Skip to main content

Posts

Mama Writerpreneur (12-24)

Menulis dari HATI? Uruskan hati dengan baik Setiap hari yang kita lalui, satu ujian yang kita seringkali terlepas pandang dan tidak sedar adalah ujian bagi hati.  HATI, dalam sehari, ia berubah-ubah. Kadang-kadang, sebelah pagi kita tenang, damai dan gembira. Entah kenapa, tengahari, kita resah, risau. Sebelah petang, kita gembira semula dan sebelah malam pula terasa hendak marah sahaja.  Oleh itu, sebagai penulis, selain menguruskan masa untuk menulis. First thing first, uruskan hati yang selalu berbolak balik itu. Tulisan kita itu, lahirnya dari hati, andai hati kita tidak menentu, tulisan kita juga tidak menentu. Plot cerita berubah-ubah, untuk penulis novel, mungkin ada baiknya, kerana turun naik perasaan ketika membikin cerita itu penting. Namun, untuk penulis agama atau motivasi, hati tidak boleh hendak berubah-ubah, ia kena sentiasa berada di zon positif. Kita hendak mengajak orang lain ke arah kebaikan, memberi inspirasi dan motivasi. Sebelum kita mengubah orang...

Mama Writerpreneur (11-24)

7 Petua Mula Menulis? 1) Buat keputusan Hari ini, buat keputusan anda ingin menulis sehingga terbit buku pertama. Selagi anda tidak buat keputusan, buku tidak akan siap. Berani memulainya. 2) Sediakan dateline 3) Jadikan menulis itu satu tabiat, agar anda tidak rasa ia merupakan satu bebanan yang berat untuk dipikul. Cara membina tabiat menulis adalah disiplin menulis selama 21 hari, selepas itu anda akan terbiasa menulis sehingga jika tidak menulis satu hari anda gelisah, hari-hari kena buat, seperti mandi, hari-hari kena mandi, jika tidak mandi anda gelisah. 4) Wujudkan waktu menulis. Rancang bila anda ingin menulis. Bila ada anak-anak kecil, anda mungkin hanya dapat menulis ketika semua anak sudah tidur. Namun, anda masih boleh menulis bila-bila masa yang ada idea, contohnya ketika masak, ada idea, terus tulis dan sekiranya bermanfaat post di FB. Bergelar penulis dan surirumah, kena pandai mencuri. Opss, curi masa ya. 5) Untuk menghangatkan suasana menulis, kemaskan meja ...

Mama Writerpreneur (10-24)

RAHSIA MENULIS DARI HATI Menulis itu adalah cermin pada diri kita, maka bila kita up status di media sosial, cuba menggunakan perkataan-perkataan yang baik dan positif. Jika seseorang itu kita nampak reputasinya sangat hebat dan berjaya. Namun, andai dia suka menulis kata-kata negatif, mengeluh, menunjukkan dirinya seorang yang pendendam, orang lain sedikit demi sedikit akan menjauhinya. Kerana, status yang ditulis itu menunjukkan status hatinya. . Menulis itu, bila ia selari dengan hati, kita merasakan ianya lahir dengan semulajadi. Namun, bila kita cuba berpura-pura, lain di hati, lain di mulut, lain yang ditulis. Ia adalah satu bebanan. Oleh itu, jadilah diri sendiri. Bukan orang yang berpura-pura. . Ini soal HATI. . Setiap hari, cuba bersihkan hati. Pastikan hati sentiasa tenang dan damai. . Cari penawar bagi hati yang sakit, dengan MAAF dan MEMINTA MAAF. Cari damai bagi hati yang gelisah, dengan ZIKRULLAH, selalu ingat Allah SWT. . Mohon pada Allah, Dia-lah...

