Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

Mum To Be!!

Salam, Mungkin masih terlalu awal untuk announce pasal berita baik mengenai 'Mum To Be' di FB. Emm...cuma kadang-kadang kita manusia biasa ni perlukan perkongsian dengan orang lain samada berita gembira mahupun berita sedih. Dalam bahasa Inggeris 'Sharing is Caring'. Kata orang tua2, aku ni bunting pelamin. Sebab dengan izinNya, rezeki dan kurniaanNya ini mudah saja Dia bagi. Alhamdulillah..Syukran Ya Rabb.. Untuk pengalaman yang pertama ini, aku cuba cari tip-tip mengenai apapun yang berkaitan dengan kehamilan. Peringatan buat diri sendiri, Besederhana sahaja, jangan terlalu exited sehingga mengabaikan soal penjagaan diri. Berikut adalah tip yang dicopy dari byk blog yang memberikan banyak tips penjagaan diri di awal kehamilan. Yang perlu dielakan semasa kehamilan : 1) Aspirin merupakan sejenis ubat yang akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, ini akan mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi. 2)Alkohol - ia akan meracun sel-sel...

AZAM 2012

Salam, Dihari terakhirdi tahun 2011 ni, marilah kita memasang azam baru, dengan sentiasa memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam diri. Sentiasa muhasabah diri, berfikiran positif, menjadi hamba yang bersyukur dan bersabar serta tidak lupa memohon doa daripada Allah SWT. Semoga tahun hadapan menjadi lebih baik dari tahun ini. Mohonlah apa sahaja daripadaNya, sesungguhnya Dia maha Mendengar. Apa sahaja IMPIAN anda, inyaallah akan tercapai kelak dengan; DOA : -Berkomunikasi terus dengan Allah S.W.T -Sumber kekuatan dan tenaga -Pohon pada-Nya apa jua keingina yang positif dalam hidup. SYUKUR : -Sentiasa hidupkan rasa syukur dalam hati agar dapat menikmati kebahagiaan dan ketenangan. -Bersyukurlah, Allah SWT akan gandakan nikmatnya nanti. -Yakin diri dengan Allah SWT bahawa segala rezeki adalah datang dariNya. SABAR : - Ia membolehkan kita mampu menempuh segala cabaran dalam hidup. -Bila sabar lekat dihati, tidak perlu risau apa jua penghalangdi hadapan. - Tidak perl...

tentang dhia

berakhir sudah cerita tentang dhia, percintaan yang penuh dengan dugaan, ujian dan pengorbanan. Very sad ending..zikir dan dhia meninggal sama2.

syukur alhamdulillah :-)

Salam keceriaan buat semua...:-) semoga sihat hendaknya, (mcm tulis karangan surat x rasmi pula, hihi). Sebenarnya nak berkongsi sedikit pasal kisah suka sejak dua menjak ni. Entahlah, akhir2 ni..aku banyak sgt songeh..mau mkn durian la..mkn nasi ayam penyet la, mcm2 lagi lah..my Mr hubby nasib baik la rajin melayan karenah si isteri ni. Sudah tu, pening2, mual2 & sbgnya. Period pun dah agak lewat 3 hari. Ehemm...apa ni?Korang dpt teka ka simptom apa? Ok la..disebabkan oleh beberapa perkara ini dan kebarangkalian yang ingin dijawab, sabtu lepas bawa la hubby ke farmasi beli fregnancy test. Sampai rumah, tidak la cek terus. Tunggu lagi keesokan hari, test punya test, double line..means positif..emm...agaknya la..^_* Then, hubby bawa la ke klinik. Ya lah, tiada pengalaman kan disamping mahukan confirmation daripada   Dr.  ''Tahniah, puan..kamu disahkan hamil". apapun, syukur sangat2 Ya Allah atas kurniaan ini.

