Skip to main content

Rezeki

Salam..

Bila berbicara mengenai rezeki, kadang2 ia datang dari pelbagai sudut yang kita tidak sangka. Sebagai contoh, memenangi lucky draw, 1st price motosikal, kereta dan macam-macam lagi. Ia kadang2 bergantung kepada nasib.

Dalam kesibukan menyiapkan persiapan kahwin bulan November yang lalu, My hubby ni tetap dengan minatnya mencari simcard, broadband, modem dan apa2 la yang sewaktu dengannya. Kalau berjalan2 di shopping kompleks, pantang nampak kedai telefon, mesti singgah walau seminit. Segan nak cakap, setakat ni nombor telepon hubby ada 9 kesemuanya. Maxis, celcom, tune talk, digi, happy etc. No. pula hampir2 sama, banyak digit 0. Broadband begitu juga, ada maxis, digi dan celcom. Hebat kan my dearest hubby,,Clap..clap..clap..aku cuba akan menyokong minat hubby ni selain daripada suka koleksi telefon antik, murah dan CSL duo sim seperti Nokia 3310, Nokia 3315, blueberry. Nnt ada rezeki kita buka kedai telefon ya sayang...hihi...

So, ni mau cakap mengenai REZEKI. Dalam mood yang berhoneymoon di Kuching, tiba-tiba ada panggilan telefon daripada KL. "Tahniah, anda telah berjaya memenangi Iconia Tab, bla bla bla...sila bagi no IC dan alamat". OK.

Masa tu, gembira pun tidak, terlalu mengharap pun tidak. Sebab tau la sekarang ni mcm2 jenis penipuan kan. Dalam hati, klu ada barang tu, ada lah...kalau tiada, tidak apa. Lebih kurang seminggu, barang itu pun sampai ke pejabat hubby. Ya Allah, happynya....hoorey...!! Dapat Acer Iconia Tab A500.. (Hadiah Kahwin kot..hihi).

Sebenarnya, hubby menang cabutan bertuah daripada Digi sebab meng'upgrade' broadband postpaid daripada 3GB ke 10GB iaitu daripada plan RM38 ke RM98. Dia saja upgrade sebab suka download macam2 dr Internet. So, tidak sangka pula dia yang dapat I-pad tu. Itulah, namanya rezeki. (Rezeki selepas kahwin kan mencurah2..amin..)


Alhamdullillah, Syukur Ya Allah..
Terima kasih :)








Comments

Farrawati Sabli said…
alhamdulillah...hadiah yang amat bermakna...
aniss blog said…
rezki honeymoon..bah jogo bana honeymoon a...

Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

AKIBAT DEPRESI

Keluarga dan Penjaga Terdedah kepada KEMURUNGAN. Itulah tajuk perbincangan di MHI tadi (15/3/2017). Saya tekun mendengar sebab ia adalah dalam niche penulisan saya. . Puan Hariyati Ariffin, ibu kepada seorang pesakit kemurungan berkongsi rasa di MHI tadi. Anak perempuannya yang kini berusia 35 tahun, menghidapi penyakit kemurungan sejak 11 tahun yang lalu. Pada peringkat awal, anak dia mempunyai simptom seperti tidak mahu bekerja, malas yang luar biasa, tidur di sebelah siang , dan berjaga di sebelah malam. . Puan Hariyati mengatakan kini anaknya itu telah pulih 80% dengan bantuan ubat psikiatri dari hospital, namun, masih malas. Tidak mengemaskan rumah, anti-sosial, hanya mengurung dirinya di bilik dan sangat sensitif. Sehingga anak bongsunya tidak boleh tinggal di rumah kerana anaknya yang sakit itu sangat cemburu. Terpaksa dicarikan rumah sewa yang lain agar anak bongsunya dapat belajar dengan tenang. . Puan Haryati masih bekerja, apabila dia balik kerja, cermin tingkap habis pec...

10 Cara TENANGKAN HATI Dalam Berusaha?

10 Cara Bagaimana Untuk TENANG Dalam Berusaha? #1 Jangan terlalu fikirkan hasil, tenang. Usaha. Bila kita tenang, aura lebih terserlah. Hargai usaha dan serah pada Allah swt. Hati kita dalam genggaman-Nya. #2 Bebaskan diri dari penghargaan manusia, jangan merasa hebat. Dia yang Maha Hebat yang menjadikan diri kita hebat.Jika kita niat untuk buat baik, Dia akan balas dengan kebaikan. InsyaAllah #3 Jangan terlalu rasa bersalah, ia akan melemahkan 'energy' kita. Taubat dan perbaiki kesilapan. #4 Kita tahu dunia ini tempat ujian, markahnya nanti di Padang Mahsyar. InsyaAllah, kita akan tenang kerana sentiasa ingat untuk mengumpul banyak bekalan untuk dibawa pulang ke tempat abadi. #5 Dunia bukan tempat berlumba, tetapi untuk melakukan yang terbaik. Bukan untuk fokus dicakap orang baik, tetapi perlu menjadi orang yang baik. Bukan sebab hendak tunjuk hebat tapi ia ibadah. Sentiasa periksa ketulusan dan keikhlasan hati. #6 Maksimakan ikhtiar. Atur strategi dan taub...