Mama Writerpreneur (9-24)

10 ALASAN KENAPA TERBIT BUKU SENDIRI? Hari ini, Sifu Penulisan Tuan Zamri Mohammad berkongsi mengenai Terbit Sendiri. Saya sangat alert bila sifu-sifu penulisan berkongsi mengenai Terbit Sendiri @ Self-Publish kerana buku pertama saya adalah terbit sendiri. Berikut saya kongsikan mengenai perkongsian mengenai perkara ini di Facebook beliau pada 7/1/2017. Kenapa ada yang mahu menulis dan menerbitkan sendiri buku mereka? Pertama, uji. “Saya tidak tahu sama ada penerbit mahu atau tidak buku ini. Maka saya terbitkan  dahulu dan melihat respon pembaca.” Kedua, ditolak “Manuskrip saya dahulu ditolak oleh penerbit. Maka saya mahu terbitkan sendiri dalam jumlah yang kecil.” Ketiga, cepat-cepat “Saya mahu ia terbit segera kerana sudah ada yang mahukan. Maka saya mahu terbitkan sedikit demi sedikit. Habis sahaja saya ulang cetak.” Keempat, lihat “Saya suka melihat ia dalam bentuk buku. Tidak mengapa, walaupun satu. Saya simpan naskhah ini. Lagi-lagi maklumat ini ...

Mama Writerpreneur (8-24)

Kisah Hari Sabtu ************** Sudah menjadi rutin selama tujuh hari di tahun baru ini, bangun seawal jam 4am. Cuba menanam tabiat ini di awal tahun, walau adakalanya sangat liat untuk bangun, tapi selalu baca dalam buku, jika mahu berjaya, kena bangun awal pagi. Bila sudah terbiasa, alarm clock sudah tidak diperlukan lagi. Sudah tentu, sang minda bawah sedar itu yang mengejutkan aku. Seusai tahajud, mengadu dengan yang Maha Mendengar, aku lantas membuka laptop dan membuat entry di blog, ini juga adalah satu cabaran pada diriku untuk menulis entry di blog yang sudah hampir dua tahun dilupakan. Bila suara azan Subuh kedengaran, aku segera tunaikan. Kata Ustaz, tunaikan solat di awal waktu. Kemudian, sambung kembali aktiviti menulis. Seronok menulis di awal subuh namun belum siap satu bab, anak kecil memecahkan kesunyian Subuh, tangisannya itu pastinya berbunyi begini. 'Mama, nak susu, mama, nak susu'. Aku menutup sahaja laptopku dan mendapatkan Aqil dan menyusukannya. ...

Mama Writerpreneur (7-24)

Tips pengurusan masa seorang 'Mama Writerpreneur' (Seorang ibu kepada 3 anak yang masih kecil menulis 3 buku setahun, menerbit dan menjualnya) Baik. Sebagai seorang surirumah sepenuh masa yang menulis, menerbit dan menjual, kejayaan besar yang berlaku pada tahun 2016 adalah siap 3 buku selama setahun. Buku pertama '7 Rahsia Tenang Menghadapi Ujian Hidup' - Terbit sendiri pada 1/10/2016 Buku kedua '365 Kata-kata Motivasi Untuk Ketenangan Hati dan Kedamaian Jiwa menuju Kejayaan (Diterima untuk terbit oleh Karya Bestari) Buku ketiga 'Ini Kisah Ayah' - Belum terbit Kejayaan besar itu walau orang lain mungkin nampak kecil, namun ia sangat signifikan dalam hidup ini. Kerana memegang buku sendiri sudah lama berada di alam angan-angan, bila sudah di alam nyata, memegang buku sendiri itu punya 'Kepuasan' yang sangat tinggi. Sehingga aku lupa kesan sampingan tatkala buku pertama terbit. Kesan sampingannya adalah: 1) Saya telah dijemput untuk me...

Mama Writerpreneur (6-24)

Tips mendapat 'Testimoni' buku Satu cara untuk kita menggumpul testimoni pembaca buku adalah dengan membuat 'contest'. Penulis sendiri kena buat contest ini agar dapat 'engagement' dengan pembaca. Persediaan adalah menyediakan hadiah yang berpatutan buat para pemenang. Anggaplah ia adalah sebagai perkongsian rezeki dan penghargaan kepada pembaca-pembaca buku anda. Di samping itu, testimoni yang diberikan, boleh mendorong orang lain untuk mendapatkan buku anda. Contoh contest yang telah saya lakukan pada akhir tahun 2016 yang lalu: Assalamualaikum & Selamat Pagi ...  Buat semua pembaca buku '7 Rahsia Tenang Menghadapi Ujian Hidup'. . . Sempena hari ke-84 terbitnya buku '7RTMUH', saya ingin berikan contest. Berikut adalah cara-caranya: #1 Selfie dengan buku '7RTMUH' #2 Buat ulasan, komen @ manfaat berkenaan dengan buku tersebut #3 Tag saya di FB berkenaan perkara 1&2 diatas. . . Tarikh mula: 23/12/2016 (Jumaat) Tarikh...

