Skip to main content

8paxDELETE



Walau berat, aku terpaksa juga mendelete nombor ni..(0138.....9)..pada 27 Rejab bersamaan dengan hari Isra dan mikraj ni.. bukan delete terus dari phonebook..kalau delete pun, nombor tu masih berada dalam ingatan serebrumku..tapi delete 8pax ja..emm..kalau dulu, rancak bersms dgn dia, rancak bertelefon..tapi sekarang tidak lagi..kenapa?ntah..aku tidak mampu untuk menjawap soalan tersebut..soalan yang paling susah aku rasa untuk menjawabnya..soalan itu lebih susah daripada soalan peperiksaan matematik tambahan mahupun peperiksaan lesen memandu..aku hanya mampu berkata, 'mungkin tiada jodoh antara kami'..

okey..okey..kawal pernafasan..ceritanya bermula begini...aku kenal dia melalui kawan rapatku sejak sekolah rendah lagi..kawan aku tu kenal ngan dia ni sejak belajar tahun pertama di utm dulu..drg jumpa balik bila sama2 keja di Lembaga Letrik..so, aku yang suda 3 tahun single ni on ja la bercintan ngan dia..dia ni hormat orang tua dia, hormat ngan orang tua aku, bekerjaya, bijak memberikan pendapat,cool, caring dan mcm gentlemen la juga..kalau tidak, nda la dia datang gi airport taim aku mo fly gi UPM wat analisis selama 3 bulan .1st taim dia jumpa parent aku sana la di airport..bercerita betul dia ngan bapa aku yang garang tu..ceta punya ceta, rupanya bapa kami satu maktab taim amik kursus perguruan dulu tahun 1970-an la..bapa dia ni GB juga..durang saling mengenali..taim tu aku ingat dia ni my 'mr right'..banyak la lagi ke'gentlemen'an dia ni..yang paling aku suka, dia datang gi makmal aku dengan se'kontena' mee hoon berlaukkan telur mata lembu yang dia masak sendiri..huh, walaupun agak tawar..kurang garam..tapi aku rasakan mee hoon itu la yang paling sedap yang pernah aku rasa, mengalahkan mee hoon Uncle Bob..oh..indahnya..

Dipendekkan cerita, hubungan kami tidak berkekalan..terputus di tengah jalan..berpisah..tanpa pergaduhan..bercinta hanya 10 bulan..hanya berpisah melalui sms pada 10 Mei 2009..(mcm mo naik mahkamah syariah pula)..taim tu aku berada di KL untuk oral presentation pada satu conference..sehingga kini, tiada bersua muka..berbincang apa2 yang patut..hanya sms sekali dua..hanya kawan..

Itulah, 'Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan'..oh..bapa kami berdua..belum sempat kamu dipertemukan dengan sedikit slot 'jejak kasih' pada majlis2 tertentu..(fhm2 la yer,aku nda mo sebut)..anak2mu ini pula, sorang sudah ke timur, dan sorang sudah ke barat..bila sorang ja yang berpusing semula pada titik pertemuan, penyatuan kasih masih sukar untuk dicari...emm..apa dah jadi?

Aku tidak mahu mengulas panjang soal hal ini..ini adalah soal hati dan perasaan..hati yang terkunci oleh peti konkrit yang tidak bisa untuk cair..huh..apa ni?huahua....mungkin ada yang ingin bertanya..adakah ko tidak kecewa dengan perpisahan ini? aku menjawab..Ya..aku kecewa..!!berminggu juga ambik masa untuk pulih semula..satu keputusan yang drastik sebenarnya..kerja aku sedikit terganggu..eh, bukan sedikit..banyak..sebab saat itu adalah saat2 genting writing..dalam keadaan aku sebegitu, aku hantar juga tesis kepada supervisor pertamaku..setelah di semak..komennya adalah : 'I know you're tried your best to do chapter 5. But, i think you better redo it..at the moment, your discussion is in very bad state'..

Aku bangun semula untuk memperbaiki tesis ku..walau apapun terjadi,kena ingat 'Clock' dan 'Compass' (difahami oleh sesiapa yang membaca First Thing First, Stephen R.Covey). Taim aku baru dapat mood untuk writing correction, ada lagi pula problem baru..adikku sakit..sakit 'schizoprenia' setibanya balik dari Tanah Suci...oh..aku akur..aku pasrah..tanggungjawabku menjaga adik..dia ditahan di Wad selama seminggu..tidak dibenarkan melawat..hanya tuhan yang mengetahui perasaan ku ketika itu..kini, alhamdulillah, adikku sihat..walaupun untuk pulih sepenuhnya masih memakan masa...AKU?..aku survive juga..kalau tidak, aku pun sakit sama..masuk wad dekat Hospital Mesra juga..Nauzubillah..

