Skip to main content

melangkah...

'Dalam kita melangkah, terkadang kita diuji dengan ujian yang amat berat untuk kita tanggung, sehingga kita terduduk dan menangis, tetapi..ketahui la, bahawa Allah s.w.t ingin menjahit kembali sejadah keimanan kita yang sudah terkoyak lantaran kehendak duniawi'

'Mereka tidak akan menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah swt, tidak lesu dan tidak pula menyerah kepada musuh. Allah menyukai orang-orang yang ber SABAR" (Ali Imran:146)

'Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghadapi musuh-musuh ku di saat aku berjihad ke jalan Mu, sesungguhnya orang yang benar ada hak untuk berbicara'

Apa yang kita SEDIH kan ??
Jangan SEDIH selagi ada tauhid dan keimanan
Perbaiki amalan, banyakkan istighfar dan persiapkan bekalan

Milikilah KeBERANIan, KeSABARan dan KeTABAHan serta KeKUATan dalam memikul beban yang berat.

~Be Strong~
farra

Comments

Popular posts from this blog

adik-adikku, Insya Allah B.O.L.E.H

Tahniah JAKIM dan RTM menjayakan program realiti yang dapat mencungkil bakat anak-anak Malaysia. Anak-anak Malaysia INSYA ALLAH BOLEH!! Kagum mendengar dan melihat kepetahan adik-adik finalis malam ini. Semuanya hebat!! Dengan diselang selikan dengan bacaan al-Quran dan Hadis, serta mesej yang amat baik sekali. Tahniah juga para murabbi yang mengajar mereka, tidak rugi mengikuti rancangan ini setiap minggu.. Lagu Tema Adik-adikku.. Adik-adik anak soleh, Adik-adik serba boleh, Adik-adik akhlak yang mulia, Senyum ceria semua orang suka. Berkasih sayang sesama insan, Taat Allah dan Rasul, Kasihkan ibu bapa. Beramal soleh di mana saja, Berjuang dan berkorban, Untuk agama... Adik-adikku, Insya A llah Boleh! ! Tahniah adik Muhammad Amirul Munir Azlin yang menjadi juara adik-adikku musim ke2. Persembahan istimewa dari Dato Siti Nurhaliza, Ketika cinta..!! Menambahkan seri pentas akhir adik-adikku..

AKIBAT DEPRESI

Keluarga dan Penjaga Terdedah kepada KEMURUNGAN. Itulah tajuk perbincangan di MHI tadi (15/3/2017). Saya tekun mendengar sebab ia adalah dalam niche penulisan saya. . Puan Hariyati Ariffin, ibu kepada seorang pesakit kemurungan berkongsi rasa di MHI tadi. Anak perempuannya yang kini berusia 35 tahun, menghidapi penyakit kemurungan sejak 11 tahun yang lalu. Pada peringkat awal, anak dia mempunyai simptom seperti tidak mahu bekerja, malas yang luar biasa, tidur di sebelah siang , dan berjaga di sebelah malam. . Puan Hariyati mengatakan kini anaknya itu telah pulih 80% dengan bantuan ubat psikiatri dari hospital, namun, masih malas. Tidak mengemaskan rumah, anti-sosial, hanya mengurung dirinya di bilik dan sangat sensitif. Sehingga anak bongsunya tidak boleh tinggal di rumah kerana anaknya yang sakit itu sangat cemburu. Terpaksa dicarikan rumah sewa yang lain agar anak bongsunya dapat belajar dengan tenang. . Puan Haryati masih bekerja, apabila dia balik kerja, cermin tingkap habis pec...

18.11.2011 Malam Berinai

Salam, Pada malam selepas majlis pernikahan, berlangsungnya majlis malam berinai. Ia kebudayaan Bajau Sama Kota Belud iaitu juga dipanggil malam 'mandi badak', maksudnya menepung tawar dan berinai agar menaikkan seri pengantin untuk bersanding keesokan hari. Ia berlangsung selepas Solat Isya'. Inilah pakaian suku kaum Bajau Sama di Kota Belud. Yg atas kepala dipanggil Serimpak. Berat ni!! My lovely mum 'menepung tawar' My captain, mengantuk ka tu? The little girl tu Nea n Wiwin, drg sporting sgt.. My Grandma My lovely dad Majlis diteruskan dengan acara kebudayaan iaitu Gambus dan bertitik, sampai jam 2pagi acara ni selesai.