Skip to main content

Moreh

Sabtu lepas, giliran moreh di Masjid. Aku paling la exited bab2 masak memasak ni, terkena pula hari sabtu. Biasanya, belum puasa lagi, suda ada list yang dibuat oleh ajk masjid. Terfikir2 mau masak apa, tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya, buat mee basah ja. Tapi tahun ni, mo buat kelainan sedikit.

Berikut adalah menu2 yang dipilih untuk moreh, penyediaan untuk 100 orang...
1) Laksa Sarawak
2) Puding Karamel
3) Puding Triffle
4) Puding Kastad koktel

* saja2 buat puding byk2, mau cukupkan 100 orang jemaah, biar lebih jangan kurang :) *







Syukur, syukur, syukur.....

Popular posts from this blog

adik-adikku, Insya Allah B.O.L.E.H

Tahniah JAKIM dan RTM menjayakan program realiti yang dapat mencungkil bakat anak-anak Malaysia. Anak-anak Malaysia INSYA ALLAH BOLEH!! Kagum mendengar dan melihat kepetahan adik-adik finalis malam ini. Semuanya hebat!! Dengan diselang selikan dengan bacaan al-Quran dan Hadis, serta mesej yang amat baik sekali. Tahniah juga para murabbi yang mengajar mereka, tidak rugi mengikuti rancangan ini setiap minggu.. Lagu Tema Adik-adikku.. Adik-adik anak soleh, Adik-adik serba boleh, Adik-adik akhlak yang mulia, Senyum ceria semua orang suka. Berkasih sayang sesama insan, Taat Allah dan Rasul, Kasihkan ibu bapa. Beramal soleh di mana saja, Berjuang dan berkorban, Untuk agama... Adik-adikku, Insya A llah Boleh! ! Tahniah adik Muhammad Amirul Munir Azlin yang menjadi juara adik-adikku musim ke2. Persembahan istimewa dari Dato Siti Nurhaliza, Ketika cinta..!! Menambahkan seri pentas akhir adik-adikku..

Jalan-jalan di Pekan Ayer Hitam, Batu Pahat

Berkesempatan berjalan-jalan di Pekan Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor..BEST..!!!banyaknya anak-anak patung jual di sini. Murah pula tu, memang teruja la tgk barang2 kiut-miut yang dijual. Sesuai dengan cita rasa aku, yang sukakan barang2 yang kiut khususnya kaler pink..^^, umur:28 th beb...beli la juga patung bantal tu untuk dua orang adik yang sentiasa menantikan buah tangan dari kakak mereka ni. Selain tu, beli kerepek dan pelbagai perencah masakan di sini. Thanks a lot to, adik ain yang sudi bawa akak jalan2 kat cni. Next time, pasti tempat ni akan ku kunjungi lagi... Jom kita tgk2 gambar..!! ~fs~ 24 April 2010

AKIBAT DEPRESI

Keluarga dan Penjaga Terdedah kepada KEMURUNGAN. Itulah tajuk perbincangan di MHI tadi (15/3/2017). Saya tekun mendengar sebab ia adalah dalam niche penulisan saya. . Puan Hariyati Ariffin, ibu kepada seorang pesakit kemurungan berkongsi rasa di MHI tadi. Anak perempuannya yang kini berusia 35 tahun, menghidapi penyakit kemurungan sejak 11 tahun yang lalu. Pada peringkat awal, anak dia mempunyai simptom seperti tidak mahu bekerja, malas yang luar biasa, tidur di sebelah siang , dan berjaga di sebelah malam. . Puan Hariyati mengatakan kini anaknya itu telah pulih 80% dengan bantuan ubat psikiatri dari hospital, namun, masih malas. Tidak mengemaskan rumah, anti-sosial, hanya mengurung dirinya di bilik dan sangat sensitif. Sehingga anak bongsunya tidak boleh tinggal di rumah kerana anaknya yang sakit itu sangat cemburu. Terpaksa dicarikan rumah sewa yang lain agar anak bongsunya dapat belajar dengan tenang. . Puan Haryati masih bekerja, apabila dia balik kerja, cermin tingkap habis pec...