Skip to main content

Saat kelahiran 'Mohd Afif'

Salam, 
Sudah lama tidak update blog ni, tup tup tajuk entry kali ni saat kelahiran putera sulungku suda. Mungkin kerana pelbagai kekangan masa akhir2 pregnant, so, mood berblog pun masa tu kurang. 

Sebenarnya, tarikh jangkaan bersalin adalah 31 Ogos 2012. Hari Merdeka!!! Tapi, didapati pada hari berkenaan tidak ada tanda2 hendak bersalin. Mungkin sebab anak pertama, agak lambat sikit. Sihat walafiat lagi dan sempat tengok perbarisan sempena hari merdeka di KK (depan hotel promenade), masa tu parent dari KB datang, mak mentua dari Tawau pun ada. Hubby? emm..direct cuti since raya lagi, menanti kehadiran our prince. 

Dipendekkan cerita, pada 3 September 2012 (pagi) aku dapati ada tanda yang jelas menunjukkan saat kelahiran putera sulungku tiba. Sakit perut dan darah !! Segera kejutkan suami dan kami ke hospital jam 3am. Sampai di hospital, periksa di bilik penilaian rahim dah buka 3cm dan boleh admit di wad kenanga 1. Sakit perut kian terasa, baring, duduk, mengiring, berjalan, semua serba tidak kena. Jam 11pm, dr cek lagi, sudah buka 5cm. Jam 11.50pm Dr pecahkan air ketuban dan aku di hantar ke labor room. 

Di labor room, CTG dipasang dekat perut. Makk aai, dah la perut sakit, pasang lagi benda ni, susah la bergerak. Bukaan baru 5cm, nak tunggu sampai 10cm berapa lama lagi agaknya..

pusing kiri, pusing kanan, pooh kiri, pooh kanan, zam zam ala kazam...10 JAM kemudian, baru bukaan mencapai 10cm, dah boleh meneran. Masa tu, energy low sangat, dah weak since last isi perut dgn  nasi adalah pukul 5 pm kelmarin. Sekarang sudah pukul 9 pagi, hampir 10 jam. Demi anakku, mama akan teruskan perjuangan. Push..push..go..go..lagi..(1 jam). Finally, lahirlah seorang putera dari rahimku yang aku kandungkan selama 9 bulan ke dunia. MOHAMMAD AFIF BIN ASMADI, 4 September 2012, 10.11 am,  3.1 kg, Hospital Likas. 






Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

10 Cara TENANGKAN HATI Dalam Berusaha?

10 Cara Bagaimana Untuk TENANG Dalam Berusaha? #1 Jangan terlalu fikirkan hasil, tenang. Usaha. Bila kita tenang, aura lebih terserlah. Hargai usaha dan serah pada Allah swt. Hati kita dalam genggaman-Nya. #2 Bebaskan diri dari penghargaan manusia, jangan merasa hebat. Dia yang Maha Hebat yang menjadikan diri kita hebat.Jika kita niat untuk buat baik, Dia akan balas dengan kebaikan. InsyaAllah #3 Jangan terlalu rasa bersalah, ia akan melemahkan 'energy' kita. Taubat dan perbaiki kesilapan. #4 Kita tahu dunia ini tempat ujian, markahnya nanti di Padang Mahsyar. InsyaAllah, kita akan tenang kerana sentiasa ingat untuk mengumpul banyak bekalan untuk dibawa pulang ke tempat abadi. #5 Dunia bukan tempat berlumba, tetapi untuk melakukan yang terbaik. Bukan untuk fokus dicakap orang baik, tetapi perlu menjadi orang yang baik. Bukan sebab hendak tunjuk hebat tapi ia ibadah. Sentiasa periksa ketulusan dan keikhlasan hati. #6 Maksimakan ikhtiar. Atur strategi dan taub...

adik-adikku, Insya Allah B.O.L.E.H

Tahniah JAKIM dan RTM menjayakan program realiti yang dapat mencungkil bakat anak-anak Malaysia. Anak-anak Malaysia INSYA ALLAH BOLEH!! Kagum mendengar dan melihat kepetahan adik-adik finalis malam ini. Semuanya hebat!! Dengan diselang selikan dengan bacaan al-Quran dan Hadis, serta mesej yang amat baik sekali. Tahniah juga para murabbi yang mengajar mereka, tidak rugi mengikuti rancangan ini setiap minggu.. Lagu Tema Adik-adikku.. Adik-adik anak soleh, Adik-adik serba boleh, Adik-adik akhlak yang mulia, Senyum ceria semua orang suka. Berkasih sayang sesama insan, Taat Allah dan Rasul, Kasihkan ibu bapa. Beramal soleh di mana saja, Berjuang dan berkorban, Untuk agama... Adik-adikku, Insya A llah Boleh! ! Tahniah adik Muhammad Amirul Munir Azlin yang menjadi juara adik-adikku musim ke2. Persembahan istimewa dari Dato Siti Nurhaliza, Ketika cinta..!! Menambahkan seri pentas akhir adik-adikku..