Bingkisan semalam..

Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa amat berat hingga kita terduduk dan menanggis,
Peritnya terasa..tapi ketahuilah dan renungkanlah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak..lantaran ada langkah2 yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah menghadapinya dan ditetapkan iman..wallahualam..amin..

Akhirul kalam..
Sayangi lah diri..hargai diri..kerana dirimu itu begitu berharga..~FS~


Comments

KiTa_KaWaN said…
salam...aduhai..kisah cinta dunia ni memang amat menyakitkan..kadangkala, tarbiyyah hati ini sukar untuk diungkap dengan bicara mahupun kata-kata..memang sukar untuk bangkit dari lembaran kisah hidup yang sudah terkoyak dan tercalar....tapi, sebagai manusia yang bergelar insan, kita diberi suatu ketenangan tatkala dugaan itu hilang..beritahulah pada diri...biarkan kisah semalam tenggelam bersama dengan tenggelam matahari senja, yang membawa semua kedukaan bersamanya..bahawa mentari hari ini sedang tersenyum menanti senyum balas daripda kita...kan?
Farrawati Sabli said…
ya..betul2..thank's..;P

Popular posts from this blog

18.11.2011 Malam Berinai

Salam, Pada malam selepas majlis pernikahan, berlangsungnya majlis malam berinai. Ia kebudayaan Bajau Sama Kota Belud iaitu juga dipanggil malam 'mandi badak', maksudnya menepung tawar dan berinai agar menaikkan seri pengantin untuk bersanding keesokan hari. Ia berlangsung selepas Solat Isya'. Inilah pakaian suku kaum Bajau Sama di Kota Belud. Yg atas kepala dipanggil Serimpak. Berat ni!! My lovely mum 'menepung tawar' My captain, mengantuk ka tu? The little girl tu Nea n Wiwin, drg sporting sgt.. My Grandma My lovely dad Majlis diteruskan dengan acara kebudayaan iaitu Gambus dan bertitik, sampai jam 2pagi acara ni selesai.

Jalan-jalan di Pekan Ayer Hitam, Batu Pahat

Berkesempatan berjalan-jalan di Pekan Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor..BEST..!!!banyaknya anak-anak patung jual di sini. Murah pula tu, memang teruja la tgk barang2 kiut-miut yang dijual. Sesuai dengan cita rasa aku, yang sukakan barang2 yang kiut khususnya kaler pink..^^, umur:28 th beb...beli la juga patung bantal tu untuk dua orang adik yang sentiasa menantikan buah tangan dari kakak mereka ni. Selain tu, beli kerepek dan pelbagai perencah masakan di sini. Thanks a lot to, adik ain yang sudi bawa akak jalan2 kat cni. Next time, pasti tempat ni akan ku kunjungi lagi... Jom kita tgk2 gambar..!! ~fs~ 24 April 2010

adik-adikku, Insya Allah B.O.L.E.H

Tahniah JAKIM dan RTM menjayakan program realiti yang dapat mencungkil bakat anak-anak Malaysia. Anak-anak Malaysia INSYA ALLAH BOLEH!! Kagum mendengar dan melihat kepetahan adik-adik finalis malam ini. Semuanya hebat!! Dengan diselang selikan dengan bacaan al-Quran dan Hadis, serta mesej yang amat baik sekali. Tahniah juga para murabbi yang mengajar mereka, tidak rugi mengikuti rancangan ini setiap minggu.. Lagu Tema Adik-adikku.. Adik-adik anak soleh, Adik-adik serba boleh, Adik-adik akhlak yang mulia, Senyum ceria semua orang suka. Berkasih sayang sesama insan, Taat Allah dan Rasul, Kasihkan ibu bapa. Beramal soleh di mana saja, Berjuang dan berkorban, Untuk agama... Adik-adikku, Insya A llah Boleh! ! Tahniah adik Muhammad Amirul Munir Azlin yang menjadi juara adik-adikku musim ke2. Persembahan istimewa dari Dato Siti Nurhaliza, Ketika cinta..!! Menambahkan seri pentas akhir adik-adikku..