Skip to main content

My 'Research 2007-2009'





1st of all, aku ingin berceritera mengenai pengalaman dan suka dukaku menjalankan penyelidikan...Actually, aku ni wat kajian tentang antioksida dan antikanser terhadap halia (Zingiberaceae) yang ada di Borneo ni, khususnya di Sabah. Mula-mula aku masuk dalam hutan cari halia, pas tu bawa halia hutan tu ke makmal untuk dikaji. Tahukah anda? di dunia, terdapat sebanyak 1200 spesis halia..banyak kan..

Setelah spesis halia berkenaan diidentifikasi, sampel halia keringkan, diekstrak kemudian analisis antioksida dan antikanser. Kandungan nilai polifenol dalam sampel ekstrak di nilai terlebih dahulu. Polifenol merupakan kompaun yang kaya di dalam tumbuhan khususnya buah-buahan dan herba. Kompoun ini sangat berpotensi dan mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan manusia. Antioksida pula sangat penting untuk menghalang badan kita daripada kerosakan oleh radikal bebas. Radikal bebas boleh memyebabkan penyakit kronik seperti cancer, reumatism, jantung, diabetes dan banyak lagi.

Aku telah memulakan kajian ini sejak tahun 2006 lagi sewaktu projek tesis tahun akhir untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda..ketika itu hanya fokus kepada antioksida. Kemudian, aku telah meneruskan kajian ini selama 2 tahun iaitu pada 2007-2009..kajian makmalku telah siap dalam tempoh setahun setengah (3 semester) dan satu semester aku peruntukkan untuk writing tesis dan publish paper..Sebelum peringkat akhir tamat kajian, aku perlu melalui pembentangan yang dipanggil 'Viva Voce'. Ia dinilai oleh pemeriksa luar, pemeriksa dalam, dan ada beberapa orang ahli jawatankuasaPeringkat yang terakhir ini lah yang aku sedang nantikan sekarang..dan dengan itu, iya melayakkan aku memperolehi Ijazah Sarjana dalam Penyelidikan (Natural Product Chemistry). Dalam tempoh 2 tahun ini, aku telah membentangkan hasil kajian di beberapa acara dan karnival penyelidikan produk semulajadi kimia seperti Malaysian Technology Expo 2008, PWTC (Bronze medal awards), MSPP 2009, KL (oral presentation), Symposium IBTP 2009 (oral presentation) dan PEREKA 2009, UMS (poster presentation)..Iya kecil, tapi signifikan..

Ni nak berkongsi sedikit pasal bidang penyelidikan yang sangat menyeronokkan..banyak onak dan duri perlu ditempuhi..Pepatah ada menyatakan 'Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan'..apapun cabaran, harus ditempuhi dengan hati yang tenang..segala kesulitan pasti ada kesenangan di hari kemudian...'Good thing is not easy., never come down in your lap without a lot of effort'..bila buat penyelidikan, jangan cepat give up..kesabaran yang paling penting..membuat kerja berulang-ulang kali adalah perkara biasa dalam penyelidikan...aku pernah membuat beberapa aksi stunt di dalam hutan, mencari species halia..keluar masuk hutan, turun naik lembah dan lurah..bertarung dengan pacat yang nakal..tapi, species tidak jumpa..dalam lab, pernah ulang experimen sampai sebulan..tak dapat result..emm..tapi, alhamdulillah, segalanya kini menjadi kenangan manis buat diriku...

'Tinggikan semangat setinggi bintang di langit, rendahkan hati serendah mutiara di lautan'

Waallhualam bissawab...

Mendaki bukit 'Tawau Hills Parks' mencari halia


Salah satu spesis halia yang dikaji, Etlingera velutina. Terdapat di 'Crocker Range Parks', substesen Ulu Kimanis.

Cell culture lab, buat analisis anticancer..culture cancer cell

Memenangi 'Bronze medal awards' di MTE 2008




Comments

Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

AKIBAT DEPRESI

Keluarga dan Penjaga Terdedah kepada KEMURUNGAN. Itulah tajuk perbincangan di MHI tadi (15/3/2017). Saya tekun mendengar sebab ia adalah dalam niche penulisan saya. . Puan Hariyati Ariffin, ibu kepada seorang pesakit kemurungan berkongsi rasa di MHI tadi. Anak perempuannya yang kini berusia 35 tahun, menghidapi penyakit kemurungan sejak 11 tahun yang lalu. Pada peringkat awal, anak dia mempunyai simptom seperti tidak mahu bekerja, malas yang luar biasa, tidur di sebelah siang , dan berjaga di sebelah malam. . Puan Hariyati mengatakan kini anaknya itu telah pulih 80% dengan bantuan ubat psikiatri dari hospital, namun, masih malas. Tidak mengemaskan rumah, anti-sosial, hanya mengurung dirinya di bilik dan sangat sensitif. Sehingga anak bongsunya tidak boleh tinggal di rumah kerana anaknya yang sakit itu sangat cemburu. Terpaksa dicarikan rumah sewa yang lain agar anak bongsunya dapat belajar dengan tenang. . Puan Haryati masih bekerja, apabila dia balik kerja, cermin tingkap habis pec...

10 Cara TENANGKAN HATI Dalam Berusaha?

10 Cara Bagaimana Untuk TENANG Dalam Berusaha? #1 Jangan terlalu fikirkan hasil, tenang. Usaha. Bila kita tenang, aura lebih terserlah. Hargai usaha dan serah pada Allah swt. Hati kita dalam genggaman-Nya. #2 Bebaskan diri dari penghargaan manusia, jangan merasa hebat. Dia yang Maha Hebat yang menjadikan diri kita hebat.Jika kita niat untuk buat baik, Dia akan balas dengan kebaikan. InsyaAllah #3 Jangan terlalu rasa bersalah, ia akan melemahkan 'energy' kita. Taubat dan perbaiki kesilapan. #4 Kita tahu dunia ini tempat ujian, markahnya nanti di Padang Mahsyar. InsyaAllah, kita akan tenang kerana sentiasa ingat untuk mengumpul banyak bekalan untuk dibawa pulang ke tempat abadi. #5 Dunia bukan tempat berlumba, tetapi untuk melakukan yang terbaik. Bukan untuk fokus dicakap orang baik, tetapi perlu menjadi orang yang baik. Bukan sebab hendak tunjuk hebat tapi ia ibadah. Sentiasa periksa ketulusan dan keikhlasan hati. #6 Maksimakan ikhtiar. Atur strategi dan taub...