Skip to main content

Tahniah..SABAH johan lagi..!!

30 Oktober 2009. Sekali lagi Kumpulan Nasyid dari Sabah menjadi johan pada Festival Nasyid Kebangsaan 2009 yang telah diadakan semalam di Dewan PICC, Putrajaya Kuala Lumpur.Kumpulan Nasyid Kategori Moden ini yang dinamakan Kumpulan Ziyaad telah berjaya membawa wang tunai sebanyak RM14,000 dan hadiah iringan lain setelah mendapat hadiah 78 peratus.

Selain itu, Sabah juga memenangi Lirik dan Lagu terbaik dengan hadiah masing-masing RM2,000. Manakala Cik Nurul Fadilah Noordin dari Sabah diumumkan sebagai penulis lirik dan lagu terbaik kebangsaan.

Bagi Kategori Tradisi kemenangan dibolot oleh Kumpulan Nasyid dari Sarawak dan memenangi semua kategori sebagaimana kemenangan Sabah. Kecuali persembahan terbaik dimiliki oleh Kumpulan Nasyid yang mewakili Kementerian Penerangan Malaysia.

Kumpulan Ziyaad (Belia dari Kg. Taun Gusi, Kota Belud)

Solo Kumpulan Riyaad (Mohd. Hafsyam Noordin)

Penulis Lirik dan Lagu terbaik Kebangsaan
(Nurul Fadzillah Noordin)

Gaya Juara..mendapat kemenangan yang berganda..

Tahniah..ILA..

(Copy dari Laman Blog Al-Ghazali)

Tahniah..!!

Kemenangan yang sememangnya dinanti oleh mereka dan seluruh ahli keluarga..

Buat mereka:

1) Nurul Fadzillah Noordin, Nurul Firdah Noordin, Mohd. Hafsyam Noordin dan Mohd. Ashraf Noordin (sepupu2 ku)..I'm so impress..teruskan perjuangan..jangan sia-sia kan bakat yang ada..

2) Buat pengiring2 ke PICC, Bu' Nanah, Bu' Yam, Ina Din, Ina Awang, Ina Sebih, Wan, Janet, Ukai, Andung, Nanis, Mira, Daniel..terima kasih kerana memberikan sokongan.

3) Buat Paci Noordin yang sedang menantikan kepulangan anak-anak Juara ini..Sabar lah menanti..nanti kita buat kenduri kesyukuran..Insyaallah..

4) Buat semua ahli keluarga, panjatkan kesyukuran..kita beri mereka ini sokongan agar mereka terus berjaya dalam bidang seni ini.

5) Jangan kita lupa pesanan Arwah Paci Kadri, yang sentiasa mendorong kita kepada kecemerlangan, tidak kira dalam apa bidang pun dan Alhamdulillah, Inspirasinya telah disahut oleh anak-anak dan anak-anak buah..terima kasih paci, sememangnya..aku masih tidak dapat melupakanmu..

~dari hati sanubariku..farra~


Comments

Popular posts from this blog

10 Cara TENANGKAN HATI Dalam Berusaha?

10 Cara Bagaimana Untuk TENANG Dalam Berusaha? #1 Jangan terlalu fikirkan hasil, tenang. Usaha. Bila kita tenang, aura lebih terserlah. Hargai usaha dan serah pada Allah swt. Hati kita dalam genggaman-Nya. #2 Bebaskan diri dari penghargaan manusia, jangan merasa hebat. Dia yang Maha Hebat yang menjadikan diri kita hebat.Jika kita niat untuk buat baik, Dia akan balas dengan kebaikan. InsyaAllah #3 Jangan terlalu rasa bersalah, ia akan melemahkan 'energy' kita. Taubat dan perbaiki kesilapan. #4 Kita tahu dunia ini tempat ujian, markahnya nanti di Padang Mahsyar. InsyaAllah, kita akan tenang kerana sentiasa ingat untuk mengumpul banyak bekalan untuk dibawa pulang ke tempat abadi. #5 Dunia bukan tempat berlumba, tetapi untuk melakukan yang terbaik. Bukan untuk fokus dicakap orang baik, tetapi perlu menjadi orang yang baik. Bukan sebab hendak tunjuk hebat tapi ia ibadah. Sentiasa periksa ketulusan dan keikhlasan hati. #6 Maksimakan ikhtiar. Atur strategi dan taub...

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

adik-adikku, Insya Allah B.O.L.E.H

Tahniah JAKIM dan RTM menjayakan program realiti yang dapat mencungkil bakat anak-anak Malaysia. Anak-anak Malaysia INSYA ALLAH BOLEH!! Kagum mendengar dan melihat kepetahan adik-adik finalis malam ini. Semuanya hebat!! Dengan diselang selikan dengan bacaan al-Quran dan Hadis, serta mesej yang amat baik sekali. Tahniah juga para murabbi yang mengajar mereka, tidak rugi mengikuti rancangan ini setiap minggu.. Lagu Tema Adik-adikku.. Adik-adik anak soleh, Adik-adik serba boleh, Adik-adik akhlak yang mulia, Senyum ceria semua orang suka. Berkasih sayang sesama insan, Taat Allah dan Rasul, Kasihkan ibu bapa. Beramal soleh di mana saja, Berjuang dan berkorban, Untuk agama... Adik-adikku, Insya A llah Boleh! ! Tahniah adik Muhammad Amirul Munir Azlin yang menjadi juara adik-adikku musim ke2. Persembahan istimewa dari Dato Siti Nurhaliza, Ketika cinta..!! Menambahkan seri pentas akhir adik-adikku..