Penyebab Keresahan

Penyebab keresahan dalam hidup manusia menurut pandangan Islam sangat banyak tetapi yang menjadi punca utama ialah :- 1) Tidak adanya iman atau lemahnya iman seseorang. 2) Percampuran antara iman dan syirik. 3) Kurangnya kesedaran bahawa dalam usaha manusia ada ketentuan Allah yang Maha Berkuasa. Manusia hanya sebagai makhluk yang diciptakan dan berada dalam kekuasaanNya. Firman Allah Ertinya : "Dan kepunyaan-Nyalah apa-apa yang di langit dan di bumi, semua makhluk tunduk kepadaNya" (Surah al-Rum : 26) 4) Umat Islam kurang menghayati dan mengamalkan kehidupan berumah tangga berlandaskan ajaran Islam. 5) Ibu bapa atau penjaga kurang memberi perhatian ilmu pengetahuan dan pendidikan keagamaan kepada anak di samping ilmu pengetahuan yang lain. 6) Kebebasan dalam pergaulan tanpa didasari dengan keimanan sehingga boleh mempengaruhi manusia melakukan perkara yang haram mengikut hukum syarak. 7) Manusia terlalu membanggakan ilmu pengetahuan hasil daripada pemikiran akal manusia ta...

Hakikat seorang 'Wanita'

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia. Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana dari situla...

Cinta Sejati, Cinta Hakiki

........ Cinta Sejati Cinta Hakiki ........... Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi. Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana . Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia. Sebaliknya bercinta dengan Allah,Tuhan yang Maha Pencinta atau'Al Waduud' itu, cinta kita pasti akan berbalas. Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut dengan baik. Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya. CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha untuknya. Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan. Berbeza dengan manusia yang hanya cinta pada yang disukai dan diminati. Cintanya pula bermusim dan tidak kekal. Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan. Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan. Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung. Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghi...

Buatmu Serikandi Cinta Allah

Buatmu Serikandi Cinta Allah Assalammualaikum… “KEPADA SI MAWAR IDAMAN,KU DOAKAN KAU MEKAR DITAMAN,DIAKARI RASA BERTUHAN,DIHIASI HARUMAN AKHLAK DAN IMAN,KERANA ITULAH UKURAN JELITANYA SEORANG WANITA,WAHAI TEMAN….” Siapalah aku untuk menasihatkan dirimu “wanita akhir zaman” kerana aku jua sepertimu memiliki rasa yang sama dan fitrah semula jadi yang sama.Lemah lembutnya kita bukanlah diskriminasi PENCIPTA namun inilah tanda kasih sayangNya terhadap kita yang lemah… Namun dalam kelemahan ada kekuatan yang tidak mampu ditandingi kaum gagah Adam.Allah titipkan hati yang rapuh kepada kita lalu dikuatkannya dengan peringatanNya dari karya agung yang tiada tandingan iaitu Al-Qur’an.Lemahnya kita kerana tidak mampu ke medan jihad namun digantikan tempat yang tinggi buat kita kerana dari rahim-rahim wanita solehahlah lahirnya mujahid-mujahid dakwah perjuang agama yang Haq.. Benarlah kata pepatah “Tangan yang menghayun buaian mampu menggegarkan seluruh isi dunia”Diperkemaskan lagi dengan hadi...

Rezeki

Salam.. Bila berbicara mengenai rezeki, kadang2 ia datang dari pelbagai sudut yang kita tidak sangka. Sebagai contoh, memenangi lucky draw, 1st price motosikal, kereta dan macam-macam lagi. Ia kadang2 bergantung kepada nasib. Dalam kesibukan menyiapkan persiapan kahwin bulan November yang lalu, My hubby ni tetap dengan minatnya mencari simcard, broadband, modem dan apa2 la yang sewaktu dengannya. Kalau berjalan2 di shopping kompleks, pantang nampak kedai telefon, mesti singgah walau seminit. Segan nak cakap, setakat ni nombor telepon hubby ada 9 kesemuanya. Maxis, celcom, tune talk, digi, happy etc. No. pula hampir2 sama, banyak digit 0. Broadband begitu juga, ada maxis, digi dan celcom. Hebat kan my dearest hubby,,Clap..clap..clap..aku cuba akan menyokong minat hubby ni selain daripada suka koleksi telefon antik, murah dan CSL duo sim seperti Nokia 3310, Nokia 3315, blueberry. Nnt ada rezeki kita buka kedai telefon ya sayang...hihi... So, ni mau cakap mengenai REZEKI. Dalam mood yang ...

