Skip to main content

Aidilfitri 2013 di Tawau

Salam aidilfitri buat semua..
Bagaimana raya anda?harap semua dapat menyambutnya dengan penuh gembira dan sederhana. Tahun ni, aku beraya dengan suasana yang cukup baru buat diriku. Beraya dengan hubby, afif dan buat pertama kalinya beraya di rumah ibu mertua di Tawau. Seronok juga merasa berhari raya dengan keluarga mertua di tawau. Lebih2 lagi dengan kehadiran afif yg sudah berusia 11 bulan ketika ini. Bermacam2 ragam afif di hari raya. (tapi x dapat dinafikan, malam raya aku menangis teringat mama n daddyku serta adik beradik, uwaa)

Bila bercerita mengenai juadah hari raya, menu utama adalah 'SOTO JAWA' hasil air tangan embah widok (nenek mertua). Memang soto jawa embah ni sedap, belum ada tandingannya di mana2, (bagi diriku la, mungkin x pada orang lain). Tapi memang sedap, sampai aku minta embah buat lagi then aku belajar buat. Alhamdulillah, aku sudah tau caranya.....jeng..jeng..masa raya embah buat sampai 2 dandangan (periuk besar) dan aku makan entah berapa mangkuk, tidak terkira....hihihi....

ok2..cukup...biar gambar pula yang berbicara k...jom layan pic raya....













 Acara makan seisi keluarga selepas bersalam-salaman

 Ini la soto embah widok tu, letak sambal kicap yg pedas2..nyum, sedap...ayam digorang dan dicarik2.
 Yang ni pula Buras, makanan tradisi orang bugis sebenarnya, tapi ada juga ibu mertua buat sebab ramai paci saudara kawen dengan orang bugis. (Jawa + Bugis), aku dengan hubby pula (Jawa+Bajau). Macam2 resepi tradisi....
 Haa...yang ni pula, aku tidak ketinggalan buat resepi puding kastad kuah koktel, sebagai dessert di pagi raya. Lepas makan soto, pekena dessert ni sejuk2, ngam juga la...di samping amik hati mak mertua..hihi...

Pagi buat 2 mangkuk besar ni, petang buat lagi 2 mangkuk :)
Okei, sekian dulu pic raya hari raya pertama di Tawau.....
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

Mama Writerpreneur (13-24)

MENULIS GAYA HAMKA Menurut HAMKA, tulisan yang lebih berharga ialah yang jujur, pendek dan terang. Jika panjang pun, ia ditulis dengan cara yang tidak membosankan. Tulisan yang lebih jitu sampai ke hati adalah tulisan yang benar-benar datangnya dari hati. Maka, hati jugalah yang menerimanya. Adapun, tulisan yang hanya datang dari hujung jari, perginya ke pelupuk mata si pembaca untuk menidurkannya. Pesan HAMKA lagi, kita haruslah menggunakan akal dengan saksama, ia seperti juga bermain olahraga juga. Perlu kepada latihan yang lama, dan kesungguhan yang tidak henti-henti. Orang yang berakal memandang ringan segala kesusahan, lumrah segala halangan yang menghambat tujuannya, sebab andai tujuan kita mulia, bertambah sulit untuk menempuhinya. Sebagai penulis, elakkan: -Merasa kagum pada diri sendiri -Bongkak dengan nama dan keturunan sehingga lupa menyelidiki di manakah kekurangan diri -Sukakan populariti Sumber: Falsafah Hidup, Hamka

7 SEBAB KENAPA HATI TIDAK TENANG?

PERTAMA #KurangBersyukur Prinsip mendapat ketenangan dengan syukur: 1) Usah tunggu bahagia untuk kita bersyukur, tetapi bersyukur dahulu untuk dapat bahagia. 2) Usah tunggu banyaknya nikmat baru hendak bersyukur, tetapi bersyukurlah atas nikmat yang sedikit. Apabila kita bersyukur pada nikmat yang sedikit, Allah akan tambah nikmat. InsyaAllah. Kualiti jiwa adalah pada kualiti SYUKUR. Mengapa sukar untuk BERSYUKUR? #TersalahFokus Adakalanya: -Kita terlalu fokus pada apa yang tidak ada, tidak fokus pada apa yang telah ada. -Kita terlalu fokus pada kekurangan, bukan pada kelebihan. -Kita terlalu fokus pada nikmat, tidak fokus pada Pemberi Nikmat. Kerana tersalah fokus, kita lebih banyak mengeluh dari bersyukur. Hidup jadi tidak tenang kerana titik-titik penyakit hati makin menebal. Tekanan dari ujian hidup tidak dapat diuruskan dengan baik. Bersyukurlah! Terlalu banyak nikmat yang perlu disyukuri. Alhamdulillah. KEDUA #SukarMemaafkan Kajian dari pakar psikolo...