16 Oktober 2009 bersamaan 27 Syawal 1430h, Majlis Rumah Terbuka UMS telah diadakan di perkarangan Dewan Canselori UMS. Semua Sekolah, Jabatan dan Institut telah membuka gerai masing2 bagi dikunjungi sesama sendiri iaitu pensyarah2, kakitangan dan pelajar. Datuk Kamarulzaman Hj Ampon iaitu Naib Canselor UMS sempat mengunjungi semua gerai pada majlis ini. Setiap gerai diadili dari segi makanan dan dekorasi. Ternyata, majlis ini dapat melahirkan perasaan yang gembira bagi semua. Diharap majlis seperti ini dapat diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang...~fs~ 


Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur. . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa. . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi. . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'. MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...
Comments