh menulis 3 buku setahun? Berikut saya kongsikan 7 perkara penting untuk mula menulis: 1) Pengurusan masa yang baik 2) Menjadikan menulis itu satu tabiat, menulis setiap hari 3) Upgrade ilmu, cari sifu penulisan 4) Tambah sahabat di media sosial di kalangan penulis 5) Niat menulis itu baik 6) Merancang aktiviti setiap hari, asingkan antara tanggungjawab dan cita-cita 7) Sediakan dateline (ganttchart) Tulis sampai jadi: Buat cover buku yang ingin ditulis awal-awa; dan letak di tempat yang anda biasa lihat. War-warkan yang anda tengah menulis buku dan bakal terbit. Contoh: Iya bertujuan untuk menggerakkan minda bawah sedar anda untuk bergerak secara autopilot untuk mencapai impian anda untuk menjadi penulis. Ayuh, buat langkah pertama... Selamat Menulis..!!! Mama Writerpreneur

Mama Writerpreneur (2-24)

Afif 1st Day At School  Afif anak mama yang soleh,  Pagi tadi mama kejut bangun,  'abang, bangun, mandi, pergi sekolah' Afif liat sangat mau bangun, berat, nangis.  Lalu, mama bagitau, jom kita semua pergi sekolah. Adik alif, adik aqil, mama & papa, semua sekali pergi sekolah ikut afif.  . Barulah afif bangun mahu ke sekolah. . Sampai sekolah, sudah daftar. Afif masih dalam keadaan blur, rasa takut sebab tidak biasa lagi. Sampai mama ikut sekejap masuk dalam kelas temankan afif. . Kemudian, mama keluar, tengok saja dari tingkap beserta ibu-ibu yang lain. Afif masih blur, ada kawan-kawan yang lain nangis, afif tengok kiri kanan, semua kawan baru pertama kali jumpa. Tengok depan & belakang pun sama, tiada sorang pun afif kenal. Lalu, mama nampak afif nangis. Mengesat air mata, mama pun yang dari tadi tengok jatuh air mata juga. Mama tengok kawan mama di sebelah pun nangis juga tengok anak dia. . Masa tu, bila nampak afif nangis, mahu juga mama masuk ...

Mama Writerpreneur (1-24)

Pepatah ada mengatakan, Kita tidak mampu mengubah sejarah, Tetapi kita mampu CIPTA SEJARAH. Tahun 2016 yang telah berlalu, sejarah buat diri sendiri, jika sebelum ini aku yang cintakan buku, sudah lama ingin menulis buku tapi bayang buku pun tidak pernah nampak. Hanya impian, angan-angan tetapi bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, buku tidak ada pun. Hanya buku yang hampir penuh di rak buku rumahku. Gemar beli buku, ada juga hanya beli saja, sampai sekarang belum buka dan baca. Memasang azam ingin menulis buku sudah lama. Ia bertitik tolak dari kecintaanku terhadap buku. Tahun 2009, tertubuhnya blog ini yang kekal dengan tajuk 'Aku, Buku & Cinta'. Daripada pembaca tegar buku-buku motivasi, buku agama dan pembangunan diri, terdetik di hatiku ingin menulis buku sendiri. Langkah diambil, namun, 2014- Tiada buku 2015- Tiada buku 2016- Ada. Terbitnya buku pertama yang bertajuk '7 Rahsia Tenang Menghadapi ujian hidup' Bagaimana akhirnya aku berjaya Tu...