Mama Writerpreneur (5-24)

9 Tips Menulis Dari Hati 1) Banyak membaca, membaca dan membaca. Membaca meningkatkan perbendaharaan kata dan menambah ilmu. Selepas saya membuat keputusan untuk fokus dalam bidang penulisan, saya disiplinkan diri saya untuk membaca empat buah buku sebulan. Seminggu satu buku. 2) Banyakkan mendengar daripada bercakap. Kadang-kadang, seseorang mendatangi kita dan bercerita sesuatu perkara, kita boleh cuba menulis apa yang dia telah sampaikan. Contohnya, cerita si A, kehidupannya kini sudah tidak seperti dulu lagi, dulu sihat dan kaya. Kini, sakit dan miskin. Kita boleh mengolah satu penulisan, 'Hidup kita ini seperti roda, sekejap di atas, sekejap di bawah. Bila kita berada di atas, jangan lupa orang yang berada di bawah. Kerana, kita juga asalnya dari bawah. Ingatlah 5 perkara, sebelum datangnya 5 perkara'. Buat draf dulu, kemudian olah lagi ayat itu supaya lebih cantik. 3) Hati kena sentiasa bersih baru mudah kita mengeluarkan kata-kata yang penuh hikmah. 4...

Mama Writerpreneur (4-24)

Bagaimana untuk kekalkan motivasi untuk menulis hingga jadi buku? Ada masanya, kita jadi malas, tiada idea kemudian berhenti menulis. Sebab itu buku tidak siap-siap dari tahun ke tahun. Saya ada satu petua untuk terus menulis sampai jadi buku, Petuanya adalah, selalu ingat MATI. Mati itu pasti, sekarang cuba muhasabah diri, adakah kita sudah cukup bekalan hendak dibawa ke Sana nanti. Hidup di dunia ini adalah menanam sebanyak mana amalan dan di akhirat nanti untuk menuai. Apabila anak Adam mati, terputus segala amalan kecuali tiga perkara: 1) Sedekah jariah 2) Ilmu yang bermanfaat 3) Doa anak yang soleh Melalui buku, kita boleh mendapat pahala yang berterusan selepas kita mati. Namun, pastikan anda menulis buku yang bermanfaat kepada orang yang membacanya. Ia juga boleh menjadi sedekah jariah andai kita wakafkan buku kita ke masjid dan ke mana-mana tempat yang dirasakan perlu. Oleh kerana, kita tidak pernah tahu bila giliran kita dijemput untuk pulang menemui sang Pen...

Mama Writerpreneur (3-24)

Bagaimana seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak kecil boleh menulis 3 buku setahun? Berikut saya kongsikan 7 perkara penting untuk mula menulis: 1) Pengurusan masa yang baik 2) Menjadikan menulis itu satu tabiat, menulis setiap hari 3) Upgrade ilmu, cari sifu penulisan 4) Tambah sahabat di media sosial di kalangan penulis 5) Niat menulis itu baik 6) Merancang aktiviti setiap hari, asingkan antara tanggungjawab dan cita-cita 7) Sediakan dateline (ganttchart) Tulis sampai jadi: Buat cover buku yang ingin ditulis awal-awa; dan letak di tempat yang anda biasa lihat. War-warkan yang anda tengah menulis buku dan bakal terbit. Contoh: Iya bertujuan untuk menggerakkan minda bawah sedar anda untuk bergerak secara autopilot untuk mencapai impian anda untuk menjadi penulis. Ayuh, buat langkah pertama... Selamat Menulis..!!! Mama Writerpreneur

