Skip to main content

Akhlak Muslimah yang patut dicontohi

Peribadi I
Rahmah (Isteri Nabi Ayyub) : Sabar
Ujian yang diberi oleh Allah kepada Nabi Ayyub merupakan suatu yg beraa dan tidak pasti akan ditempuhi dengan sabar oleh manusia seperti kita. namun kita boleh menjejak kisah Rahmah untuk melihat kekuatan dan kesabaran wanita ini dalam melayan dan menjaga suami tercinta yg dijangkitii penyakit .
Percubaan ke atas Nabi Ayyub ada 4 perkara :
1) habis harta bendanya
2) meninggal dunia semua anaknya
3) hancur badannya kecuali tekak dan anak mata
4) dijauhi oleh manusia selain isterinya bernama Rahmah.
Kesabaran Rahmah adalah menepati janji Allah ke atas mana-mana isteri yang sabar maka Allah akan memberikannya pahala sama dengan pahala Asiyah isteri Raja Firaun. Ketika Nabi Ayyub sakit, Rahmah merawatnya dengan sabar dan tidak berkeluh-kesah dengan ujian yang Allah timpakan kepada mereka berdua. Pernah satu ketika Rahmah mendokong Nabi Ayyub setelah dihalau oleh orang-orang di situ yg jijik melihat Nabi Ayyub dan takut jangkitan penyakit Nabi terkena pada mereka. Ketika itu darah dan nanah terkena bahu Rahmah, namun dia tetap sabar dan terus mencari tempat yg selamat untuk mereka berdua berlindung. Kesabaran Rahmah akhirnya Allah balas dengan mengembalikan kesihatan kepada Nabi Ayyub. Rahmah tetap menjadi isteri Nabi Ayyub sedangkan isteri Nabi Ayyub yang lain telah mengambil keputusan berpisah dengan Nabi Ayyub setelah tidak mampu menghadapi ujian yg Allah timpakan pada Nabi Ayyub.
Antara sifat yg wajar dicontohi oleh muslimat dari kesah Rahmah ini adalah :

merawat suami ketika sakit

menjaga makanan, minuman dan pakaian suami dengan sabar

tidak berkeluh kesah dengan ujian yang Allah berikan

dapat merasai hikmah di atas setiap ujian yg Allah berikan

tidak menghina dan memperlekehkan suami yg menghadapi masalah kewangan, kesihatan atau masalah-masalah lain

memberi semangat kepada suami (bertindak seperti kawan)
Peribadi II
Khadijah (Isteri Nabi Muhammad s.a.w) : Menjaga Rahsia
Kepulangan suaminya dari Gua Hira' selepas menerima wahyu pertama, telah menimbulkan tanda tanya di hati Siti Khadijah r.a. Segala yang diceritakan oleh suaminya mengenai pengalaman didatangi Malaikat Jibril, adalah rahsia besar yang tidak boleh diceritakan kepada orang lain. Sikap Khadijah ini memberi input yang baik kepada muslimat terutama yang bergelar isteri. Kadangkala kita dapati isteri-isteri tidak menjaga akhlak mereka dengan sibuk menceritakan hal keluarga termasuk bersifat peribadi dan rahsia.
Siti Khadijah meminta izin kepada suaminya untuk mengajukan persoalan kepada sepupunya iaitu Warkah bin Naufal. Orang yang dipilih oleh Siti Khadijah bukanlah sebarangan orang, Warkah seorang yang alim dan berpegang pada ajaran tauhid. Pengajaran di sini dalam menceritakan masalah atau mengajukan permasalahan kita untuk diselesaikan adalah dengan memilih orang yang sesuai. Kadangkala wanita menceritakan masalah mereka bukan untuk mengurang atau mencari penyelsaian terbaik, tetapi sekadar untuk melepaskan geram. Akibatnya suami kadangkala tahu keburukannya diceritakan oleh sang isteri kepada orang lain (disampaikan). Ini boleh memburukkan lagi keadaan antara suami isteri yang bermasalah tadi.
Khadijah dilihat sebagai seorang muslimah yang bijaksana dengan menceritakan peristiwa Nabi bersama Jibrail hanya kepada orang yang layak dan bukan sebarangan orang. Antara sifat atau akhlak terpuji yang dapat diikuti oleh muslimat dari Siti Khadijah adalah :-

Bersifat tenang dan boleh menenangkan orang lain

Tidak terburu-buru dan panik

Tidak mudah mempercayai orang lain dalam menceritakan hal yang bersifat rahsia

Pandai memilih orang untuk diadu permasalahan

Bersifat amanah

Meminta kebenaran dari suami hatta untuk perkara kebaikan

Sabar dalam menghadapi permasalahan suami
Selamat Menjejaki Jejak Siti Khadijah ...