19.11.2011 Wedding Ceremony

18.11.2011 Malam Berinai

Salam, Pada malam selepas majlis pernikahan, berlangsungnya majlis malam berinai. Ia kebudayaan Bajau Sama Kota Belud iaitu juga dipanggil malam 'mandi badak', maksudnya menepung tawar dan berinai agar menaikkan seri pengantin untuk bersanding keesokan hari. Ia berlangsung selepas Solat Isya'. Inilah pakaian suku kaum Bajau Sama di Kota Belud. Yg atas kepala dipanggil Serimpak. Berat ni!! My lovely mum 'menepung tawar' My captain, mengantuk ka tu? The little girl tu Nea n Wiwin, drg sporting sgt.. My Grandma My lovely dad Majlis diteruskan dengan acara kebudayaan iaitu Gambus dan bertitik, sampai jam 2pagi acara ni selesai.

(18.11.2011) Solemnization Asmadi & Farra

Salam.. Alhamdulillah, pada 18.11.2011 yang lalu, aku telah sah bergelar isteri kepada insan pilihan hatiku, Asmadi. Sahabat lama, terpisah selama 10 thn, jumpa semula akhir tahun lepas melalui FB (sedikit mengenai kisah percintaan kami, x lama bercinta, CINTA lepas kawen BEST :). Majlis khatam al-quran berlangsung sebelum majlis pernikahan sementara menanti pihak pengantin lelaki tiba dari Kota Kinabalu. Lafaz ijab bersaksi, qabul berwali adalah bertempa t di Masjid Nurul Insan, Kg Taun Gusi, Kota Belud pada jam 3.00 ptg iaitu dengan sekali lafaz sahaja. "Aku terima nikah Farrawati Bte Sabli dengan mas kahwinnya RM sekian sekian , TUNAI", saksi (Tn Hj Mohd Kassim dan En Mohd Zeer) - SAH!!.. (Jurunikah- Tn Masdin Karim). Ya Allah, perasaan tidak dapat digambarkan, terharu dan gembira sa at separuh daripada agamaku telah sempurna, dan menjadi permaisuri di hati insan yang dicintai yang telah halal bagiku..Alhamdulillah!! Perancangan Allah SWT Maha Cantik, di...

Pertanyaan Untuk CINTA

"Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu? Itu bukan Cinta, itu SUKA. Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU. Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana ? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN. Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN. Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA. Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN. Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA. Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu se...

Cantiknya seorang muslimah?

Di Mana Cantiknya Seorang Muslimah? Mungkin pada kedua anak matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kada ng kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh mele mbut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata aka...

Siapakah Orang itu?

Siapakah Orang Itu??? Siapakah orang yang sombong? Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Aalamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri. Siapakah orang yang telah mati hatinya? Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat. Siapakah orang dunggu kepala otaknya? Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya. Siapakah orang yang kuat? Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah or...

Akhlak Muslimah yang patut dicontohi

Peribadi I Rahmah (Isteri Nabi Ayyub) : Sabar Ujian yang diberi oleh Allah kepada Nabi Ayyub merupakan suatu yg beraa dan tidak pasti akan ditempuhi dengan sabar oleh manusia seperti kita. namun kita boleh menjejak kisah Rahmah untuk melihat kekuatan dan kesabaran wanita ini dalam melayan dan menjaga suami tercinta yg dijangkitii penyakit . Percubaan ke atas Nabi Ayyub ada 4 perkara : 1) habis harta bendanya 2) meninggal dunia semua anaknya 3) hancur badannya kecuali tekak dan anak mata 4) dijauhi oleh manusia selain isterinya bernama Rahmah. Kesabaran Rahmah adalah menepati janji Allah ke atas mana-mana isteri yang sabar maka Allah akan memberikannya pahala sama dengan pahala Asiyah isteri Raja Firaun. Ketika Nabi Ayyub sakit, Rahmah merawatnya dengan sabar dan tidak berkeluh-kesah dengan ujian yang Allah timpakan kepada mereka berdua. Pernah satu ketika Rahmah mendokong Nabi Ayyub setelah dihalau oleh orang-orang di situ yg jijik melihat Nabi Ayyub dan takut jangki...