Skip to main content

Laksa Sarawak

Salam...
bulan2 puasa ni, rajin pula aku share resepi dkt blog ni, kali ni mau share resepi laksa sarawak. Kali pertama aku makan laksa sarawak ni masa di kuching bulan 5 tahun ni, taim tu melawat hubby di sana dalam 2 minggu juga la bercuti. Baru mo bercuti, afif pula kena demam dan batuk, sampai kena masuk wad di hari kedua kami di kuching, kesian hubby, 2 malam tidak tidur jaga afif.

Masa di Hospital, ada makcik yg jln2 menjual di wad tu bawa laksa sarawak, aku pun teringin mau mencuba, beli satu. Urmm...sedap juga, tengahari, hubby melawat bawa 2 bungkus laksa sarawak juga, tanpa diminta. Macam tau2 pula dia yg isterinya ni teringin banget mau makan laksa sarawak. Lepas dari situ, cari2 resepi then buat. Mula2 buat, alhamdulillah..menjadi, tapi kurang santan. Menurut hubby ler....bagi aku ok ja..hihi...kali kedua buat, PERFECT!! suda macam berada di bumi Sarawak, sedangkan di Sabah. Tidak perlu pening2 kepala memikirkan apa benda dalam tu, beli ja Pes Laksa Hj Manan, sudah tersedia, lengkap dan mudah.

Ok lah, ini adalah resepinya.
Credit to Mr Google dlm My Resepi. (Sumbangan Sherry Mz)

Bahan-bahan 

  • 400gram pes laksa Sarawak Hj Manan (2 bungkus)
  • 2 bungkus Bihun
  • 500gram udang basah
  • 3 ketul dada ayam
  • 500ml santan pekat (1 tin santan cream)
  • 8 biji telur ayam
  • 1 kiub pati ayam maggi
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam, gula & msg secukup rasa
  • BAHAN TAMBAHAN
  • 500gram tauge (i tukar kpd timun)
  • Daun ketumbar @ daun pudina (i guna daun sup)
  • Limau kasturi @ lemon
  • SAMBAL BELACAN
  • 15 biji cili padi/cabai burung (klu nk pedas lg boleh tambah)
  • Belacan Sarawak (@ lain2 negeripun boleh) (i guna belacan papar)
  • Sedikit air perahan limau@lemon
  • Garam & gula

Cara-cara

  1. Rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak & empuk. Angkat & carik2.
  2. Dalam air rebusan yg sama masukkan udang. Jgn biar lama sangat. Angkat & toskan.
  3. Dscn1326
    Air rebusan jgn buang, terus masukkan pes laksa sarawak ke dalamnya.
  4. Tunggu sehingga mendidih, masukkan santan pekat.
  5. Masukkan bahan2 perasa seperti kiub pati ayam, sos tiram, garam, gula & msg. Biar mendidih seketika.
  6. Sementara itu celurkan bihun & taugeh.
  7. Goreng dadar telur. Kemudian gulung & hiris nipis2.
  8. Untuk sambal belacan. Tumbuk cili dan belacan. Tambahkan garam, gula & perahan limau@lemon.
  9. CARA2 MENGHIDANG LAKSA SWK
  10. Ambil sedkikit bihun. Letak tauge, ayam yg telah dicarik, telur dadar yg telah dipotong, udang, daun ketumbar/pudina & sambal belacan. Sendukkan kuah laksa swk yg masih panas. Perah limau/lemon. Sedia untuk dimakan ketika panas2.
  11. Set lengkap hidangan laksa swk.








APA KATA MEREKA???


papa: Sedap (2x makan)
mami: sedap
hairiah (jiran + kawan): tq farra, merasa juga laksa sarawak walaupun di kk
hubby: waa....bertuah aku dapat isteri yang pandai masak, i tambah2 ja ni, manada hubby ku ckp gni, maybe dalam hatinya..masa ni hubby nun jauh di kuching sana. Tgk pin ni di fb ja.

