Skip to main content

Memori Indah Bersama A.R

CAHAYA itu, merupakan cahaya hatiku yang tersuntik oleh semangatnya...kewibawaannya...kerajinannya..ketekunannya..dan kesabarannya...semoga CAHAYA itu mampu menerangi kegelapan..di mana aku tidak lagi terkapai2 di dalam kegelapan malam dan sentiasa diterangi oleh lampu neon yang indah. Dan, peraturannya sentiasa mengikut CAHAYA keimanan..Oh, A.R...kau IDOLAku....!!




Bila taip namanya di Google, results 1-10 of about 4,020 for her..(maybe around 70% belong of her name)
Namanya tidak asing lagi bagi bidang 'nutrition and science health'..banyak paper dan jurnal terbitannya menjadi rujukan utamaku..banyak juga awards yang telah diterimanya dan dia selalu juga menjadi invited speaker di mana2 Conferences. Dia juga memberikan aku peluang untuk aku menjalankan research ku di fakulti dia selama 3 bulan. Jasanya sangat besar bagiku..namanya juga aku senaraikan di antara orang2 yang sangat dihargai, dalam ACKNOWLEDGEMENT msc. aku.

Saat Indah bersama dia di Sabah, adalah saat kenangan manis buatku, yang pasti tidak akan aku lupakan..12/11/2009-13/11/2009.

12/11/2009
12.00 pm-Pick up her at KKIA
1.00 pm -Drives her to 'Le Meridien'
4.30 pm - Philipino Market (bila adik yg jual pearl tu bertanya, siapa ni ibu?anak ibu? A.R menjawap, iya..ini anak saya kat sini..(*aku tersipu2 malu..^__^)
8.00 pm - Dinner with her at Pak Din restorant, IKAN BAKAR fresh..nyum..nyum..with LATO and UMAI
9.00 pm - A.R juga menjemputku untuk tidur menemaninya di Le Meridien..yahoo...she's like my beloved mum, since her name share with my mum, and wife to Dr Mahathir.

Kesempatan ini, aku banyak bertanya padanya..dia tidak jemu2 menjawab sebarang pertanyaan aku..aku teringat pertemuan pertamaku dengan A.R pada tahun lepas di UPM..penuh debaran, segan, formal, takut dll.

13/11/2009
5.00 am- aku bangun sebaik sahaja mendengar laungan azan dari Surau di belakang Philipin market. Selesai menunaikan suruhanNya, aku menjenguk ke bawah, melihat lampu2 mentol para peniaga di pasar KK. Baru lah aku tahu, para peniaga di kk ni atau di mana2 saja memulakan operasi mereka seawal subuh di saat2 keenakan orang lain menikmati tidur di Subuh hari. Syabas kepada para peniaga di bawah sana, Sesungguhnya rezekiNya turun di waktu pagi..
8am -breakfast..makan banyak2..
10am-12am-stay di bilik, ceta2, tgk tv, rest2
1.00pm-Check out from Le Meridien, Singgah ke Pasar Ikan-Ikan kering, Prof A.R beli barang2 skit tuk di bawa balik
2.00 pm-A.R memulakan tugasnya di UMS iaitu sebagai External Examiner pada seorang pelajar master (research).
7.25 pm-Flightnya balik ke KL..(sekejapnya masa bersama dia, dia sangat best)


Dan dia adalah:



TERIMA KASIH PROF A.R
(12/11/2009-13/11/2009)


~fs~

Comments

Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

AKIBAT DEPRESI

Keluarga dan Penjaga Terdedah kepada KEMURUNGAN. Itulah tajuk perbincangan di MHI tadi (15/3/2017). Saya tekun mendengar sebab ia adalah dalam niche penulisan saya. . Puan Hariyati Ariffin, ibu kepada seorang pesakit kemurungan berkongsi rasa di MHI tadi. Anak perempuannya yang kini berusia 35 tahun, menghidapi penyakit kemurungan sejak 11 tahun yang lalu. Pada peringkat awal, anak dia mempunyai simptom seperti tidak mahu bekerja, malas yang luar biasa, tidur di sebelah siang , dan berjaga di sebelah malam. . Puan Hariyati mengatakan kini anaknya itu telah pulih 80% dengan bantuan ubat psikiatri dari hospital, namun, masih malas. Tidak mengemaskan rumah, anti-sosial, hanya mengurung dirinya di bilik dan sangat sensitif. Sehingga anak bongsunya tidak boleh tinggal di rumah kerana anaknya yang sakit itu sangat cemburu. Terpaksa dicarikan rumah sewa yang lain agar anak bongsunya dapat belajar dengan tenang. . Puan Haryati masih bekerja, apabila dia balik kerja, cermin tingkap habis pec...

Mama Writerpreneur (13-24)

MENULIS GAYA HAMKA Menurut HAMKA, tulisan yang lebih berharga ialah yang jujur, pendek dan terang. Jika panjang pun, ia ditulis dengan cara yang tidak membosankan. Tulisan yang lebih jitu sampai ke hati adalah tulisan yang benar-benar datangnya dari hati. Maka, hati jugalah yang menerimanya. Adapun, tulisan yang hanya datang dari hujung jari, perginya ke pelupuk mata si pembaca untuk menidurkannya. Pesan HAMKA lagi, kita haruslah menggunakan akal dengan saksama, ia seperti juga bermain olahraga juga. Perlu kepada latihan yang lama, dan kesungguhan yang tidak henti-henti. Orang yang berakal memandang ringan segala kesusahan, lumrah segala halangan yang menghambat tujuannya, sebab andai tujuan kita mulia, bertambah sulit untuk menempuhinya. Sebagai penulis, elakkan: -Merasa kagum pada diri sendiri -Bongkak dengan nama dan keturunan sehingga lupa menyelidiki di manakah kekurangan diri -Sukakan populariti Sumber: Falsafah Hidup, Hamka