Skip to main content

Kau pergi jua...(M.F.J)

IBTP dikejutkan dengan seorang pensyarah yang bernama M.F.J (singkatan) yang dikejarkan ke Sabah Medical Centre (SMC) pada 20hb July 2009 yang lalu. Beliau dikhabarkan mengalami 'Lung Infection' selepas mengalami masalah kidney beberapa bulan yang lepas. Beliau dikejarkan ke SMC sebaik saja sampai dari Lahad Datu mengikuti satu fieldtrip. Beliau terus dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi di SMC. Keadaannya semakin hari semakin kritikal..hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan..maksimum drug..etc..

Pada 25hb July 2009, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 1.20pm di Wad Kecemasan SMC..S.E.D.I.H!!!sudah ketentuanNya..Tuhan lebih menyayanginya...
Allahyarham seorang yang happy go lucky, baik dan peramah..baru2 ini allahyarham menganjurkan satu Symposium Postgraduate's IBTP di mana semua Postgraduates student kena membentangkan penyelidikan masing2..rupanya itulah sumbangannya yang terakhir buat kami semua..

Kini hanya tinggal kenangan, aku teringat kata-kata arwah, Symposium ni akan diteruskan setiap dua tahun sekali..bagus untuk budak2 Postgraduate untuk memantapkan presentation before viva..ia juga adalah masa untuk semua orang (Pengarah, Pensyarah dan Pelajar) berkumpul, komen dan discuss apa2 masalah di field, lab dan yang sama waktu dengannya..

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, perpisahan yang amat menyakitkan adalah perpisahan antara hidup dan mati...Allahyarham Dr Mohd Fairus Abd Jalil (1973-2009), perjuanganmu membangunkan Pusat Kajian Primat Borneo di IBTP pasti akan diteruskan,..'Ya Allah, tempatkanlah beliau di kalangan orang-orang yang soleh'...Amin..Al-fatihah...!!

Comments

KiTa_KaWaN said…
benar..dunia ini hanyalah tempat bertemu sementara..dnia bukan tmpat untuk mencipta pertemuan kekal..bahkan perpisahan yang sebenarnya yang kita atur setiap kali kita bertemu dengan seseorang..oh betapa sakit apabila berpsah dengan insan yang istimewa di hati..tidak kiralah apa pun kedudukan dia di hati..betapa Allah tahu, nak tunjukkan pd kita bahawa hanya Dia sahaja yang kekal..dan beruntung bagi mereka yang sedar hakikat sebagai seoraNg hamba..yang hanya akan kekal di dunia mengikut garis waktu yang ditetapkan di luh Mahfuz..dan bagi kita yang masih lagi hidup...kena truskan perjuangan..sehingga nafas yang terakhir..mengadapNya...
BLUEDIANTHUS said…
semoga rohnya dicucuri rahmat...semoga keluarganya tabah menerima ketentuan Ilahi...

Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

AKIBAT DEPRESI

Keluarga dan Penjaga Terdedah kepada KEMURUNGAN. Itulah tajuk perbincangan di MHI tadi (15/3/2017). Saya tekun mendengar sebab ia adalah dalam niche penulisan saya. . Puan Hariyati Ariffin, ibu kepada seorang pesakit kemurungan berkongsi rasa di MHI tadi. Anak perempuannya yang kini berusia 35 tahun, menghidapi penyakit kemurungan sejak 11 tahun yang lalu. Pada peringkat awal, anak dia mempunyai simptom seperti tidak mahu bekerja, malas yang luar biasa, tidur di sebelah siang , dan berjaga di sebelah malam. . Puan Hariyati mengatakan kini anaknya itu telah pulih 80% dengan bantuan ubat psikiatri dari hospital, namun, masih malas. Tidak mengemaskan rumah, anti-sosial, hanya mengurung dirinya di bilik dan sangat sensitif. Sehingga anak bongsunya tidak boleh tinggal di rumah kerana anaknya yang sakit itu sangat cemburu. Terpaksa dicarikan rumah sewa yang lain agar anak bongsunya dapat belajar dengan tenang. . Puan Haryati masih bekerja, apabila dia balik kerja, cermin tingkap habis pec...

10 Cara TENANGKAN HATI Dalam Berusaha?

10 Cara Bagaimana Untuk TENANG Dalam Berusaha? #1 Jangan terlalu fikirkan hasil, tenang. Usaha. Bila kita tenang, aura lebih terserlah. Hargai usaha dan serah pada Allah swt. Hati kita dalam genggaman-Nya. #2 Bebaskan diri dari penghargaan manusia, jangan merasa hebat. Dia yang Maha Hebat yang menjadikan diri kita hebat.Jika kita niat untuk buat baik, Dia akan balas dengan kebaikan. InsyaAllah #3 Jangan terlalu rasa bersalah, ia akan melemahkan 'energy' kita. Taubat dan perbaiki kesilapan. #4 Kita tahu dunia ini tempat ujian, markahnya nanti di Padang Mahsyar. InsyaAllah, kita akan tenang kerana sentiasa ingat untuk mengumpul banyak bekalan untuk dibawa pulang ke tempat abadi. #5 Dunia bukan tempat berlumba, tetapi untuk melakukan yang terbaik. Bukan untuk fokus dicakap orang baik, tetapi perlu menjadi orang yang baik. Bukan sebab hendak tunjuk hebat tapi ia ibadah. Sentiasa periksa ketulusan dan keikhlasan hati. #6 Maksimakan ikhtiar. Atur strategi dan taub...