Skip to main content

Rekod Kesihatan Ibu

Salam,

Hari ini aku ke klinik untuk daftar kehamilan di klinik kerajaan. Lega bila sudah daftar buku rekod kesihatan ibu. Bukan sengaja melengahkan pendaftaran di klinik, tetapi masih menunggu sijil nikah dikeluarkan dari jaheins. Kandungan aku sekarang berusia 6 minggu, dimana perkiraan adalah bermula dari last period iaitu 23.11.2011. Jangkaan bersalin adalah 31.08.2012, hari merdeka tu cayang. Bestnya kalau lahir hari merdeka, tiap kali birthday, cuti umum. Tapi biasanya ini jangkaan sahaja, boleh jadi awal 2 minggu atau lewat 2 minggu. Aku tidak kisah semua tu, yang penting permata hati 'ayah bonda' lahir dengan selamat.

Bila timbang berat tadi, tidak sangka berat badan turun 1 kg. Sememangnya, 1st trimester yang aku sedang lalui ini, selera makan sangat berkurangan. Sepinggan nasi susah nak habis, terpaksa cari tempat makan lain selain dirumah. Kadang-kadang makan di rumah makcik ataupun di restoren. Walaubagaimanapun, aku kena gagahi jua, biar makan sedikit tetapi kerap. Inilah pengalaman menjadi ibu, syukur sangat aku diberi kesempatan untuk merasai betapa nikmatnya menjadi seorang ibu. Jangan ambil negatif segala kepayahan yang kita alami di awal kehamilan. Orang lain pun melaluinya malahan ada yang lebih teruk dari ini. Kita kena banyakkan bersabar melaluinya. Sentiasa berperasaan gembira walaupun sebenarnya, sukar juga melaluinya bagi pengalaman pertama ini sebab badan lemah sangat dan tidak bermaya.

At last, enjoy your pregnancy :)

Comments

Unknown said…
Mai dah dekat 7 minggu tapi belum register lagi hehe.. ingat nak gi minggu depan..

moga dipermudahkan...:)

Popular posts from this blog

adik-adikku, Insya Allah B.O.L.E.H

Tahniah JAKIM dan RTM menjayakan program realiti yang dapat mencungkil bakat anak-anak Malaysia. Anak-anak Malaysia INSYA ALLAH BOLEH!! Kagum mendengar dan melihat kepetahan adik-adik finalis malam ini. Semuanya hebat!! Dengan diselang selikan dengan bacaan al-Quran dan Hadis, serta mesej yang amat baik sekali. Tahniah juga para murabbi yang mengajar mereka, tidak rugi mengikuti rancangan ini setiap minggu.. Lagu Tema Adik-adikku.. Adik-adik anak soleh, Adik-adik serba boleh, Adik-adik akhlak yang mulia, Senyum ceria semua orang suka. Berkasih sayang sesama insan, Taat Allah dan Rasul, Kasihkan ibu bapa. Beramal soleh di mana saja, Berjuang dan berkorban, Untuk agama... Adik-adikku, Insya A llah Boleh! ! Tahniah adik Muhammad Amirul Munir Azlin yang menjadi juara adik-adikku musim ke2. Persembahan istimewa dari Dato Siti Nurhaliza, Ketika cinta..!! Menambahkan seri pentas akhir adik-adikku..

Jalan-jalan di Pekan Ayer Hitam, Batu Pahat

Berkesempatan berjalan-jalan di Pekan Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor..BEST..!!!banyaknya anak-anak patung jual di sini. Murah pula tu, memang teruja la tgk barang2 kiut-miut yang dijual. Sesuai dengan cita rasa aku, yang sukakan barang2 yang kiut khususnya kaler pink..^^, umur:28 th beb...beli la juga patung bantal tu untuk dua orang adik yang sentiasa menantikan buah tangan dari kakak mereka ni. Selain tu, beli kerepek dan pelbagai perencah masakan di sini. Thanks a lot to, adik ain yang sudi bawa akak jalan2 kat cni. Next time, pasti tempat ni akan ku kunjungi lagi... Jom kita tgk2 gambar..!! ~fs~ 24 April 2010

AKIBAT DEPRESI

Keluarga dan Penjaga Terdedah kepada KEMURUNGAN. Itulah tajuk perbincangan di MHI tadi (15/3/2017). Saya tekun mendengar sebab ia adalah dalam niche penulisan saya. . Puan Hariyati Ariffin, ibu kepada seorang pesakit kemurungan berkongsi rasa di MHI tadi. Anak perempuannya yang kini berusia 35 tahun, menghidapi penyakit kemurungan sejak 11 tahun yang lalu. Pada peringkat awal, anak dia mempunyai simptom seperti tidak mahu bekerja, malas yang luar biasa, tidur di sebelah siang , dan berjaga di sebelah malam. . Puan Hariyati mengatakan kini anaknya itu telah pulih 80% dengan bantuan ubat psikiatri dari hospital, namun, masih malas. Tidak mengemaskan rumah, anti-sosial, hanya mengurung dirinya di bilik dan sangat sensitif. Sehingga anak bongsunya tidak boleh tinggal di rumah kerana anaknya yang sakit itu sangat cemburu. Terpaksa dicarikan rumah sewa yang lain agar anak bongsunya dapat belajar dengan tenang. . Puan Haryati masih bekerja, apabila dia balik kerja, cermin tingkap habis pec...