Skip to main content

Buatmu Serikandi Cinta Allah

Buatmu Serikandi Cinta Allah Assalammualaikum… “KEPADA SI MAWAR IDAMAN,KU DOAKAN KAU MEKAR DITAMAN,DIAKARI RASA BERTUHAN,DIHIASI HARUMAN AKHLAK DAN IMAN,KERANA ITULAH UKURAN JELITANYA SEORANG WANITA,WAHAI TEMAN….” Siapalah aku untuk menasihatkan dirimu “wanita akhir zaman” kerana aku jua sepertimu memiliki rasa yang sama dan fitrah semula jadi yang sama.Lemah lembutnya kita bukanlah diskriminasi PENCIPTA namun inilah tanda kasih sayangNya terhadap kita yang lemah… Namun dalam kelemahan ada kekuatan yang tidak mampu ditandingi kaum gagah Adam.Allah titipkan hati yang rapuh kepada kita lalu dikuatkannya dengan peringatanNya dari karya agung yang tiada tandingan iaitu Al-Qur’an.Lemahnya kita kerana tidak mampu ke medan jihad namun digantikan tempat yang tinggi buat kita kerana dari rahim-rahim wanita solehahlah lahirnya mujahid-mujahid dakwah perjuang agama yang Haq.. Benarlah kata pepatah “Tangan yang menghayun buaian mampu menggegarkan seluruh isi dunia”Diperkemaskan lagi dengan hadith Nabi SAW yang bermaksud: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya:”siapakah yang paling berhak untuk aku berbakti?”jawab baginda:”Ibumu!”tanya lelaki itu lagi :”kemudian siapa?”jawab baginda:”Ibumu!”tanya lelaki itu:”kemudian siapa?”jawab baginda :”Ibumu!”tanya lelaki itu lagi:”kemudian siapa?”jawab baginda:”kemudian itu,bapamu!”(HR.Bukhari) Namun ,tanpa kita sedari golongan kitalah yang paling ramai didalam neraka milik Allah…Inilah yang membuatkan terpanggilnya aku untuk berkongsi apa yang telah ku baca…kerana aku sendiri resah seandainya akulah salah seorang calon penghuni Neraka….kerana bukan mudah buat kita untuk menjadi Serikandi Cinta Allah tika kemodenan dan kepalsuan dunia membuatkan kita lemas didalamnya…. “Mampukah kita menjadi Serikandi Cinta Allah hari ini?”persoalan demi persoalan semua jawapannya ada pada kita berdasarkan panduan yang di tinggalkan oleh junjungan Besar kita Rasulullah SAW iaitu Al-Qur’an dan As-sunnah. Siapalah kita untuk mengharap syurga Allah,namun sanggupkah kita menerima azab NerakaNya??? Setiap mukminin pastinya menyimpan hasrat yang besar ini memiliki manisnya nikmat Syurga Allah kerana inilah fitrah insani.Rasulullah SAW telah menjelaskan tentang perkara ini dengan sabdanya: “Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah Fuqara (orang miskin) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita”(HR.Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain dari keduanya) Tetapi mengapa ??jika di cartakan pastinya jaguh penjara ataupun pusat serenti adalah lelaki,pembunuh,perogol dan lain-lain begitu sinonim dengan mereka.Adakah hukum Allah tidak adil?diskriminasikah undang-undang dunia?tepat sekali sepertimana yang di tegaskan oleh ulama yang bermaksud: “Manusia menghukumi secara zahir tetapi Allah menghakimi perkara yang tersembunyi”. Ditegaskan lagi dengan hadith nabi yang berbunyi:Daripada Abu Hurairah RA Berkata:Bersabda Rasulullah SAW,yang bermaksud:”Apabila seorang perempuan solat sehari semalam lima waktu dan berpuasa pada setiap Ramadhan dan memelihara farajnya dari fitnah dan mentaati suaminya nescaya dikata baginya di akhirat kelak :Masuklah kamu ke dalam Syurga dari mana-mana pintu Syurga yang kamu kehendaki”. Lihatlah,betapa mudahnya seorang wanita untuk memasuki syurga Allah berbanding lelaki,sedangkan wanitalah golongan minoriti di Syurga kelak.Janji Allah itu pasti dan benar. Dari Imran bin Husain dia berkata Nabi SAW bersabda:”Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita”.(HR.Muslim dan Ahmad) Maka menjadi kewajipan bagi kita untuk mengenal siapakah yang bakal menghuni neraka dan apakah ciri-ciri mereka supaya virus pemusnah ini tidak tercalit dalam diri kita.Berusahalah untuk menyuntik vaksin Al-Qur’an dan As-Sunnah agar dapat menyedut nyamannya Kasih Allah,masih belum terlewat bagi kita memperbaiki diri selagi nyawa belum sampai ke kerongkong,kerapkanlah mentadabbur ayat-ayat Allah mengenai neraka dan azab yang tersedia didalamnya. Firman Allah dalam Al-Qur’an: “Hai orang-orang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,penjaganya malaikat -malaikat yang kasar ,yang keras,yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”(At-Tahrim ayat :6) Dalam hadith lainnya,Rasulullah SAW menegaskan tentang sintom-sintom wanita penginap neraka,Baginda bersabda:”…..Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka ini telanjang,melenggak-lenggokkan kepala mereka ekrana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya,kepala mereka seakan-akan bonggol Unta.Mereka ini tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian”. Saudariku Serikandi Cinta Allah,hindarilah sintom-sintom ini,semoga Allah menyelamatkan kita dari neraka,jangan gusar menjadi wanita.Adunkan diri kita dengan hiasan wanita solehah yang digambarkan oleh baginda junjungan:”Dunia adalah perhiasan yang mempersonakan,dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah”. Ketahuilah wahai saudariku,jalan menuju syurga itu tidak dihiasi dengan kuntuman bunga,sebaliknya ditaburi dengan ranjau duri yang amat dasyat untuk diselami manusia…sedangkan jalan ke neraka ditaburi kesenangan dan keindahan palsunya duniawi.Namun dihujungnya pasti ada laba lumayan yang akan kau perolehi hasil membeli mahar tertinggi memiliki nikmat syurga yang abadi… Rasulullah SAW pernah mengingatkan satu amalan yang dapat menyelamatkan kaum wanita dari azab neraka,ketika baginda selesai khutbah hari raya yang terkandung didalamnya perintah untuk bertaqwa kepada Allah S.W.T dan anjuran untuk mentaatiNya.Bagindapun bangkit mendatangi kaum wanita,lantas menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda: “Bersedekahlah kalian! kerana kebanyakan kalian adalah kayu bakar jahanam!” maka berdirilah seorang wanita yang duduk diantara wanita -wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya,iapun bertanya:”Mengapa demikian, wahai Rasulullah? Baginda menjawab:”kerana kalian banyak mengeluh dan kalian kufur terhadap suami!”(HR. Bukhari) Saudariku Serikandi Cinta Allah,moga kita sama-sama dapat mengislah diri agar kita bukanlah calon isi neraka sebaiknya cuba membayar tingginya mahar SyurgaNya.Memang bukan mudah untuk menjadi Serikandi Cinta Allah di akhir zaman namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil..moga ada lagi pewaris Aisyah ..Fatimah, Khadijah.. di akhir zaman ini…peringatan ini jua buat diriku yyang selalu tersilap dalam percaturan kehidupan duniawi yang palsu ini…
wa Allah hu a’lam…

