Skip to main content

Nothing is Impossible!!

Bagi sesetengah orang, masa depan bertukar kelam apabila kehilangan pancaindera yang digunakan untuk menempuh kehidupan seharian.
Namun berbeza dengan Tang Kah Hung, 20, hidup tanpa dapat melihat tidak langsung dijadikan penghalang bagi mencatat keputusan cemerlang 6A+, 3A dan 1A- dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.
Kejayaan itu lebih manis apabila beliau muncul pelajar pertama Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak yang memperoleh keputusan semua A dalam SPM, sejak ia ditubuhkan pada 1974.
Kisah hidup pelajar itu sebenarnya menyentuh perasaan, namun perwatakannya yang ramah dan sentiasa optimis amat mengagumkan semua yang melihatnya.
Anak muda itu yang lebih senang disapa Jason, memberitahu pemberita di sini beliau disahkan menghidap ketumbuhan otak pada usia 16 tahun dan langsung tidak menyangka penyakit itu mampu merubah kehidupan beliau untuk selama-lamanya.
Jason berkata, beliau mula merasa sakit leher ketika di tingkatan dua, namun bapanya berkata ia berpunca daripada kegemarannya bermain komputer.
“Bila naik tingkatan tiga keadaan menjadi lebih teruk apabila saya mula muntah-muntah. Namun apabila saya mengadu pada bapa, dia kata mungkin saya salah makan…dari situ saya rasa diri saya biasa-biasa saja.
“Di tingkatan empat, bila saya bangun tidur di suatu pagi penglihatan jadi sempit dan saya mula tak boleh agak dimensi…tapi tak cakap dengan ibu bapa lagi sehinggalah saya demam dan ibu bawa saya ke klinik. Saya lihat cermin dan saya hanya nampak hidung saya sebelah kanan saja,” katanya.

Apabila membuat pemeriksaan di Pusat Perubatan Subang Jaya, anak bongsu daripada dua beradik itu disahkan menghidap ketumbuhan otak dan doktor memberinya dua pilihan: mata atau nyawa.
“Saya pilih mata sebab saya nak hidup lagi dan kemudian menjalani pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia…saya jadi buta sepenuhnya,” katanya.
Bosan duduk di rumah, tiga bulan selepas itu, Jason membuat keputusan untuk belajar semula dan mendaftarkan diri untuk belajar “braille” di Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) selama setahun sebelum masuk ke sekolah.
Memandangkan dirinya seorang yang ramah, Jason tidak mempunyai masalah membiasakan diri dengan rakan-rakan dan persekitaran yang baru. Pada ujian percubaan SPM, beliau memperoleh 9A dan 1B.
Tidak meninggi diri, Jason berkata, beliau mula membuat persediaan menghadapi SPM pada bulan Jun dan mengakui tempoh itu sudah agak lambat.
“Sudahlah saya perlu menggunakan braille, tapi saya percaya dengan konsep belajar dengan bijak maka saya rasa boleh berjaya,” katanya.
Ditanya apa perancangannya selepas ini, anak muda itu terdiam sejenak.
“Jujurnya saya belum tahu tapi saya berharap agar kerajaan dapat memberi bantuan kepada saya dan rakan-rakan lain yang mendapat keputusan cemerlang untuk melanjutkan pelajaran.
“Saya nak belajar dalam bidang pendidikan. Saya nak jadi guru…sebab saya percaya apa-apa pun mula daripada asas. Guru ajar dari peringkat bawah, boleh bentuk murid. Dapat keputusan baik pun sebab banyak dapat dorongan daripada guru.
“Sekurang-kurangnya boleh bantu kumpulan yang sama cacat penglihatan seperti saya.
“Pesan saya kepada rakan-rakan senasib di luar sana, jangan putus asa, belajar dengan bijak, ujian percubaan paling penting, baca buku…rangka nota dan cuba jawab soalan.” – BERNAMA

Pertama sekali, setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat adik Jason yang amat tabah menghadapi liku2 hidupnya. Walau apa keadaan sekali pun, ia tidak menghalang adik ini untuk mengecapi kejayaan yang diingini.

Tidak ada yang mustahil dalam hidup ini, yang penting keazaman yang tinggi disusuli dengan tindakan & usaha.

(SEKADAR GAMBAR HIASAN)

Popular posts from this blog

18.11.2011 Malam Berinai

Salam, Pada malam selepas majlis pernikahan, berlangsungnya majlis malam berinai. Ia kebudayaan Bajau Sama Kota Belud iaitu juga dipanggil malam 'mandi badak', maksudnya menepung tawar dan berinai agar menaikkan seri pengantin untuk bersanding keesokan hari. Ia berlangsung selepas Solat Isya'. Inilah pakaian suku kaum Bajau Sama di Kota Belud. Yg atas kepala dipanggil Serimpak. Berat ni!! My lovely mum 'menepung tawar' My captain, mengantuk ka tu? The little girl tu Nea n Wiwin, drg sporting sgt.. My Grandma My lovely dad Majlis diteruskan dengan acara kebudayaan iaitu Gambus dan bertitik, sampai jam 2pagi acara ni selesai.

Jalan-jalan di Pekan Ayer Hitam, Batu Pahat

Berkesempatan berjalan-jalan di Pekan Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor..BEST..!!!banyaknya anak-anak patung jual di sini. Murah pula tu, memang teruja la tgk barang2 kiut-miut yang dijual. Sesuai dengan cita rasa aku, yang sukakan barang2 yang kiut khususnya kaler pink..^^, umur:28 th beb...beli la juga patung bantal tu untuk dua orang adik yang sentiasa menantikan buah tangan dari kakak mereka ni. Selain tu, beli kerepek dan pelbagai perencah masakan di sini. Thanks a lot to, adik ain yang sudi bawa akak jalan2 kat cni. Next time, pasti tempat ni akan ku kunjungi lagi... Jom kita tgk2 gambar..!! ~fs~ 24 April 2010

adik-adikku, Insya Allah B.O.L.E.H

Tahniah JAKIM dan RTM menjayakan program realiti yang dapat mencungkil bakat anak-anak Malaysia. Anak-anak Malaysia INSYA ALLAH BOLEH!! Kagum mendengar dan melihat kepetahan adik-adik finalis malam ini. Semuanya hebat!! Dengan diselang selikan dengan bacaan al-Quran dan Hadis, serta mesej yang amat baik sekali. Tahniah juga para murabbi yang mengajar mereka, tidak rugi mengikuti rancangan ini setiap minggu.. Lagu Tema Adik-adikku.. Adik-adik anak soleh, Adik-adik serba boleh, Adik-adik akhlak yang mulia, Senyum ceria semua orang suka. Berkasih sayang sesama insan, Taat Allah dan Rasul, Kasihkan ibu bapa. Beramal soleh di mana saja, Berjuang dan berkorban, Untuk agama... Adik-adikku, Insya A llah Boleh! ! Tahniah adik Muhammad Amirul Munir Azlin yang menjadi juara adik-adikku musim ke2. Persembahan istimewa dari Dato Siti Nurhaliza, Ketika cinta..!! Menambahkan seri pentas akhir adik-adikku..