Mama Writerpreneur (2-24)

Afif 1st Day At School  Afif anak mama yang soleh,  Pagi tadi mama kejut bangun,  'abang, bangun, mandi, pergi sekolah' Afif liat sangat mau bangun, berat, nangis.  Lalu, mama bagitau, jom kita semua pergi sekolah. Adik alif, adik aqil, mama & papa, semua sekali pergi sekolah ikut afif.  . Barulah afif bangun mahu ke sekolah. . Sampai sekolah, sudah daftar. Afif masih dalam keadaan blur, rasa takut sebab tidak biasa lagi. Sampai mama ikut sekejap masuk dalam kelas temankan afif. . Kemudian, mama keluar, tengok saja dari tingkap beserta ibu-ibu yang lain. Afif masih blur, ada kawan-kawan yang lain nangis, afif tengok kiri kanan, semua kawan baru pertama kali jumpa. Tengok depan & belakang pun sama, tiada sorang pun afif kenal. Lalu, mama nampak afif nangis. Mengesat air mata, mama pun yang dari tadi tengok jatuh air mata juga. Mama tengok kawan mama di sebelah pun nangis juga tengok anak dia. . Masa tu, bila nampak afif nangis, mahu juga mama masuk ...

Mama Writerpreneur (1-24)

Pepatah ada mengatakan, Kita tidak mampu mengubah sejarah, Tetapi kita mampu CIPTA SEJARAH. Tahun 2016 yang telah berlalu, sejarah buat diri sendiri, jika sebelum ini aku yang cintakan buku, sudah lama ingin menulis buku tapi bayang buku pun tidak pernah nampak. Hanya impian, angan-angan tetapi bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, buku tidak ada pun. Hanya buku yang hampir penuh di rak buku rumahku. Gemar beli buku, ada juga hanya beli saja, sampai sekarang belum buka dan baca. Memasang azam ingin menulis buku sudah lama. Ia bertitik tolak dari kecintaanku terhadap buku. Tahun 2009, tertubuhnya blog ini yang kekal dengan tajuk 'Aku, Buku & Cinta'. Daripada pembaca tegar buku-buku motivasi, buku agama dan pembangunan diri, terdetik di hatiku ingin menulis buku sendiri. Langkah diambil, namun, 2014- Tiada buku 2015- Tiada buku 2016- Ada. Terbitnya buku pertama yang bertajuk '7 Rahsia Tenang Menghadapi ujian hidup' Bagaimana akhirnya aku berjaya Tu...

Bagaimana untuk TENANG menghadapi UJIAN HIDUP?

Sahabat, Tahukah anda, statistik menunjukkan sebanyak 5.8 juta rakyat Malaysia mengalami masalah tekanan (DEPRESI) (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2014). Menjelang tahun 2020, salah satu gangguan mental iaitu ‘KEMURUNGAN’ dijangka menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung. Di Sabah, seramai 12,400 pesakit  mendapatkan rawatan di Hospital Mesra Bukit Padang pada tahun 2010 dan angka ini meningkat seramai 16,000 pesakit pada tahun 2014 (HMBP, 2014). Tahukah anda, apakah punca Masalah Depresi? Menurut pakar psikologi, berikut adalah antara punca masalah depresi: 1)       Seseorang itu tidak mempunyai matlamat hidup 2)       Individu tidak dapat menguruskan emosi bila ditimpa ujian 3)       Individu yang tidak redha terhadap nasib diri 4)       Risau akan perkara-perkara yang belum tentu wujud 5)   ...

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Syukur Alhamdulillah,  Dengan IzinNya, Kita Bertemu Semula Dengan Bulan Mulia, Bulan Ramadhan Al-Mubarak..  Dengan Rendah Diri, Saya & Keluarga Ingin Memohon Maaf Atas Segala Kelemahan, Kesilapan & Kekhilafan.  Semoga Allah SWT Mempermudahkan Ibadah Puasa Kita Tahun Ini. Amin.  Sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh barakah, marilah kita sama-sama memperbetulkan semula niat kita. Agar perjalanan hidup kita sentiasa diberkati.