Comments

Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

AKIBAT DEPRESI

Keluarga dan Penjaga Terdedah kepada KEMURUNGAN. Itulah tajuk perbincangan di MHI tadi (15/3/2017). Saya tekun mendengar sebab ia adalah dalam niche penulisan saya. . Puan Hariyati Ariffin, ibu kepada seorang pesakit kemurungan berkongsi rasa di MHI tadi. Anak perempuannya yang kini berusia 35 tahun, menghidapi penyakit kemurungan sejak 11 tahun yang lalu. Pada peringkat awal, anak dia mempunyai simptom seperti tidak mahu bekerja, malas yang luar biasa, tidur di sebelah siang , dan berjaga di sebelah malam. . Puan Hariyati mengatakan kini anaknya itu telah pulih 80% dengan bantuan ubat psikiatri dari hospital, namun, masih malas. Tidak mengemaskan rumah, anti-sosial, hanya mengurung dirinya di bilik dan sangat sensitif. Sehingga anak bongsunya tidak boleh tinggal di rumah kerana anaknya yang sakit itu sangat cemburu. Terpaksa dicarikan rumah sewa yang lain agar anak bongsunya dapat belajar dengan tenang. . Puan Haryati masih bekerja, apabila dia balik kerja, cermin tingkap habis pec...

10 Cara TENANGKAN HATI Dalam Berusaha?

10 Cara Bagaimana Untuk TENANG Dalam Berusaha? #1 Jangan terlalu fikirkan hasil, tenang. Usaha. Bila kita tenang, aura lebih terserlah. Hargai usaha dan serah pada Allah swt. Hati kita dalam genggaman-Nya. #2 Bebaskan diri dari penghargaan manusia, jangan merasa hebat. Dia yang Maha Hebat yang menjadikan diri kita hebat.Jika kita niat untuk buat baik, Dia akan balas dengan kebaikan. InsyaAllah #3 Jangan terlalu rasa bersalah, ia akan melemahkan 'energy' kita. Taubat dan perbaiki kesilapan. #4 Kita tahu dunia ini tempat ujian, markahnya nanti di Padang Mahsyar. InsyaAllah, kita akan tenang kerana sentiasa ingat untuk mengumpul banyak bekalan untuk dibawa pulang ke tempat abadi. #5 Dunia bukan tempat berlumba, tetapi untuk melakukan yang terbaik. Bukan untuk fokus dicakap orang baik, tetapi perlu menjadi orang yang baik. Bukan sebab hendak tunjuk hebat tapi ia ibadah. Sentiasa periksa ketulusan dan keikhlasan hati. #6 Maksimakan ikhtiar. Atur strategi dan taub...