Wanita Syurga

Maryam binti Imran
Allah s.w.t telah berfirman :
"Dan (sebutkanlah peristiwa) perempuan yang telah menjaga kehormatan dan kesuciannya; lalu kami tiupkan kepadanya daripada roh (ciptaan) Kami, dan Kami jadikan dia dan anaknya sebagai satu tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi umat manusia"
(Surah Al-Anbiya':ayat 91)
Maryam seorang anak yang suci dan bersih lahir dari perkahwinan Imran dan Hannah. Ketika Hannah sedang mengandungkan Maryam, Hannah telah bernazar yang mana tercatat dalam Al-Qur'an " Sesungguhnya aku nazarkan kepada Mu anak yang ada dalam kandunganku seorang yang bebas(daripada urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata)"
(Surah Ali Imran: ayat 35)
Hannah sebenarnya mengharapkan anak yang dikandung adalah lelaki, tetapi ketika lahir didapati bayi tersebut adalah perempuan. Maka ketika itu Hannah menghadapkan dirinya kepada Allah s.w.t , dicatatkan dalam Al-Quran
"Wahai Tuhanku sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang kuharap-harapkan adalah anak lelaki), dan memanglah tidak sama antara anak lelaki dan anak perempuan; dan sesungguhnya aku telah menamakan Maryam, dan aku perlindungkan dia dengan pemeliharaanMu, begitu juga zuriat keturunannya, daripada godaan syaitan yg kena rejam(yg dikutuk dan disingkirkan) (Surah Ali-Imran : ayat 36)
Allah tidak pernah mempersia-siakan permohonan hambaNya yang ikhlas dan penuh ketaqwaan Maryam dipelihara oleh Nabi Zakariya yang juga ayah kepada Nabi Yahya a.s. Maryam seorang wanita yang terpelihara dan sentiasa taat dalam beribadat kepada Allah s.w.t. Telah ditakdirkan Allah, Maryam mengandungkan seorang bayi tanpa seorang lelaki pun yang pernah menyentuh beliau. Begitulah kekuasaan Alah. Dia berkuasa memberikan anak kepada seorang wanita dan Dia jugalah yang berkuasa tidak mengurniakan anak hatta kepada seseorang wanita yang telah berkahwin.
Genap sembilan bulan Maryam melahirkan seorang bayi lelaki. Kaumnya menuduh Maryam melakukan perbuatan keji. Walaupun sekali lagi Allah memberi pertolongan dalam mengizinkan bayi itu sendiri yang bercakap, namun kaumnya masih tetap tidak mempercayai Maryam. Begitulah kerasnya hati manusia, kadangkala Allah bagi dalam bentuk yang nyata sekalipun mereka masih tetap tidak terbuka hati untuk menerima kebenaran dariNya.
Keisitimewaan Maryam sejak kecil sudah dijelaskan dalam Al-Quran. Seorang muslimah itu boleh mengikuti jejak hidup Maryam dengan menjadi orang yang taat beribadah, patuh dan memelihara diri dari melakukan maksiat. Wanita pada masa kini banyak terdedah kepada fitnah dengan menggabungkan diri mereka dalam suasana yang tidak soleh. Aktiviti maksiat dan gejala sosial yang kurang sehat adalah ruang-ruang untuk seseorang wanita terlibat dalam unsur maksiat. Kita melihat ramai wanita Islam terlibat dengan kerja-kerja seperti pendedahan tubuh dalam iklan, pergi ke konsert-konsert dan melibatkan diri dalam bidang nyanyian dan lakonan. Andainya budaya ini tidak dibendung akan nyatalah keburukan wanita di mata masyarakat dan semakin hilang rasa hormat masyarakat agama lain kepada wanita Islam yang kian jauh dari pegangan Islam itu sendiri.

Popular posts from this blog

18.11.2011 Malam Berinai

Salam, Pada malam selepas majlis pernikahan, berlangsungnya majlis malam berinai. Ia kebudayaan Bajau Sama Kota Belud iaitu juga dipanggil malam 'mandi badak', maksudnya menepung tawar dan berinai agar menaikkan seri pengantin untuk bersanding keesokan hari. Ia berlangsung selepas Solat Isya'. Inilah pakaian suku kaum Bajau Sama di Kota Belud. Yg atas kepala dipanggil Serimpak. Berat ni!! My lovely mum 'menepung tawar' My captain, mengantuk ka tu? The little girl tu Nea n Wiwin, drg sporting sgt.. My Grandma My lovely dad Majlis diteruskan dengan acara kebudayaan iaitu Gambus dan bertitik, sampai jam 2pagi acara ni selesai.

Jalan-jalan di Pekan Ayer Hitam, Batu Pahat

Berkesempatan berjalan-jalan di Pekan Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor..BEST..!!!banyaknya anak-anak patung jual di sini. Murah pula tu, memang teruja la tgk barang2 kiut-miut yang dijual. Sesuai dengan cita rasa aku, yang sukakan barang2 yang kiut khususnya kaler pink..^^, umur:28 th beb...beli la juga patung bantal tu untuk dua orang adik yang sentiasa menantikan buah tangan dari kakak mereka ni. Selain tu, beli kerepek dan pelbagai perencah masakan di sini. Thanks a lot to, adik ain yang sudi bawa akak jalan2 kat cni. Next time, pasti tempat ni akan ku kunjungi lagi... Jom kita tgk2 gambar..!! ~fs~ 24 April 2010

adik-adikku, Insya Allah B.O.L.E.H

Tahniah JAKIM dan RTM menjayakan program realiti yang dapat mencungkil bakat anak-anak Malaysia. Anak-anak Malaysia INSYA ALLAH BOLEH!! Kagum mendengar dan melihat kepetahan adik-adik finalis malam ini. Semuanya hebat!! Dengan diselang selikan dengan bacaan al-Quran dan Hadis, serta mesej yang amat baik sekali. Tahniah juga para murabbi yang mengajar mereka, tidak rugi mengikuti rancangan ini setiap minggu.. Lagu Tema Adik-adikku.. Adik-adik anak soleh, Adik-adik serba boleh, Adik-adik akhlak yang mulia, Senyum ceria semua orang suka. Berkasih sayang sesama insan, Taat Allah dan Rasul, Kasihkan ibu bapa. Beramal soleh di mana saja, Berjuang dan berkorban, Untuk agama... Adik-adikku, Insya A llah Boleh! ! Tahniah adik Muhammad Amirul Munir Azlin yang menjadi juara adik-adikku musim ke2. Persembahan istimewa dari Dato Siti Nurhaliza, Ketika cinta..!! Menambahkan seri pentas akhir adik-adikku..