Skip to main content

finally, abg dapat surat transfer ke Sabah..!!!!

April 2014

adalah bulan kesedihan bagiku? Kenapa...?? tiba-tiba suamiku telefon dari ofis, ''Syg, ada berita yang tidak baik, abg dpt surat kursus 2 bulan di Johor, minggu depan abg kena pergi.."
me: WHAT..??? 2 bulan?? tapikan syg suda mahu bersalin ni, lagi 2 bulan syg bersalin, due 14/6/2014.
abg: ya, abg tahu syg, tapi abg sudah pernah minta penangguhan kursus ni masa syg mahu bersalin pertama dulu....blaa..bla...sabarlah syg, mungkin ada hikmah semua ni.....bla bla.....abg abis kursus 15/6/014.
me: (nangis)

Nangis sebab mengenang nasib tengah sarat mengandung tanpa suami di sisiku. Dan mungkin sehingga melahirkan.

4/4/2014
kami balik ke Sabah kerana suamiku akan ke Johor pada 6/4. Segalanya berlaku dengan keadaan yang kelam kabut.
Bila suamiku mula berkursus, satu keadaan sukar bagi kami dimana, tidak dapat bertelefon dengan bebas kerana telefon bimbit mereka disimpan oleh pihak urusetia. Suami akan menghubungi aku hanya pada hari jumaat dan sabtu menggunakan telefon awam di pusat latihan.

SEBULAN berlalu, bagai berTAHUN-TAHUN lamanya......
Ya Allah, Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini....
Ya Benar, kita sentiasa merancang, tetapi PERANCANGAN Allah itu adalah yang terBAIK!!!

5 MAY 2014
Mendapat mesej dr abg yang mengatakan dia dapat surat transfer ke Tuaran, Sabah dan sepatutnya lapor diri pd hari ini.

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah....
Finally, abg dapat transfer juga, hampir 3 tahun kmi berjauhan.
Ya Allah, sukar untuk aku gambarkan perasaan ketika itu, benar-benar Tuhan berikan rezeki ini pada masa yang sangat sesuai, aku yang bakal melahirkan anak kedua, dengan sambutan Ramadhan dan Syawal lagi. Sering kali juga aku fikirkan macamana keadaan kami jika masih berjauhan. Terima Kasih atas rezeki ini Ya Allah..

5/6/2014
Aku selamat melahirkan putera kedua Mohd Alif, walau tanpa suami disisi, aku tetap gembira dan bersyukur sebab habis sahaja suami kursus, tidak perlu lagi menjadi pasangan PJJ.

17/6/2014
Abg balik dari kursus, memberikan ciuman yang pertama buat anugerah terindah kami yang ketika itu sudah berusia 12 hari.

23/6/2014
Bermulanya rutin baru, abg mula bertugas di tempat baru, dengan suasana baru, persekitaran baru, staf baru, kawan baru dan, bos baru.

HOOREY, indahnya hidup ini.

Mutiara Kata:
'' Syukuri setiap kesulitan, kerana kadang kala kesulitan itu boleh membawa hasil yang lebih baik dari apa yang kita jangkakan"









Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

AKIBAT DEPRESI

Keluarga dan Penjaga Terdedah kepada KEMURUNGAN. Itulah tajuk perbincangan di MHI tadi (15/3/2017). Saya tekun mendengar sebab ia adalah dalam niche penulisan saya. . Puan Hariyati Ariffin, ibu kepada seorang pesakit kemurungan berkongsi rasa di MHI tadi. Anak perempuannya yang kini berusia 35 tahun, menghidapi penyakit kemurungan sejak 11 tahun yang lalu. Pada peringkat awal, anak dia mempunyai simptom seperti tidak mahu bekerja, malas yang luar biasa, tidur di sebelah siang , dan berjaga di sebelah malam. . Puan Hariyati mengatakan kini anaknya itu telah pulih 80% dengan bantuan ubat psikiatri dari hospital, namun, masih malas. Tidak mengemaskan rumah, anti-sosial, hanya mengurung dirinya di bilik dan sangat sensitif. Sehingga anak bongsunya tidak boleh tinggal di rumah kerana anaknya yang sakit itu sangat cemburu. Terpaksa dicarikan rumah sewa yang lain agar anak bongsunya dapat belajar dengan tenang. . Puan Haryati masih bekerja, apabila dia balik kerja, cermin tingkap habis pec...

10 Cara TENANGKAN HATI Dalam Berusaha?

10 Cara Bagaimana Untuk TENANG Dalam Berusaha? #1 Jangan terlalu fikirkan hasil, tenang. Usaha. Bila kita tenang, aura lebih terserlah. Hargai usaha dan serah pada Allah swt. Hati kita dalam genggaman-Nya. #2 Bebaskan diri dari penghargaan manusia, jangan merasa hebat. Dia yang Maha Hebat yang menjadikan diri kita hebat.Jika kita niat untuk buat baik, Dia akan balas dengan kebaikan. InsyaAllah #3 Jangan terlalu rasa bersalah, ia akan melemahkan 'energy' kita. Taubat dan perbaiki kesilapan. #4 Kita tahu dunia ini tempat ujian, markahnya nanti di Padang Mahsyar. InsyaAllah, kita akan tenang kerana sentiasa ingat untuk mengumpul banyak bekalan untuk dibawa pulang ke tempat abadi. #5 Dunia bukan tempat berlumba, tetapi untuk melakukan yang terbaik. Bukan untuk fokus dicakap orang baik, tetapi perlu menjadi orang yang baik. Bukan sebab hendak tunjuk hebat tapi ia ibadah. Sentiasa periksa ketulusan dan keikhlasan hati. #6 Maksimakan ikhtiar. Atur strategi dan taub...