Selamat Mencuba...
Yang ada di kk atau kawasan sekitarnya, mahu pes laksa sarawak ni, bole rojer, nnt i kirim kat hubby suh beli......

Popular posts from this blog

adik-adikku, Insya Allah B.O.L.E.H

Tahniah JAKIM dan RTM menjayakan program realiti yang dapat mencungkil bakat anak-anak Malaysia. Anak-anak Malaysia INSYA ALLAH BOLEH!! Kagum mendengar dan melihat kepetahan adik-adik finalis malam ini. Semuanya hebat!! Dengan diselang selikan dengan bacaan al-Quran dan Hadis, serta mesej yang amat baik sekali. Tahniah juga para murabbi yang mengajar mereka, tidak rugi mengikuti rancangan ini setiap minggu.. Lagu Tema Adik-adikku.. Adik-adik anak soleh, Adik-adik serba boleh, Adik-adik akhlak yang mulia, Senyum ceria semua orang suka. Berkasih sayang sesama insan, Taat Allah dan Rasul, Kasihkan ibu bapa. Beramal soleh di mana saja, Berjuang dan berkorban, Untuk agama... Adik-adikku, Insya A llah Boleh! ! Tahniah adik Muhammad Amirul Munir Azlin yang menjadi juara adik-adikku musim ke2. Persembahan istimewa dari Dato Siti Nurhaliza, Ketika cinta..!! Menambahkan seri pentas akhir adik-adikku..

AKIBAT DEPRESI

Keluarga dan Penjaga Terdedah kepada KEMURUNGAN. Itulah tajuk perbincangan di MHI tadi (15/3/2017). Saya tekun mendengar sebab ia adalah dalam niche penulisan saya. . Puan Hariyati Ariffin, ibu kepada seorang pesakit kemurungan berkongsi rasa di MHI tadi. Anak perempuannya yang kini berusia 35 tahun, menghidapi penyakit kemurungan sejak 11 tahun yang lalu. Pada peringkat awal, anak dia mempunyai simptom seperti tidak mahu bekerja, malas yang luar biasa, tidur di sebelah siang , dan berjaga di sebelah malam. . Puan Hariyati mengatakan kini anaknya itu telah pulih 80% dengan bantuan ubat psikiatri dari hospital, namun, masih malas. Tidak mengemaskan rumah, anti-sosial, hanya mengurung dirinya di bilik dan sangat sensitif. Sehingga anak bongsunya tidak boleh tinggal di rumah kerana anaknya yang sakit itu sangat cemburu. Terpaksa dicarikan rumah sewa yang lain agar anak bongsunya dapat belajar dengan tenang. . Puan Haryati masih bekerja, apabila dia balik kerja, cermin tingkap habis pec...

10 Cara TENANGKAN HATI Dalam Berusaha?

10 Cara Bagaimana Untuk TENANG Dalam Berusaha? #1 Jangan terlalu fikirkan hasil, tenang. Usaha. Bila kita tenang, aura lebih terserlah. Hargai usaha dan serah pada Allah swt. Hati kita dalam genggaman-Nya. #2 Bebaskan diri dari penghargaan manusia, jangan merasa hebat. Dia yang Maha Hebat yang menjadikan diri kita hebat.Jika kita niat untuk buat baik, Dia akan balas dengan kebaikan. InsyaAllah #3 Jangan terlalu rasa bersalah, ia akan melemahkan 'energy' kita. Taubat dan perbaiki kesilapan. #4 Kita tahu dunia ini tempat ujian, markahnya nanti di Padang Mahsyar. InsyaAllah, kita akan tenang kerana sentiasa ingat untuk mengumpul banyak bekalan untuk dibawa pulang ke tempat abadi. #5 Dunia bukan tempat berlumba, tetapi untuk melakukan yang terbaik. Bukan untuk fokus dicakap orang baik, tetapi perlu menjadi orang yang baik. Bukan sebab hendak tunjuk hebat tapi ia ibadah. Sentiasa periksa ketulusan dan keikhlasan hati. #6 Maksimakan ikhtiar. Atur strategi dan taub...