Skip to main content

Bersara Awal, Bersara Kaya

Buku terbaru yang aku baca bulan ogos ni ialah 'Retire Young Retire Rich', Robert T Kiyosaki. Bersara awal, bersara kaya. Sebenarnya sudah lama cari buku ni, selalu nama penulis disebut-sebut oleh penceramah motivasi kewangan yang aku dengar di YouTube. Penulis adalah seorang multibilionaire dimana, dia bermula daripada kosong dan berjaya mengembangkan empayar perniagaaannya ke seluruh dunia.

Apa yang aku amati daripada pembacaan buku ini adalah betapa pentingnya kita mendalami ilmu bila kita menceburkan diri dalam sesuatu bidang. Contohnya, Robert mempelajari ilmu kekayaan dari mentornya Rich Dad. Bagaimana dia menjadi seorang kaya yang luar biasa kerana dia ikut step orang yang telah berjaya, disamping ikut seminar untuk menambahkan ilmu. Dia juga menjadikan setiap masalah sebagai satu peluang untuk maju.

Kejayaan juga terhasil dengan kerjasama dari orang yang tersayang iaitu Kim, isteri beliau. Mereka bersama-sama mempelajari ilmu perniagaan dan pelaburan. Terdapat tiga kelas asas bagi aset;

1. Hartanah
2. Aset kertas
3. Perniagaan

Bagaimana mahu bersara awal, bersara kaya?
Kita perlu berhadapan dengan cabaran yang ditakuti oleh orang lain.


Adakah kita ingin kaya? Ingin hidup selesa, bebas dari hutang, bebas melancong, bebas membeli apa sahaja yang kita mahu, bebas membantu orang yang susah?

1. Kenal pasti fikiran yang kita tidak mahu, tukar kepada fikirkan perkara yang kita mahu.
2. Kenal pasti perkara yang kita tidak mahu, tuka kepada perasaan yang kita mahu.
3. Ambil tindakan, usah berhenti, perbetulkan mana yang perlu, sehinggalah kita dapat apa yang kita mahu, bukannya apa yang kita tidak mahu.

Apa jua keadaan kita sekarang, ambil masa bagi menghargai setiap detik yang berlalu. Sebabnya, apabila esok muncul, hari ini sudah menjadi kenangan.

Jom pelajari Ilmu Kewangan:








Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

Mama Writerpreneur (13-24)

MENULIS GAYA HAMKA Menurut HAMKA, tulisan yang lebih berharga ialah yang jujur, pendek dan terang. Jika panjang pun, ia ditulis dengan cara yang tidak membosankan. Tulisan yang lebih jitu sampai ke hati adalah tulisan yang benar-benar datangnya dari hati. Maka, hati jugalah yang menerimanya. Adapun, tulisan yang hanya datang dari hujung jari, perginya ke pelupuk mata si pembaca untuk menidurkannya. Pesan HAMKA lagi, kita haruslah menggunakan akal dengan saksama, ia seperti juga bermain olahraga juga. Perlu kepada latihan yang lama, dan kesungguhan yang tidak henti-henti. Orang yang berakal memandang ringan segala kesusahan, lumrah segala halangan yang menghambat tujuannya, sebab andai tujuan kita mulia, bertambah sulit untuk menempuhinya. Sebagai penulis, elakkan: -Merasa kagum pada diri sendiri -Bongkak dengan nama dan keturunan sehingga lupa menyelidiki di manakah kekurangan diri -Sukakan populariti Sumber: Falsafah Hidup, Hamka

7 SEBAB KENAPA HATI TIDAK TENANG?

PERTAMA #KurangBersyukur Prinsip mendapat ketenangan dengan syukur: 1) Usah tunggu bahagia untuk kita bersyukur, tetapi bersyukur dahulu untuk dapat bahagia. 2) Usah tunggu banyaknya nikmat baru hendak bersyukur, tetapi bersyukurlah atas nikmat yang sedikit. Apabila kita bersyukur pada nikmat yang sedikit, Allah akan tambah nikmat. InsyaAllah. Kualiti jiwa adalah pada kualiti SYUKUR. Mengapa sukar untuk BERSYUKUR? #TersalahFokus Adakalanya: -Kita terlalu fokus pada apa yang tidak ada, tidak fokus pada apa yang telah ada. -Kita terlalu fokus pada kekurangan, bukan pada kelebihan. -Kita terlalu fokus pada nikmat, tidak fokus pada Pemberi Nikmat. Kerana tersalah fokus, kita lebih banyak mengeluh dari bersyukur. Hidup jadi tidak tenang kerana titik-titik penyakit hati makin menebal. Tekanan dari ujian hidup tidak dapat diuruskan dengan baik. Bersyukurlah! Terlalu banyak nikmat yang perlu disyukuri. Alhamdulillah. KEDUA #SukarMemaafkan Kajian dari pakar psikolo...