Skip to main content

Selamat Datang 1431H

Dimulai dengan kata-kata mutiara, yang dipost di FB (2 hours) tadi yang kini sudah mempunyai 14 komen beserta 6, like this..

Jadikan setiap hari menjadi hari yang bermakna dan bermanfaat..kita tidak dapat mengubah hari kelmarin, dan esok belum pasti akan datang. Lupakan masa lalu,ia akan berlalu selamanya. Kejayaan akan datang bergantung pada apa yang dilakukan hari ini. BANGUN lah, dengan harapan hal2 terbaik terjadi..Salam Maal Hijrah, 1431H..moga sentiasa diberkati..aminn..


Doa Akhir Tahun:


Ya Allah, apa yang telah kami lakukan pada sepanjang tahun ini, dari apa yang Engkau tegah kami daripada melakukannya, mana-mana yang tidak sempat kami bertaubat daripadanya, dan Engkau memberi peluang pula kepada kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada-Mu, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu, maka ampunilah kami dan segala perbuatan kami, dari apa yang Engkau redhaidan Engkau telah menjanjikan kami dengan ganjaran pahala keatasnya, maka memohon daripada-Mu, wahai Tuhan yang mempunyai segala kebesaran dan kemuliaan. semoga Engkau menerima amalan kami dan Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Tuhan yang Maha Mulia.

Doa Awal Tahun:

Ya Allah, Engkaulah yang kekal, qadim dan azali dan dengan segala kemurahan Engkau yang melimpah, kami memohon dengan kedatangan tahun baru ini. Engkau peliharalah kami daripada syaitan yang direjam, para pembantu dan tenteranya, dan kami memohon pertolongan-Mu dalam melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang mengubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami dengan sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan-Mu, Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan akhirat dan peliharalah kami dari azab seksa api neraka. Segala Puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam.



Comments

Popular posts from this blog

18.11.2011 Malam Berinai

Salam, Pada malam selepas majlis pernikahan, berlangsungnya majlis malam berinai. Ia kebudayaan Bajau Sama Kota Belud iaitu juga dipanggil malam 'mandi badak', maksudnya menepung tawar dan berinai agar menaikkan seri pengantin untuk bersanding keesokan hari. Ia berlangsung selepas Solat Isya'. Inilah pakaian suku kaum Bajau Sama di Kota Belud. Yg atas kepala dipanggil Serimpak. Berat ni!! My lovely mum 'menepung tawar' My captain, mengantuk ka tu? The little girl tu Nea n Wiwin, drg sporting sgt.. My Grandma My lovely dad Majlis diteruskan dengan acara kebudayaan iaitu Gambus dan bertitik, sampai jam 2pagi acara ni selesai.

Jalan-jalan di Pekan Ayer Hitam, Batu Pahat

Berkesempatan berjalan-jalan di Pekan Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor..BEST..!!!banyaknya anak-anak patung jual di sini. Murah pula tu, memang teruja la tgk barang2 kiut-miut yang dijual. Sesuai dengan cita rasa aku, yang sukakan barang2 yang kiut khususnya kaler pink..^^, umur:28 th beb...beli la juga patung bantal tu untuk dua orang adik yang sentiasa menantikan buah tangan dari kakak mereka ni. Selain tu, beli kerepek dan pelbagai perencah masakan di sini. Thanks a lot to, adik ain yang sudi bawa akak jalan2 kat cni. Next time, pasti tempat ni akan ku kunjungi lagi... Jom kita tgk2 gambar..!! ~fs~ 24 April 2010

adik-adikku, Insya Allah B.O.L.E.H

Tahniah JAKIM dan RTM menjayakan program realiti yang dapat mencungkil bakat anak-anak Malaysia. Anak-anak Malaysia INSYA ALLAH BOLEH!! Kagum mendengar dan melihat kepetahan adik-adik finalis malam ini. Semuanya hebat!! Dengan diselang selikan dengan bacaan al-Quran dan Hadis, serta mesej yang amat baik sekali. Tahniah juga para murabbi yang mengajar mereka, tidak rugi mengikuti rancangan ini setiap minggu.. Lagu Tema Adik-adikku.. Adik-adik anak soleh, Adik-adik serba boleh, Adik-adik akhlak yang mulia, Senyum ceria semua orang suka. Berkasih sayang sesama insan, Taat Allah dan Rasul, Kasihkan ibu bapa. Beramal soleh di mana saja, Berjuang dan berkorban, Untuk agama... Adik-adikku, Insya A llah Boleh! ! Tahniah adik Muhammad Amirul Munir Azlin yang menjadi juara adik-adikku musim ke2. Persembahan istimewa dari Dato Siti Nurhaliza, Ketika cinta..!! Menambahkan seri pentas akhir adik-adikku..