Skip to main content

8factHELP

Salam..hi..hi..mungkin ada yang tersesat masuk blog aku ni..terutamanya kepada pelanggan2 celcom..hehe..aku bukan nak berkongsi mengenai penggunaan talian celcom sebenarnya, memang anda tersilap..cuma aku tiada idea mo cari tajuk post aku..(ni adalah rentetan daripada ceta post aku sblm ni..)

Ni nak berkongsi dengan semua mengenai sebuah buku yang bertajuk 'Men are from Mars, Women are from venus'..buku yang ditulis oleh John Gray setebal 286 muka surat..ia adalah 'practical guide for improving communication and getting what you want in your relationships'..(malas da aku translate). Aku sudah lama beli buku ni, bulan Januari 2009 lagi..tapi baca tak habis dulu..Skrg baru cari balik buku ni, baca dan menghayati isi2nya..baru juga abis baca idea dan cetusan John Gray ni..


Untuk mengekalkan sesuatu perhubungan..fahamilah perbezaan lelaki dan perempuan..Dalam al-Quran sendiri ada dinyatakan 'Wanita adalah makhluk yang istimewa yang diciptakan daripada tulang yang bengkok'-maksudnya: wanita ni lemah lembut dan ber'emosi'..tidak macam lelaki, sentiasa rasional..kita ibarat daripada planet yang berbeza..Men-simple minded, tidak mahu minta bantuan oleh perempuan kerana tercabar kewibawaan, banyak berfikir dan kurang bercakap..Women-just opposite..

Banyak kesilapan2 lelaki pada pasangannya begitu juga dengan perempuan..perempuan suka menghalusi perkara2 yang kecik sebab fitrahnya diciptakan begitu..Cuba fahamkan perbezaan yang paling asas ni..

Apa perempuan (venusian) perlukan daripada lelaki:
1) Perhatian (caring)
2) Difahami (understanding)
3) Dihormati (respect)
4) Kasih sayang (devotion)
5) Disahkan (validation) (mcm nda ngam pla translation ni..maksudnya comfirmation la tu, kalau suka, katakan suka, tidaklah adinda ternanti2..wahai makhluk yang bernama lelaki, show la skit yang kasih sayang tu)
6) kata2 @ perbuatan yang yang menenangkan (reassurance) (kalau boleh cakaplah i lap u, i miss u..whateva tiap hari..perempuan suka tu..hehe)

Manakala, lelaki (Martian) pula perlukan:
1) Kepercayaan (trust)
2) Penerimaan (acceptance)
3) Penghargaan (appreciation) (lelaki pantang dikritik secara direct, ego sangat tinggi)
4) Dikagumi (admiration)
5) Diberi keizinan (approval)
6) Galakan (encouragement) (selalu beri galakan kepada pasangan)


Untuk sahabat2ku..

Terang bulan di pinggir kali, buaya timbul disangka mati, Jangan percaya sangat dengan lelaki, lain di mulut, lain dihati.

(Why 8factHELP : Carilah fakta2 yang betul dan pelajari perbezaan Martian and Venusian..berfikirlah sejenak..walaupun banyak perbezaan, carilah sedikit persamaan..'homogenety' kan hubungan.. Martian and Venusian perlu memahami perbezaan ini untuk mendapatkan titik pertemuan dan konflik tidak terjadi dalam perhubungan...HELP yourself and your relationship)

~fs~

Comments

BLUEDIANTHUS said…
Perempuan dan lelaki ada ciri keunikannya yang tersendiri..."Aku Buku & Cinta"...you're not alone farra...be strong...**huggggsss

Popular posts from this blog

Mama Writerpreneur (9-24)

10 ALASAN KENAPA TERBIT BUKU SENDIRI? Hari ini, Sifu Penulisan Tuan Zamri Mohammad berkongsi mengenai Terbit Sendiri. Saya sangat alert bila sifu-sifu penulisan berkongsi mengenai Terbit Sendiri @ Self-Publish kerana buku pertama saya adalah terbit sendiri. Berikut saya kongsikan mengenai perkongsian mengenai perkara ini di Facebook beliau pada 7/1/2017. Kenapa ada yang mahu menulis dan menerbitkan sendiri buku mereka? Pertama, uji. “Saya tidak tahu sama ada penerbit mahu atau tidak buku ini. Maka saya terbitkan  dahulu dan melihat respon pembaca.” Kedua, ditolak “Manuskrip saya dahulu ditolak oleh penerbit. Maka saya mahu terbitkan sendiri dalam jumlah yang kecil.” Ketiga, cepat-cepat “Saya mahu ia terbit segera kerana sudah ada yang mahukan. Maka saya mahu terbitkan sedikit demi sedikit. Habis sahaja saya ulang cetak.” Keempat, lihat “Saya suka melihat ia dalam bentuk buku. Tidak mengapa, walaupun satu. Saya simpan naskhah ini. Lagi-lagi maklumat ini ...

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

7 SEBAB KENAPA HATI TIDAK TENANG?

PERTAMA #KurangBersyukur Prinsip mendapat ketenangan dengan syukur: 1) Usah tunggu bahagia untuk kita bersyukur, tetapi bersyukur dahulu untuk dapat bahagia. 2) Usah tunggu banyaknya nikmat baru hendak bersyukur, tetapi bersyukurlah atas nikmat yang sedikit. Apabila kita bersyukur pada nikmat yang sedikit, Allah akan tambah nikmat. InsyaAllah. Kualiti jiwa adalah pada kualiti SYUKUR. Mengapa sukar untuk BERSYUKUR? #TersalahFokus Adakalanya: -Kita terlalu fokus pada apa yang tidak ada, tidak fokus pada apa yang telah ada. -Kita terlalu fokus pada kekurangan, bukan pada kelebihan. -Kita terlalu fokus pada nikmat, tidak fokus pada Pemberi Nikmat. Kerana tersalah fokus, kita lebih banyak mengeluh dari bersyukur. Hidup jadi tidak tenang kerana titik-titik penyakit hati makin menebal. Tekanan dari ujian hidup tidak dapat diuruskan dengan baik. Bersyukurlah! Terlalu banyak nikmat yang perlu disyukuri. Alhamdulillah. KEDUA #SukarMemaafkan Kajian dari pakar psikolo...