Skip to main content

kenapa MOGOK??

Di pagi Jumaat yang penuh berkat ni, blogwalking..tetiba pla jumpa isu ni dr blog seseorang..aku pun mula lah copy and paste sebab tajuknya yang sangat menarik..


IBU BAPA MOGOK TIDAK MEMBENARKAN ANAK-ANAK KE SEKOLAH


Macam-macam perkara yang berlaku dalam dunia pendidikan ini. Kalau dulu anak-anaklah yang mogok tidak mahu ke sekolah tetapi sekarang ibu bapa pula yang mogok tidak membenarkan anak mereka ke sekolah. Saya memandang perkara ini dari sudut yang positif bahawa kemungkinan guru besar tersebut sudah melakukan sesuatu yang terbaik sehinggakan ibu bapa terlalu sayang kepadanya dan merasakan kehilangan apabila dia tidak lagi berkhidmat di sekolah anak mereka. Apakah yang dilakukan dan bagaimana dia melakukan sehinga nampak sangat kuasa pengaruhnya kepada ibu bapa di sekolah tersebut perlulah kita selidiki dan pelajari. Syabas dan tahniah buat Cikgu Sabli Nanti kerana anda telah membuka mata masyarakat bahawa betapa besarnya peranan seorang guru di sekolah. Buat guru-guru yang lain saya mengajak untuk berfikir sejenak adakah perkara yang sama akan dilakukan oleh ibu bapa kepada kita apabila kita bertukar dari sekolah sekarang samada disebabkan kenaikan pangkat, berpindah ke sekolah lain atau pulang ke negeri sendiri.



Bagaimanapun, masalah mogok ini telah berjaya diselesaikan selepas hampir sebulan murid2 di sekolah berkenaan dilarang bersekolah oleh Ibu Bapa mereka.

Petikan daripada Berita Harian Sabah&Sarawak pada 12 April 2009:


Jabatan Pelajaran Sabah akan mempertimbang syarat PIBG agar Sabli dijadikan penasihat sekolah dan dibenarkan memantau untuk membantu meningkatkan prestasi sekolah sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan," katanya.Sementara itu, Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud Abdul Bahkrin Mohd Yusof menyambut baik kesediaan ibu bapa bekerjasama, sekaligus menyedari kepentingan ilmu pendidikan. Beliau turut memaklumkan bahawa Sabli akan diberi peranan untuk membantu sekolah kebangsaan Pulau Mantanani meskipun tidak lagi bertugas di sekolah itu. "Sesungguhnya mereka faham bahawa tiada yang boleh mengubah kemiskinan keluarga selain kecemerlangan anak-anak dalam mengecapi ilmu pendidikan," katanya..

Sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kisah ini..



Very Proud Of You
I Love You...Dad...!!
~fs~


'

Comments

Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

AKIBAT DEPRESI

Keluarga dan Penjaga Terdedah kepada KEMURUNGAN. Itulah tajuk perbincangan di MHI tadi (15/3/2017). Saya tekun mendengar sebab ia adalah dalam niche penulisan saya. . Puan Hariyati Ariffin, ibu kepada seorang pesakit kemurungan berkongsi rasa di MHI tadi. Anak perempuannya yang kini berusia 35 tahun, menghidapi penyakit kemurungan sejak 11 tahun yang lalu. Pada peringkat awal, anak dia mempunyai simptom seperti tidak mahu bekerja, malas yang luar biasa, tidur di sebelah siang , dan berjaga di sebelah malam. . Puan Hariyati mengatakan kini anaknya itu telah pulih 80% dengan bantuan ubat psikiatri dari hospital, namun, masih malas. Tidak mengemaskan rumah, anti-sosial, hanya mengurung dirinya di bilik dan sangat sensitif. Sehingga anak bongsunya tidak boleh tinggal di rumah kerana anaknya yang sakit itu sangat cemburu. Terpaksa dicarikan rumah sewa yang lain agar anak bongsunya dapat belajar dengan tenang. . Puan Haryati masih bekerja, apabila dia balik kerja, cermin tingkap habis pec...

Mama Writerpreneur (13-24)

MENULIS GAYA HAMKA Menurut HAMKA, tulisan yang lebih berharga ialah yang jujur, pendek dan terang. Jika panjang pun, ia ditulis dengan cara yang tidak membosankan. Tulisan yang lebih jitu sampai ke hati adalah tulisan yang benar-benar datangnya dari hati. Maka, hati jugalah yang menerimanya. Adapun, tulisan yang hanya datang dari hujung jari, perginya ke pelupuk mata si pembaca untuk menidurkannya. Pesan HAMKA lagi, kita haruslah menggunakan akal dengan saksama, ia seperti juga bermain olahraga juga. Perlu kepada latihan yang lama, dan kesungguhan yang tidak henti-henti. Orang yang berakal memandang ringan segala kesusahan, lumrah segala halangan yang menghambat tujuannya, sebab andai tujuan kita mulia, bertambah sulit untuk menempuhinya. Sebagai penulis, elakkan: -Merasa kagum pada diri sendiri -Bongkak dengan nama dan keturunan sehingga lupa menyelidiki di manakah kekurangan diri -Sukakan populariti Sumber: Falsafah Hidup, Hamka