Skip to main content

IBU, dirimu amat kusayangi


Ibu, di sebalik wajah mu yang ceria, aku tahu betapa besarnya dugaan yang ibu tanggung. Dapat aku rasakan duhai ibu. Sejak aku berusia 10 tahun lagi, ibu telah berbekalkan ubat-ubatan yang dimakan setiap pagi dan malam kerana menanggung penyakit 'schizoprenia'. Kini, ada ubat baru lagi yang ibu kena makan. Ibu menanggung penyakit 'asthma'. Ibu kena sentiasa menjaga makan dan minum dikala orang lain enak menikmati makanan. Jika ibu makan makanan yang pantang seperti buah tembikai, seafood dan air sejuk, pasti ibu tidak dapat melelapkan mata di malam hari kerana astma sehingga sukar untuk bernafas.

Ibu, Sabar lah...semuanya datang dari Nya. Hidup ini sentiasa diuji ibu. Itu juga tanda kecintaanNya pada kita. Agar kita sentiasa ingat padaNya. Walau bagaimanapun, disebaliknya, aku amat mengagumi kekuatan semangatmu duhai ibu. Senyumanmu tetap terpancar walau jarum suntikan kerap menusuk tanganmu.

Cerita bergambar:
16 April 2011- Ibu dibawa ke Hospital Kota Belud (wad kecemasan) kerana batuk, sesak nafas dan sukar tidur semalaman kerana asthma. Setelah 3 kali pam (1pm-4pm) dan menerima 1 suntikan, keadaan ibu masih sama. Dr yang bertugas di wad kecemasan ketika itu meminta agar ibu dimasukkan di wad untuk rawatan dan berehat.

17 April 2011- Ibu di Wad
18 April 2011- Ibu di Wad
19 April 2011- Alhamdulillah, ibu semakin pulih dan dibenarkan balik.

Ya Allah,
Kasihanilah ibuku, sepertimana dia mengasihi aku sejak 9 bulan aku di dalam perutnya sehingga ke hari ini.

Ya Allah,
Ringankanlah beban yang ibuku tanggung, berilah kekuatan kepadanya dan berilah kesabaran kepada ibuku.

Ya Allah,
Hanya kepadaMu aku meminta. Dan hanya kepadaMu aku berserah.

Amin, Ya Rabbal Alamin.

Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

AKIBAT DEPRESI

Keluarga dan Penjaga Terdedah kepada KEMURUNGAN. Itulah tajuk perbincangan di MHI tadi (15/3/2017). Saya tekun mendengar sebab ia adalah dalam niche penulisan saya. . Puan Hariyati Ariffin, ibu kepada seorang pesakit kemurungan berkongsi rasa di MHI tadi. Anak perempuannya yang kini berusia 35 tahun, menghidapi penyakit kemurungan sejak 11 tahun yang lalu. Pada peringkat awal, anak dia mempunyai simptom seperti tidak mahu bekerja, malas yang luar biasa, tidur di sebelah siang , dan berjaga di sebelah malam. . Puan Hariyati mengatakan kini anaknya itu telah pulih 80% dengan bantuan ubat psikiatri dari hospital, namun, masih malas. Tidak mengemaskan rumah, anti-sosial, hanya mengurung dirinya di bilik dan sangat sensitif. Sehingga anak bongsunya tidak boleh tinggal di rumah kerana anaknya yang sakit itu sangat cemburu. Terpaksa dicarikan rumah sewa yang lain agar anak bongsunya dapat belajar dengan tenang. . Puan Haryati masih bekerja, apabila dia balik kerja, cermin tingkap habis pec...

10 Cara TENANGKAN HATI Dalam Berusaha?

10 Cara Bagaimana Untuk TENANG Dalam Berusaha? #1 Jangan terlalu fikirkan hasil, tenang. Usaha. Bila kita tenang, aura lebih terserlah. Hargai usaha dan serah pada Allah swt. Hati kita dalam genggaman-Nya. #2 Bebaskan diri dari penghargaan manusia, jangan merasa hebat. Dia yang Maha Hebat yang menjadikan diri kita hebat.Jika kita niat untuk buat baik, Dia akan balas dengan kebaikan. InsyaAllah #3 Jangan terlalu rasa bersalah, ia akan melemahkan 'energy' kita. Taubat dan perbaiki kesilapan. #4 Kita tahu dunia ini tempat ujian, markahnya nanti di Padang Mahsyar. InsyaAllah, kita akan tenang kerana sentiasa ingat untuk mengumpul banyak bekalan untuk dibawa pulang ke tempat abadi. #5 Dunia bukan tempat berlumba, tetapi untuk melakukan yang terbaik. Bukan untuk fokus dicakap orang baik, tetapi perlu menjadi orang yang baik. Bukan sebab hendak tunjuk hebat tapi ia ibadah. Sentiasa periksa ketulusan dan keikhlasan hati. #6 Maksimakan ikhtiar. Atur strategi dan taub...